Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

HADIS PEDOMAN

Kamis, 31 Desember 2009


Dalam merenteti perubahan zaman, hari dan masa, maka pengukuhan kembali ilmu agama hendaklah sentiasa dilakukan, usaha untuk masyarakat merujuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah diteruskan, dan perjuangan menegakkan kebenaran hendaklah dimantapkan.

Saya ingin membawa hadis yang sama-sama boleh untuk kita jadikan pedoman hari demi hari. InsyaALLAH

2407 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

اسْتَعْمَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ الْأَزْدِ يُقَالُ لَهُ ابْنُ الْأُتْبِيَّةِ عَلَى الصَّدَقَةِ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي قَالَ فَهَلَّا جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ أَوْ بَيْتِ أُمِّهِ فَيَنْظُرَ يُهْدَى لَهُ أَمْ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يَأْخُذُ أَحَدٌ مِنْهُ شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى رَقَبَتِهِ إِنْ كَانَ بَعِيرًا لَهُ رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةً لَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةً تَيْعَرُ ثُمَّ رَفَعَ بِيَدِهِ حَتَّى رَأَيْنَا عُفْرَةَ إِبْطَيْهِ اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ ثَلَاثًا

Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim: (sanad dan matan ini dipetik dari shahih Bukhari: 2407)

Bermaksud: Daripada Abu Humaid as-Sa’idi (r.a) telah berkata: Rasulullah (s.a.w) telah menugaskan seorang lelaki untuk memungut zakat (daripada Bani Salim), lelaki tersebut digelar Ibnul Lutbiyyah.

Sebaik sahaja sekembalinya dari tugas memungut zakat, dia mengatakan (kepada Rasulullah): ” ini harta kamu dan ini hadiah untukku.

Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mengapa engkau tidak duduk sahaja di rumah ayah dan ibumu kemudian kamu lihat adakah kamu mendapat hadia atau tidak.

[(kemudian Rasulullah berkhutbah yang didahului pujian dan sanjungan kepada ALLAH (s.w.t)]:

Demi Tuhan yang jiwaku dalam genggaman-Nya, tidaklah sekali-kali seorang lelaki mengambil harta (bukan dengan jalan yang hak) kecuali dia datang pada hari kiamat membawa apa yang telah mereka ambil itu di lehernya. Sekiranya yang diambilnya itu unta, maka ia akan mengeluarkan suara lenguhannya, atau sekiranya lembu maka ia akan mengeluarkan suara lenguhannya, atau sekiranya yang diambilnya itu kambing, maka ia akan mengeluarkan suara embekannya.

Kemudian Rasulullah mengangkat tangannya

dan bersabda: Ya ALLAH bukankah aku telah menyampaikan?, ya ALLAH bukankah aku telah menyampaikan? Tiga kali.

Saya merujuk karangan Dr ’Aidh (Siyatul Qulub) telah menyimpulkan beberapa masalah penting yang dapat di petik daripada Hadis ini, dan saya hanya mengeluarkan beberapa masalah dari masalah tersebut, insyaALLAH. Masalah seperti berikut:


Menggelapkan sesuatu dengan cara yang bathil


Lihat bukankah sudah jelas akibatnya sekiranya kita mengelapkan harta secara bathil, sehingga pada hari kiamat nanti perbuatan akan ditonjolkan dalam keadaan yang begitu hina.

Apakah orang yang menggelapkan sesuatu itu tidak merasa malu kepada Abu Bakar as-Siddiq yang mana wafatnya tidak meninggalkan sesuatupun, kecuali hanya sepasang pakaiannya, seekor bighal dan sedikit harta?

Hayatilah firman ALLAH (s.w.t) ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (34) يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ (35)

Maksudnya: 34. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. 35. pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu." (surah at-Taubah : 34-35)


Rasuah atau suap


Hadiah yang diberikan kepada amil, atau pejabat, atau orang yang berkompeten, dari orang lain adalah rasua atau suap.

Kalau dilihat di negara Malaysia gejala rasuah makin menjadi-jadi tidak kira dikalangan menteri, orang-orang besar, orang berkepentingan gejala rasuah pasti berlaku, kerana konsep rasuah adalah bertujuan untuk mendapatkan kelebihan atau kepentingan tertentu dengan cara mudah, dan ia sering berlaku dikalangan orang yang berkepentingan.

Telah terbukti pada tahun 2006: Malaysia tangga ke-40 drpd 163 dalam indeks transparency International (TI) 45 peratus kes rasuah dalam sektor swasta. (KU SEMAN KU HUSSAIN, ANALOGI AKAR,POKOK DAN RASUAH, MINGGUAN MALAYSIA 19 OGOS 2007.)

Cukuplah bukti yang ringkas ini membuktikan bahawa masyarakat telah jauh dari pedoman al-Quran dan as-Sunnah, masing-masing mengejar kepentingan dunia, dan sebagai seorang pemimpin atau bakal pemimpin jauhilah sejauh-jauhnya gejala rasuah ini.


Menegur tanpa menyebarkan kesalahan


Kita diperintahkan untuk bersikap mudah lagi lembut terhadap kaum muslimin dan tidak menyebarkan kesalahannya di hadapan orang ramai. Sebagaimana Rasulullah (s.a.w) yang mengetahui amilnya adalah ibnul Lutbiyyah tetapi Baginda tidak berdiri berkhutbah dihadapan orang ramai menyebarkan hal ehwalnya. Baginda tidak mengatakan ” hai manusia! Kamu telah mengutuskan Ibnul Lutbiyyah kebelakangan ini, lalu dia melakukan anu dan anu”

Sama sekali tidak melakukan demikian dan Baginda mengajarkan kita cara yang begitu hikmah dan menjaga kemaslahatan, kemungkinan orang yang keliru akan bertaubat dan sedar apabila dirahsiakan kekeliruannya dihadapan orang ramai.


Oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas Rosele


Rujukan

Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni. 2004 .Cambuk Hati buku 1 (siyatul qulub). Irsyad Baitus Salam.

(bentuk huraian telah diubah suai oleh Abu Zaid, untuk lebih mendalami rujuk buku asal)



Read more...

" ULAMA' " DUNIA

Selasa, 29 Desember 2009

Ulama’ Dunia


“aku ambik syariah jabatan fiqh usul, kalau boleh terus sambung PHD” kata ku menyambung perbualan dengan seorang sahabatku yang kini sedang belajar Islamic Banking di UiTM.

“Bolehla kau jadi Mufti” dia menjawab,

Aku senyum lalu membalas, ”kalau banyak bermain jer macammana nak jadi mufti”, maksudku untuk bergurau,

”jadi Mufti dunia” dia menjawab, walaupun dangan nada bergurau bagiku ia mempunyai maksud yang mendalam.

Sengaja saya mengungkap kembali dialog ini, dan saya terfikir adakah wujud ulama’ dunia dan apakah ciri-cirinya???


Fikir-fikir


Kalau difikirkan, ada dikalangan orang yang digelar ustaz, ulama’ atau sebagainya menjadikan title itu sebagai memenuh periuk nasi, nak jadi popular, nak disanjung-sanjung, mahu dianggap yang terbaik dan sebagainya, tidak lansung merasakan mereka itu hanya meneruskan perjuangan dakwah agama yang sempurna, tidak lansung merasakan mereka juga adalah pengikut syariat yang diturunkan ALLAH keatas Rasulullah s.a.w, bukannya ”title” ”ustaz” atau ”ulama’” atau sebagainya menjadikan mereka menyampaikan apa yang mereka suka, asal nampak baik terus jadi agama, reka amalan-amalan tertentu untuk dijadikan amalan oleh pengikut dan sebagainya.


Ada pula yang tak boleh ditegur, seolah-olah mereka jer yang betul, inilah Ulama’ dunia, bila ada orang tunjuk bukti kesalahan, pun tak nak mengaku salah, bahkan orang yang menegur pula dikatakan salah, sebab kalau nak mengaku salah nanti, takut pengikut lari, takut hilang periuk nasi, lalu bawalah hujah batil tak pun buat fitnah, biasalah ”mereka” ini kalau dah tak ada hujah nak lawan, dah rasa hujah mereka lemah mulalah buat fitnah, tak ada senjata hujah guna senjata fitnah, cap orang sesat, terpesong, keluar ahli sunnah wal jamaah dan sebagainya,


Dunia, dunia,,, janji dapat duit sanggup jadi tekong buat amalan syirik, ataupun bid’ah, tak kan tak tahu syirik penghapus amalan, penghapus iman, bid’ah tetap bid’ah walau manusia nampak dia baik. Ada yang suka bila ada banyak pengikut, diagung-agungkan pengikut, sehinggakan ada mereka yang pengikutnya terlampau mengagungkan dan ia meredhai sehingga boleh jatuh tahap syirik, orang pula bila nampak ”ulama’” ni banyak pengikut terus cop ulama ini benar, tak kan tak tahu yang benar itu Al-Quran dan As-Sunnah, siapa yang bertepatan dengan kedua tersebut baru boleh cop benar,,, bukan tengok ramai pengikut.


Lagi satu perbuatan suka menunjuk-nunjuk, banyak sangat orang yang cintakan dunia ini akan menunjuk-nunjuk amalan, tidak ikhlas, nak sangat orang tahu. Dunia...dunia,,,

Wallahu a’lam


Oleh Abu Zaid


Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP