Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

MENELUSURI BULAN TARBIYAH

Senin, 31 Agustus 2009



Tatkala kita mengharungi bulan Ramadan yang penuh keberkatan,,, sedar ataupun tak sedar sebenarnya kita sedang ditarbiyah oleh ALLAH, dalam kita menahan lapar dan dahaga, menghindarkan diri dari maksiat, menghalang kehendak nafsu yang mengajak membuat kemungkaran, dan kita sedang dinilai oleh Pencipta kita, ketahuilah sebaik-baik tarbiyah tarbiyah adalah tarbiyah dari ALLAH dengan ujian dan musibah, terdapat dalam firman ALLAH yang menyatakan bahawa setiap orang beriman akan diuji :

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)( سورة العنكبوت:1-3)
Maksudnya: Alif lamm miim, adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan kami beriman, sedang mereka tidak diuji? , dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut 1-3)

Ramadan madrasah tarbiyah adalah slogan yang biasa didengari, dan begitu sinonim bagi kita untuk meningkatkan amal ibadah , dan ketahuilah setiap kebaikan biasanya akan dibalas dengan pahala dan setiap pahala akan diganda sepuluh semisalnya, tetapi puasa ini ganjarannya bukan sekadar sepuluh tetapi ganjaran puasa adalah lebih besar dan tidak kita ketahui, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, dalam satu hadis Qudsi:

الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Maksudnya: berpuasa untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjaran atas puasa tersebut.(riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)

Tetapi persoalannya masih ramai orang yang mengaku diri mereka berpuasa tetapi tidak hakikatnya mereka hanya menahan lapar dan dahaga, seperti sabda Rasulullah s.a.w:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ
Maksudnya: betapa ramai orang yang berpuasa, tidak dapat begi mereka dengan puasa itu selain lapar.(hadis riwayat Ibn Majah, Ahmad)

Malangnya masih ada sesetengah pihak yang tida dapat meninggalkan sikap mereka yang tidak habis-habis mengutuk, mencaci, membuka aib, dan merendah-rendahkan orang tertentu, mereka tidak menjadikan bulan ini untuk mentarbiyah diri mereka dari sikap seperti itu, walaupun mereka merasakan perbuatan pekara itu kecil tetapi hakikatnya perbuatan itu besar akibatnya, wahai saudara/I mari kita merujuk kembali nas-nas tersebut:

Firman ALLAH Ta’ala;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11)
11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[2] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (surah Al-Hujurat : 11)


Sebagaimana sabda Rasulullah:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ
Maksudnya: puasa itu perisai, maka jangan bercakap lucah, dan jangan bertindak bodoh (riwayat al-Bukhari)

Dan Sabda Baginda:

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
Maksudnya: mancaci orang muslim adalah fasiq[3], dan membunuhnya adalah kufur. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi, an-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad)

Bukankah sepatutnya melepasi bulan ini kita sepatutnya menjadi lebih baik dari bilan-bulan yang sebelumnya?, bukankah setelah mengharungi bulan tarbiyah ini dengan keikhlasan dan kesungguhan akan menempatkan kita dalam golongan orang bertakwa?.

Bukanlah sekadar contoh diatas yang banyak lagi contoh bahkan ada yang masih melakukan pekara khurafat, ataupun masih lagi mengamalkan pekara-pekara bid’ah, ingin saya ingatkan kepada sahabat seperjuangan sekalian,, dalam kita melakukan satu bid’ah kita tidak sedar bahawa kita telah meninggalkan satu sunnah Nabi, bukankah Nabi Muhammad itu contoh bagi kita?, mengapa kita sanggup meninggalkan sunnah Nabi s.a.w hanya mengambil pendapat yang tidak ma’sum, sengaja saya bawa contoh diatas kerana saya mengalami dan mendengar pekara tersebut, dimanakah akhlak islam kita, islam tidak menghalalkan pekara yang haram dan terkutuk hanya kerana mahu mencapai matlamat tertentu, walaupun matlamat itu baik.

Kembali kepada perkongsian kita, Ramadan adalah bulan mentarbiyah diri kita untuk melawan nafsu, dan maksiat, dan bulan ini mentarbiyah fizikal kita supaya lebih hebat dan mampu untuk melakukan kerja walaupun tidak makan atau minum dan sebagainya.

Wahai saudaraku manfaatkanlah bulan mulia ini,
Kerana ia datang setelah melewati 11 bulan yang menduga,
Kerana dalam bulan barakah ini terdapat satu malam,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Pada bulan ini terbuka pintu-pintu syurga,
Maka gapailah semampumu,
Bergembiralah kerana bulan ini mentarbiyah dirimu,
Untuk mencapai gelaran MUTTAQIN,
Beribadahlah semampumu,
Kerana engkau tidak tahu apakah Ramadan akan datang dapat kau gapai,
Temktub dalam taqdir sekiranya engkau pergi dahulu sebelum tibanya,
Kerana Al-Quran mengkhabarkan:
Diri ini tidak tahu dibumi mana akan ia akan mati.



---------------------------------
1- Jangan mencela dirimu sendiri maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin karana orang-orang mukmin seperti satu tubuh.
2- Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan panggilan seperti: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.
3- بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ) (maksudnya: seburuk-buruk dosa adalah fasiq selepas beriman) (riwayat Abu Daud

Read more...

RAMADAN BULAN AL-QURAN

Minggu, 23 Agustus 2009



Saya menyeru kepada semua umat islam hari ini supaya kita ringankan tangan untuk membuka Kitab ALLAH ya’ni Al-Quran didalam Bulan yang penuh keberkatan ini, sama-sama kita mentadabbur Firman ALLAH Ta’ala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185)
(surah Al-Baqarah: 185)
Yang bermaksud:
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil), kerana itu, barangsiapa yang berada di bulan itu maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, ALLAH mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan ALLAH atas petunjuk-NYA yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur”1


Didalam ayat diatas telah jelas menunjukkan bulan Ramadan bulan diturunkan Al-Quran, di dalam tafsir Ibn Katsir manyatakan bahawa ALLAH memulikan bulan ini dan menurunkan pada bulan ini kitab-kitab kepada para Nabi, dengan membawa hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad(sila rujuk) yang membuktikan bahawasanya Kitab selain Al-Quran seperti Zabur, Taurat dan Injil termasuk suhuf(الصحف)juga diturunkan dalam bulan Ramadan, dan semua itu diturunkan dalam sekaligus dalam jumlah yang satu, manakala Al-Quran diturunkan sekaligus pada bulan Ramadan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia pada malam lailatul qadar 2, seperti yang tertera dalam firman ALLAH:
{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ } [القدر: 1].
Yang bermaksud;
“sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailtul qadar”
وقال: { إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ } [الدخان: 3]
Yang bermaksud;
“sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati”
dan kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah secara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat.
Kemudian kita lihat pula hadis bahawasanya Rasulullah bertadarus Al-Quran bersama Malaikat Jibril a.s:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ;
كَانَ يَعْرِضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً فَعَرَضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيه
“Adalah telah memeriksa Jibril a.s akan Al-Quran Nabi s.a.w sekali setiap tahun, dan memeriksanya dua kali pada tahun kewafatan Baginda.”
(diriwayatkan oleh imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah)


Dan didalam bab bada’ al-wahyu dengan lafaz:
“وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ”
“adalah malaikat jibri menemui Nabi s.aw pada setiap malam dalam bulan Ramadan dan mengajarnya Al-Quran”
(diriwayatkan oleh imam al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas)

Sebagaimana yang kita maklum begitu banyak faedah membaca Al-Quran, antaranya Firman ALLAH yang bermaksud:
“KAMI turunkan al-Quran untuk menjelaskan setiap perkara, menjadi petunjuk, membawa rahmat dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang islam”
(surah an-Nahl:89)

Saya bawakan hadis yang bermaksud:
“ sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hasanah(kebaikan). Satu kebaikan itu menyamai sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan alif lam mim itu satu huruf. Tetepi alif itu satu huruf dan lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”
(hadis shahih riwayat al-Tirmizi, al-Darimi dan selainnya daripada Ibn Mas’ud r.a)

Sabda Rsulullah s.a.w yang bermaksud:
“perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran seolah-olah seperti buah Utrujah. Baunya wangi dan rasanya juga sedap. Perumpamaan orang mu’min yang tidak membaca al-Quran seolah-olah seperti kurma. Tidak berbau tapi rasanya manis. Perumpamaan orang munafiq membaca al-Quran seperti Raihanah, baunya wangi tetapi rasany pahit, manakala perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran pula seperti Hanzolah. Tidak berbau dan rasanya pahit”
(hadis riwayat al-Bukhari,Muslim,al-Tirmizi, al-Nasaai dan Abu Daud daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a)

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Kamu semua hendaklah membaca al-Quran kerana pada hari kiamat kelak ia akan memberi syafaat kepada pembaca dan pengamalnya”
(hadis riwayat Muslim daripada Abu Umamah al-Bahili r.a)

Dan banyak lagi keberuntungan sesiapa yang membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.
Suka untuk saya membawa contoh mereka yang berusaha membaca, manghayati isinya dan mengkhatamkannya antaranya:
- Qatadah mengkhatamkan al-Quran setiap minggu. Pada bulan Ramadan, dia mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadan, dia akan mengkhatamkannya pada tiap-tiap malam.3.
- Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan. 4
- Menurut al-Rabi’ bin Sulaiman, Imam Syafi’e mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan.5.


------------------------------------
1-Al-Quran Darul Iman- Pustaka Darul Iman
2- Tafsir Ibn Katsir juz 1 ms 501
3- Al-Siir, jil 5, ms 276
4- Al-Tibyaan karya al-Nawawi, ms.74 dengan sanad shahih
5- al-Siir, jil.10, ms. 36

Read more...

TATKALA PINTU SYURGA DIBUKA

Kamis, 13 Agustus 2009



Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog ana/saya, mungkin terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan, dalam persediaan kita menyambut bulan Ramadan, ana nak ingatkan, pada bulan inilah kita mahu merebut segala peluang meningkatkan keimanan kita dan mencapai tingkatan taqwa,
Tatkala pintu syurga terbuka, terkadang ramai orang terlupa diselimuti kealpaan dan keghairahan juga tidak memahami konsep bulan Ramadan, hinggakan masa yang begitu bermanfaat terlepas dalam sedar atau tidak sedar, cubalah saudara/i hayati Firman ALLAH subhanahu wata’ala yang sungguh indah di dalam Al-Furqan:


{ وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ{

Maksudnya: dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Rabb-mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang telah disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. Ali ‘Imran: 133)

Kita sebagai seorang yang mengatakan diri ini muslim, mu’min seharusnya berusaha untuk mendapatkan syurga ALLAH, sbegaimana sabda Rasulullah:


"إِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ الجنة فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ ، فَإِنَّهُ أَعْلَى الْجَنَّةِ وَأَوْسَطُ الْجَنَّةِِ"


Maksudnya: "Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah Al-Firdaus, sesungguhnya ia adalah syurga yang paling tinggi dan syurga di tengah-tengah " (Shahih Al-Bukhari/2790)

Daripada petikan Ayat Al-Qur’an dan Hadith yang ana dapati dari Tafsir Ibnu Katsir telah jelas kepada kita supaya berusaha untuk mendapatkan syurga ALLAH, tetapi persoalannya adalah bila dan bagaimana, salah satunya adalah kita rebut peluang tersebut di dalam bulan Tarbiyah ini iaitu bulan Ramadan, kerana tatkala inilah pintu syurga dibuka, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
متفق عليه واللفظ لمسلم

Maksudnya “ tatkala datangnya bulan Ramadan telah dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelengu syaitan-syaitan”
(muttafaqun ‘alaih dan lafaz dari Imam Muslim)

Telah jelas maksud hadith tersebut sebagaimana diterangkan didalam kitab Syarah An-Nawawi keatas Shahih Imam Muslim, bahawa pintu syurga dibuka dan inilah dikatakan golden opportunity kepada umat islam untuk mengejar syurga ALLAH.

Persediaan yang rapi perlu untuk kita meningkatkan Ibadah dalam bulan Ramadan dan dengan harapan ibadah yang kita mulakan didalam bulan mulia ini dapat kita istiqamahkan dalam kehidupan seharian selepas berlalu Ramadan. Wallahu a'lam

p/s; ana akan menambah pengisian Ramadan kedalam blog ana ini dari masa ke semasa dalam bulan Ramadan ini InsyaALLAH

Read more...

Siapa Para Ulama ?

Sabtu, 08 Agustus 2009



Ralat: suka untuk ana bawakan artikel ini untuk pembaca kerana kekangan masa yang ana hadapi, membuatkan ana x dpt buat artikel baru,,,
Penulis : Ustadz Qomar Suaidi.
Mungkin muncul pertanyaan, siapakah ulama itu? Hingga kini banyak perbezaan dalam menilai siapa ulama. Sehingga perlu dijelaskan siapa hakikat para ulama itu. Untuk itu kita akan merujuk kepada penjelasan para ulama Salafus Shaleh dan orang-orang yang menyelusuri jalan mereka. Perkataan ulama itu sendiri merupakan bentuk jamak dari kata ‘alim, yang artinya orang berilmu.
Untuk mengetahui siapa ulama, kita perlu mengetahui apa yang dimaksud dengan ilmu dalam istilah syariat, kerana kata ilmu dalam bahasa yang berlaku sudah sangat meluas. Adapun makna ilmu dalam syariat lebih khusus iaitu mengetahui kandungan Al Qur’anul Karim, Sunnah Nabawiyah dan ucapan para shahabat dalam menafsiri keduanya dengan mengamalkannya dan menimbulkan khasyah (takut) kepada Allah.
Imam Syafi’i berkata: “Seluruh ilmu selain Al Qur’an adalah hal yang menyibukkan kecuali hadith dan fiqh dan memahami agama. Ilmu adalah yang terdapat padanya haddatsana (telah mengkabarkan kepada kami – yakni ilmu hadits) dan selain dari padanya adalah bisikan syaitan.”
Ibnu Qoyyim menyatakan: “Ilmu adalah berkata Allah, berkata Rasul-Nya, berkata para sahabat yang tidak menyelisihi akal sihat padanya.” (Al Haqidatusy-Syar’iyah: 119-120)
Dari penjelasan makna ilmu dalam syariat, maka orang alim atau ulama adalah orang yang menguasai ilmu tersebut serta mengamalkannya dan menimbulkan rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala . Oleh kerana dahulu sebahagian ulama menyatakan ulama adalah orang yang mengetahui Allah Subhanahuwata’ala dan mengetahui perintah-Nya. Ia adalah orang yang takut kepada Allah Subhanahuwata’ala dan mengetahui batasan-batasan syariat-Nya serta kewajiban-kewajiban-Nya. Rabi’ bin Anas menyatakan “Barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang ulama.” Allah berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah ulama .” (Fathir: 29)
Kesimpulannya, orang-orang sepatutnya menjadi rujukan dalam masalah ini adalah yang berilmu tentang kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya serta ucapan para shahabat. Dialah yang berhak berijtihad dalam hal-hal yang baru. (Ibnu Qoyyim, I’lam Muwaqqi’in 4/21, Madarikun Nadhar 155)
Ibnu Majisyun, salah seorang murid Imam Malik mengatakan: “Dahulu (para ulama) menyatakan, ‘Tidaklah seorang itu menjadi Imam dalam hal fiqh sehingga menjadi imam dalam hal Al Qur’an dan Hadits dan tidak menjadi imam dalam hal hadits sehingga menjadi imam dalam hal fiqh.” (Jami’ Bayanil ‘Ilm: 2/818)
Imam Syafi’i menyatakan: “Jika datang sebuah perkara yang musykil (rumit) jangan mengajak musyawarah kecuali orang yang terpercaya dan berilmu tentang al Kitab dan Sunnah, ucapan para shahabat, pendapat para ulama’, qiyas dan bahasa Arab. (Jami’ Bayanil ‘Ilm: 2/818)
Merekalah ulama yang hakiki, bukan sekedar pemikir harakah, mubaligh penceramah, aktivis gerakan dakwah, ahli membaca kitabullah, ahli taqlid dalam mazhab fiqh, dan ulama shu’ (jahat), atau ahlu bid’ah. Tapi ulama hakiki yang istiqamah di atas Sunnah. Wallahu a’lam
http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=4

Read more...

Daku Kepanasan

Senin, 03 Agustus 2009




Ketika ana pulang dari kuliah, waktu itu adalah tengahari, sebagaimana yg kita maklum matahari ketika itu terik dan tegak diatas kepala. Memang kebiasaan org lelaki x membawa payung, sewaktu berjalan kepala ana terasa kering dan hangat & kepala jadi pening, peluh pun mengalir deras, ketika itu lebih kurang 10 minit ana berjalan kaki di tengah panas terik itu.
Lalu ana terbayang sekiranya ana berada digurun sahara, yang cuacanya terik, tiada pepohon, payung juga tidak dibawa nescaya peluh, panas & pening adalah lebih hebat dari situasi sekarang. Kalau dalam perjlnn pulg dari kuliah ada bnyk pepohon yang boleh dijadikn tmpt berteduh, tapi kalau di gurun sahara,,, nak jumpa pokok kaktus pun pyh. Tiba2 ana terasa dhg, ana singgah di café terdekat untuk bli air sejuk, Alhamdulillah, segar rasanya dpt minum air selps mengharungi dugaan panas terik itu, tapi kalau ana di gurun agaknya kedai mana ana nak singgah, mak cik mana la sudi jual air kat tempat mcm 2.
Ketika ana berjalan sambil membandingkan 2 situasi tersebut, lalu ana berfikir,skiranya sekarang ana berada di suatu tmpt yg lapang di gelar pdg mahsyar. Pdg mahsyar temptnya berlipatganda dari panasnya matahari yang ana rasakan di dunia.tidak boleh bawa payung, tiada pokok untuk berteduh.dan tiada kedai yg menjual air. Ku terfikir bagaimana untuk menghadapi situasi yg sgt-sgt dahsyat seperti itu, matahari yang dulunya 149,680,000 km, kini sejengkal diatas kepala, kita ditengelami peluh masing2 hingga begitu sekali panasnya.
Tetapi apabila ana merenung hadith Nabi ini ana berdoa supaya ana dpt tergolong drpd golongan yang mendpt payungan ALLAH. Dpt ana berteduh dari panasnya matahari yang berlipat ganda & tidak pernah dirasai panasnya selama mana manusia hidup diatas bumi. Ana bawakan hadith ini untuk dijadikan renungan…
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ,عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ تَعَالَى فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَدْلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Maksudnya: 7 golongan yang mendapat payungan arasy ALLAH pada hari yang tiada payungan selain payungan arasynya: imam yg adil, pemuda yang hidup dalam beribadah kpd ALLAH, lelaki yang hatinya terpaut di masjid, 2 org lelaki yg berkasih syg kerana ALLAH, bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH,lelaki yang diajak oleh perempuan yg ada kedudukan dan cantik untuk berzina, seraya berkata: aku takut kpd ALLAH, lelaki yang bersedekah kemudian merahsiakan sedekahnya itu sehinggakan tangan kiri tak tahu apa yang disedekah oleh tangan kanannya, dan lelaki mengingati ALLAH bersendirian sambil menangis. (disepakati olh Imam al-Bukhari & Imam Muslim)

Wallahu a’lam………….

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP