Jumat, 15 Februari 2013

Subhanallah, Meteor Jatuh di Rusia



Semalam (Jumaat, 15/02/13) berlakunya suatu kejadian yang menarik di negara Rusia, di mana sebuah meteor jatuh di selatan Rusia (space.com).

Ledakan hentaman meteor tersebut mengakibatkan lebih kurang 1000 orang mengalami kecederaan, dan bangunan-bangunan di sekitar mengalami kerosakan (metrotvnews.com).

Nasa awalnya telah mencatatkan bahawa saiz meteor tersebut adalah sebesar sebiji bus, dan beratnya adalah 7000 tan, dan ledakannya boleh mencecah seperti letupan 20 biji bom atom. Tetapi mujurlah atsmosfera telah menyerap sejumlah besar daripada tenaganya, menurut Amy Mainzer (usatoday.com).

Menarik juga untuk dinyatakan bahawa NASA telah mencatatkan sebuah Asteroid akan berhampiran dengan bumi pada hari yang sama, di mana saiznya adalah 3/4 lebih besar daripada meteor yang jatuh di Rusia. NASA juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Asteroid yang dinamai 2012 DA14 itu tidak ada kaitan dengan meteor yang menghentam Rusia.

Nasa juga menyatakan bahawa Asteroid 2012 DA14 tersebut telah selamat melepasi bumi kira-kira 17,500 batu di atas negara Indonesia. (nasa.gov)

Lihatlah salah suatu kebesaran ALLAH s.w.t, luasnya alam ciptaan ALLAH.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar