Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

ADAB PENUNTUT ILMU TERHADAP GURUNYA

Selasa, 21 Juli 2009

Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
Mendiamkan dirinya sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
Menghormati guru di hadapan dan di belakangnya.
Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
Mendoakan kebaikan baginya.
_____________________________________
(dipetik dari kitab syarah adab dan manfaat menuntut ilmu, karangan Syeikh Ibn Uthaimin, )

Read more...

DIKAULAH PEMUDA!!!

Sedang saya berfikir untuk mengeluarkn ARTIKEL dalam blognya penulis terbaca satu syair arab yang menarik iaitu:

وذاتُ الفَتى والله بالعلم والتُّقى
إذا لم يكونا لا اعتبار لذات

“Pemuda sejati, demi ALLAH ialah yang memiliki ilmu dan ketaqwaan.
Tidaklah dikatakan pemuda sejati kalau tidak memiliki keduanya”

Wahai sekalian pembaca sekalian bagi saya tepatlah syair ini untuk menyatakan nilai pemuda yang sebenarnya, bukanlah pemuda sejati hanya sekadar umur telah mencecah 21 tahun dan keatas, atau bebas melakukan kehendak sendiri, ttpi pemuda yg sejati perlu memiliki ilmu & ketakwaan.

Pembaca yg disayangi, sebaik-baik ilmu ialah ilmu agama yang membincangkan semua aspek kehidupan mu’min & muttakin, jadi untuk mjdi pemuda yg teguh berdiri di era globalisasi ialah pemuda yg mempunyai keintelektualan yg tinggi dan kefahaman yg mendalam dari segenap aspek.

Tidak cukup dengan intelek @ ilmiah yg tinggi, tetapi perlulah yang bertaqwa, taqwa biasanya didefinisikan sbg takut kpd ALLAH. Pemuda spt inilah akan melahirkan generasi muda yg beriman, hebat, jujur, amanah, dan bertanggungjawab.

Saya sengaja membawa pendapat Dr Syakir Ali Salim AD terhadap pemuda islam “pemuda Islam merupakan tumpuan umat, penerus dan penyempurna misi risalah Ilahiah. Perbaikan pemuda berarti adalah perbaikan umat. Oleh karena itu, eksistensinya sangat menentukan di dalam masyarakat.”

Suka untuk saya bawakan sebahagian nama pemuda yang membawa satu kontribusi yang besar dalam menegakkan islam, mereka adalah dikalangan para sahabat r.a:

Saidina Umar Al-Khattab (27 thn) , Saidina Ali Bin Abi Thalib (8thn) , Saidina Sa’ad Bin Abi Waqash (17thn) , Saidina Zaid Bin Haritsah (20thn), r.a jami’an.
Wallahua’lam.

Pemuda pejuang aqidah.
Pemuda tonggak dakwah.
Pemuda pelapis zaman.
Pemuda pemimpin masa hadapan.

Read more...

Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat

Rabu, 08 Juli 2009

Memulihkan Kekuatan
Ekonomi Umat

Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-‘Asy’ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah S.W.T.

Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan taqwa tidak dianggap sebagai perkauman yang sempit. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas “Sesungguhnya Nabi S.A.W. memerangi asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-‘Asy’ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin menjamin dan bantu membantu dalam harta, juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan”. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mubadik wa qawa’id ‘ammah, m.s. 134. Dar al-Fikr, Beirut)

Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi kadang-kala tidak dapat melaksanakan bantu-membantu atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hedaklah dibuat dalam batasan kelompok yang termampu. Namun konsep kebajikan tidaklah boleh dihadkan hanya kepada sekelompok manusia sahaja, jika ada ruang atau tuntutan maka ianya mesti diluaskan. Tidak boleh pula menolong sesama sendiri sehingga ada pihak yang terzalim atau menyempitkan maksud pertolongan sehingga tidak diberi pertolongan melainkan hanya kepada kaum atau kumpulan sendiri sahaja. Ini untuk mengelakkan sikap asabiyyah yang menolong kaum atau kumpulan sendiri sekalipun atas nilai kezaliman. Apabila ditanya Nabi S.A.W.:

“Wahai Rasulullah ! apakah termasuk di dalam asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya ? Jawab baginda :Tidak ! Tetapi asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman.”

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah S.A.W. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong-menolong, bantu-membantu dan jamin menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebajikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. sabda Nabi S.A.W. :

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara satu sama lain.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan fakktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Disamping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam.

Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli digerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara umat Islam masih lagi bergantung kepada dunia barat. Ini adalah salah satu faktor yang menjadikan dunia Islam dayus kepada Barat. Banyak bahan mentah yang dimiliki oleh umat Islam terutamanya minyak tetapi masih gagal untuk menjadikan dunia Islam blok yang digeruni. Kita masih lagi gagal untuk mewujudkan kesatuan perdagangan dalam dunia Islam. Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia barat dalam tulisannya dengan mengatakan :

“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri, dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh dibuminya dan ditenun dengan tangannya… sesungguhnya dunia Arab tidak dapat memerangi Barat – jika keadaan memerlukan demikian – selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain." (Abu Hasan ‘Ali an-Nadwi, Maza khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin, ms. 416, cetakan : Maktab al-Sunnah, Kaherah)

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi pula : “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hudup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah al-Risalah, Beirut.)

Dalam keadaan sebeginilah umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam yang ada.

Ini salah satu cara terbesar pada masa ini dalam menunaikan taggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa ekonomi serta mereka beriman dan beriltizam, maka masarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith : “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut : “Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu-membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin, jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa." (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin. 1/119, cetakan: Muasasah al-Risalah, Beirut)

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Di peringkat bawahan, umat Islam wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. lihat pada cuti perayaan orang lain di negara kita, orang Islam menjadi terdesak untuk membeli dan berurusan, ini menggambarkan betapa kita bergantung kepada orang lain. Bagaimanakah kita ingin menceritakan kehebatan Islam kepada mereka dalam membina umat ?

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP