Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

KURSUS PRAKTIKAL IBADAT 10'

Minggu, 15 Agustus 2010



Assalamualaikum... program ini terbuka untuk semua, untuk pendaftaran sila sms : Nama penuh, No. I.C, No Matriks, No. telephon, Alamat sementara ke : 0148399331 atau 0139655007 segera, sebelum terlambat :)

Read more...

RAMADHAN KEMBALI LAGI

Minggu, 08 Agustus 2010


RAMADHAN KEMBALI LAGI!!


إنّ الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيّئات أعمالنا من يهده لله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له أشهد أن لا إله إلاّ ألله وحده لا شريك له وأشهد انّ محمّدا عبده ورسوله

أمّا بعد،


Alhamdulillah, sekali lagi kita semua ditemukan oleh Allah ‘Azz Wa Jalla satu bulan yang mulia, bulan yang tiada tolok banding ganjaran pahala amalannya di sisi Allah S.W.T. Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya terdapat berbagai keistimewaan yang tersendiri. Kami yakin pembaca sedia maklum akan kelebihan dan ganjaran yang terdapat di dalam bulan Ramadhan ini. Di sini, kami ingin menyebut beberapa kelebihan di bulan Ramadhan ini.

1. PUASA

Secara umumnya, puasa ramadhan diwajibkan atas setiap Muslim yang mukallaf, baik laki-laki maupun perempuan. Berikut adalah firman-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)


Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al-Baqarah: 183)

Sabda Nabi S.A.W:

بني إلإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلاّ ألله وأنّ محمدا رسول ألله، وإقام الصلاة، وإيتآء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البيت (رواه بخاري ومسلم)


Maksudnya: Islam dibangun di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang patut diibadahi selain hanya Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, mengerjakan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan ibadah haji di baitul haram. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketika Nabi S.A.W ditanya oleh Jibril berkenaan Islam, baginda S.A.W menjawab:


...ألإسلام أن تشهد أن لا إله إلاّ الله وأنّ محمّدا رسول ألله، وتقيم الصلاة، وتؤتئ الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا... (متفق عليه)


Maksudnya: ...Islam ialah mengucapkan “tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Rasulullah”, mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan... (muttafaq ‘alaih)


2. BULAN PENURUNAN AL-QUR’AN


Firman Allah Jalla Wa ‘Ala:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185)


Maksudnya: (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. Al-Baqarah: 185)


3. PEMBUKAAN PINTU SYURGA, PENUTUPAN PINTU NERAKA DAN SYAITAN DIRANTAI


Ini bertepatan dengan hadith Nabi Muhammad S.A.W:


إذا دخل الجنّة فتحت أبواب السماء واغلقت أبواب جهنم وسلسلت الشياطين (رواه بخاري ومسلم)


Maksudnya: Apabila datang Ramadhan, pintu langit (syurga) dibuka dan pintu Jahannam (neraka) dikunci, manakala syaitan dirantai. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sabda Baginda S.A.W yang lain:


إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة...


Maksudnya: Apabila datang Ramadhan, pintu syurga dibuka...

Dalam redaksi yang lain Nabi S.A.W. bersabda:

...فتحت أبواب الرحمة...

Maksudnya: ...pintu Rahmat dibuka...


4. LAILATUL QADR


Dalilnya berdasarkan firman Allah S.W.T:


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)


Maksudnya : {1} Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. {2} Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? {3} Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. {4} Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. {5} Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadr: 1-5)


Berikut sedikit sebanyak kelebihan bulan Ramadhan untuk tatapan dan renungan untuk semua. InsyaAllah, di lain masa kami akan paparkan tentang fadhilat dan kelebihan puasa berdasarkan daripada Al-Qur’an dan Sunnah Nabi S.A.W yang shahih untuk kita semua amalkan.


بارك الله فيكم...


Oleh Abu Harith

Bahagian Publisiti, Unit Dakwah & Pengisian Kolej Kediaman Ke-5 sesi 2010/2011



Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP