Nama diberi Muhammad Ikhlas,, cantikkan nama tu,, menetap sejak dilahirkan di Pahang Bumi Kemakmuran,, beralamat kg Budu, Benta, Kuala Lipis, Pahang,, dulu sekolah kt Sek. Keb. Budu, SMA Dong, KULLIAH Sultan Abu Bakar, Pekan, dan meneruskan pelajaran di UM, ambil bidang Syariah, pengkhususan Fiqh Usul,,, kalau nak tau lbh lanjut email jer... http://ikhlas.rosele@yahoo.com
ikhlas2um
Cute
Jadual Exam
Mutiara hikmah Imam Malik
"العلم يؤتى ولا يأتي" "ilmu itu didatangi bukan ia mendatangi"
"عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه"
“Apabila seseorang menanyakan soalan kepada seorang Ilmuwan, beberapa soalan, maka Ilmuwan tersebut tidak mengetahui jawapannya, lalu Ilmuwan itu menjawab dengan jawapan, : maaf, saya tidak tahu.”
Apakah yang terlintas di pemikiran kita, apakah layak orang tersebut digelar ilmuan, ataukah perlu ia menjawab dengan menggunakan akal fikiran dan kehendaknya untuk menyelamatkan dirinya dari malu atau untuk mengelakkan pandangan buruk orang ramai terhadapnya, walaupun sedangkan dia tidak tahu.
Apakah yang anda akan lakukan dalam situasi tersebut?
Petamanya marilah kita tadabburi Firman Allah s.w.t :
Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya” (Surah al-Isra’17 : 36)
Dalam tafsir Ibnu Katsir, telah berkata Ibnu ‘Abbas bahawa maksud (لا تقف) adalah (لا تقل) maksudnya janganlah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu ketahui. Begitu juga Qatadah telah menafsirkan ayat ini sebagai, jangan kamu berkata aku melihat sedang kamu tidak melihat, aku mendengar sedang kamu tidak mendengar, aku mengetahui sedang hakikatnya kamu tidak mengetahui, kerana Allah s.w.t akan menanyakan pekara tersebut kelak (hari Kiamat) semuanya.
Kita lihat peristiwa yang berlaku dikalangan para ulama’ dan apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan.
Apa yang disebutkan oleh Sufyan bin Uyainah :
والورع على وجهين، ورع منصت وهو الذي يعرفه العامة، إذا سئل عما لا يعلم قال لاأعلم، فلا يقول إلا فيما يعلم، وورع منطق يلزمه الورع القولي، لأنه يعلم فلا يجد بداً من أن ينكر المنكر ويأمر بالخير، ويحسن الحسن ويقبح القبيح،
Yang bermaksud : adalah wara’ itu dua keadaan (bentuk), wara’ orang yang diam, iaitu orang yang masyhur dikalangan Umum, sekiranya ia ditanya soalan yang dia tidak tahu (akan jawapannya), maka ia akan berkata “aku tidak tahu”, dia tidak menjawab (berkata-kata) kecuali apa yang diketahuinya, (dan yang kedua adalah) wara’ orang yang bercakap, lazimnya wara’ berbentuk pertuturan, seperti mencegah atau memungkari pekara yang mungkar dan mengajak kepada kebaikan, mengatakan elok kepada yang baik, dan mengatakan buruk kepada yang buruk[1].
Kita melihat apa yang dikatakan oleh Al-Qasim bin Muhammad (wafat 108 H) rahimahullah : “aku pernah belajar kepada al-Bahr Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah, dan Ibnu ‘Umar dan aku mendapat banyak Ilmu. Disana (pada Ibnu ‘Umar) terdapat sikap wara’ (takwa), ilmu yang banyak, dan sikap diam atas segala hal yang tidak diketahui.”[2]
Seterusnya kita merujuk kepada kata-kata Imam asy-Sya’bi (wafat 105 H) yang mengatakan :
Yang bermaksud ; daripada Mughirah, daripada as-Sya’bi berkata : “(perkataan seseorang) ‘aku tidak tahu’ adalah separuh (setengah) dari ilmu”[3]
Maka apakah salah seseorang ilmuwan itu mengatakan tidak tahu sebagai jawapan kepada soalan yang dia tidak tahu jawapannya, bukankah dia telah memeliharan kemuliaan ilmu itu, bukankah dia telah bersikap wara’ terhadap ilmu itu, dan itu juga merupakan separuh daripada ilmu.
Tetapi malangnya ada sebilangan mereka hari ini tidak kira yang mempunyai aliran agama atau tidak, bahkan mereka yang memegang jawatan yang tinggi atau mereka yang bergelar ustaz, demi menjaga kedudukan, keegoan, maruah, kepentingan diri, jawatan dan sebagainya, akhirnya mereka telah berfatwa sedang mereka tidak tahu, menjwab persoalan yang diajukan berdasarkan fikiran mereka sedang mereka tidak pasti jawapan yang sebenar. Mereka telah bersikap khianat terhadap ilmu, mereka menyuruh orang beramal dengan apa yang mereka tidak pasti, sedang mereka itu sentiasa dalam kebodohan dan tidak rendah diri dengan ilmu.
Tidakkah kita dapat mengambil ‘ibrah dari kisah dimana rombongan dari Maghrib telah menanyakan kepada Imam Dar al-Hijrah iaitu imam Malik rahimahullah seorang imam yang besar, ma;ruf ketinggian ilmunnya, tinggi hafalannya, tetapi sikap wara’nya juga tinggi, maka Imam Malik menjawab : laa Adri (aku tidak tahu), maka orang itu berkata : wahai Abu ‘Abdillah (kunyah imam Malik) engkau berkata tidak tahu? Imam Malik pun menjawab : ‘Iya sampaikan orang-orang dibelakangmu (di negerimu) bahawa aku tidak tahu[4]. Betapa rendah dirinya Imam Malik, tanpa ada risau bahwa dia akan diperkatakan oleh orang ramai dibelakangnya bahawa dia tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan.
Mudah-mudahan semua ini bermanfaat bagi penuntut ilmu, bahkan kepada penyampai ilmu, bersikap amanahlah terhadap ilmu, dan bersikap wara’ terhadapnya. Mudah-mudahan Allah meredhai kita.
OLEH ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE
[1] Abu Nuaim al-Asbahani. Hilyatul Awliya’, j.3 h. 294. Maktabah Syamilah, Edisi kedua.
[2] Az-Zahabi. (1996). Siyar A’laamin Nubala’ j. 5 h. 55. Beirut : Muasasah ar-Risalah. Lihat Yazid bin Abdul Qadir Jawas. (2009). Menuntut ilmu jalan menuju ke surga h. 202. Indonesia : Pustaka At-Taqwa.
Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad (s.a.w.), persoalan tasawuf ini adalah satu persoalan yang besar, dan satu persoalan yang sangat banyak perbincangannya, bidang tasawuf ini jugalah terbitnya perbincangan dan pendapat begitu banyak ulama’ yang mempunyai manhaj yang berbeza, dengan kelemahan diri ini saya cuba mencari jalan untuk meringkaskan perbincangan ini, dan lebih menumpukan Hakikat Tasawuf menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Untuk mengetahui lebih lanjut saya sebenarnya menyarankan agar membaca buku yang ditulis oleh Ibnul Jauzi iaitu Minhajul Qashidin, ataupun kitab Ibnu Qudamah kitabnya Mukhtasar Minhajul Qashidin[i], dan kitab Ibnul Jauzi iaitu Tablisul Iblis[ii], kitab yang amat bermanfaat untuk memahami ajaran Tasawuf menurut kacamata Ahli Sunnah wal Jamaah, walaupun dalam penulisan ini sengaja saya tidak mengambil kitab tersebut sebagai rujukan. Moga perbincangan ini menjadi pekara yang amat bermanfaat untuk Thalibul Ilmi. ALLAH Musta’an.
Persoalan yang biasa dikemukakan :
Apakah dalam islam ada ilmu tasawuf?
Jawapan saya ada, walaupun gelaran ini tidak disebut pada zaman awal islam, tetapi konsepnya ada dan jelas. Terdapat banyak pandangan dalam tentang maksud sufi dan saya tidak akan menjelaskan disini. Secara kesimpulannya yang dimaksudkan Tasawuf ialah seperti kata Zakaria al-Anshari : ”Tasawuf adalah ilmu yang dengannya diketahui tentang pembersihan jiwa, perbaikan budi pekerti serta pembangunan lahir dan batin, untuk memperolehi kebahagiaan yang abadi”[iii] Maka pentakrifan tersebut tidak ada salahnya, dan benar perkataannya.
Terangkan apakah konsepnya beserta bukti?
Konsep tasawuf secara umumnya adalah penyucian hati, jiwa. Menekankan persoalan batiniyah seperti, ikhlas, mahabah, khauf dan sebagainya, mahupun lahiriyah, seperti akhlak, zuhud dan sebagainya. Semua itu telah pun termaktub di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
Maksudnya: 2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (surah al-Jumu’ah : 2)
Kesimpulan tugas Rasul yang disebutkan dalam ayat ini:
1-Membacakan ayat-ayat ALLAH
2-Menyucikan diri (membersihkan mereka dari kotoran kekufuran)[iv]
Maksudnya: hanyalah Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang tulus. (HR. Ahmad, al-Hakim (hadis ini shahih mengikut syarat Imam Muslim tetapi dia tidak mentkhrijkannya))
Adapun setengah pendapat mengatakan tasawuf ini adalah martabat Ihsan,[v] memang benar, kalau dilihat martabat ihsan didalam Hadis Jibril yang masyhur itu bermaksud, kamu beribadah kepada ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihatnya, maka ketahuilah sesungguhnya Dia melihat kamu. Matlamat ahli tasauf adalah taqarrub (mendekatkan) diri kepada ALLAH, dan ini bertepatan dengan maksud Ihsan. Seperti yang dinaqalkan oleh al-Kandahlawi di dalam tulisan beliau ”sebenarnya tarekat merupakan nama lain bagi atau nama kedua kepada ihsan (dalam hadis Jibril a.s itu). Atau ia merupakan jalan yang menerusinya akan terhasil sifat ihsan, ia juga dikenali sebagai tasawuf atau suluk”
Kenyataan yang seperti ini kita dapat lihat merupakan satu pandangan, kerana kenyataan yang kurang konsisten, saya lebih cenderong untuk menyetujui ta’rif yang kedua itu ”merupakan jalan yang menerusinya akan terhasil sifat ihsan” kerana tasawuf merupakanjalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t
Dan sekiranya martabat Ihsan adalah tasawuf maka tidak boleh dinafikan juga suri teladan untuk mengamalkannya perlulah mengikut panduan Rasulullah, mustahil Rasulullah tidak mengajarkan umatnya cara untuk mencapai matlamat yang tinggi itu, sehingga kelihatan orang ramai lebih mengikut dan mengamalkan apa yang tidak datang daripada Baginda, dan nyatalah orang yang berginilah telah membawa diri mereka kepada kesesatan.
Maksudnya : Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(surah Asy Syams: 7 - 10).
Ayat ini menerangkan bahawa keuntungan bagi orang-orang yang menyucikan jiwanya,
Maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia sembahyang. (surah Al A'la: 14-15).
Maksudnya disini membersihkan diri dari akhlak tercela dan mengikuti apa yang diturunkan ALLAH kepada Rasul-Nya. Dan mengerjakan solat pada waktunya dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH dan dalam rangka mentaati perinyah-Nya serta menjalankan syari’at-Nya.
“saya katakana bahawa kami meriwayatkan dari Amirul Mu’minin ‘Umar bin Abdul ‘Aziz, dimana dia telah memerintahkan orang-orang untuk mengeluarkan zakat fitrah dan membacakan ayat ini: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia sembahyang”. [vi]
Sepertimana yang telah disebutkan diatas tadi bahawa Tazkiyatun Nufus ini termasuk dalam perbincangan Ihsan, iaitu martabat tertinggi dalam agama Islam seperti yang tertulis dalam sebuah hadis yang masyhur atau dikenali sebagai hadis Jibril. Disini saya juga bawakan satu Hadis yang bermaksud:
“Tiga perkara, barangsiapa mengerjakannya, maka ia pasti merasakan lazatnya iman. Iaitu (pertama), seseorang yang menyembah Allah semata-mata, bahawa tidak ada sesembahan yang hak, kecuali hanya Dia. (Kedua), ia membayarkan zakat mal-nya setiap tahun dengan jiwa yang rela, ia tidak membayarkan (haiwan) yang sudah tua, tidak yang kurus, dan tidak pula yang sakit, tetapi (ia membayamya) dari pertengahan harta kalian, karena Allah tidak meminta kepadamu harta yang terbaik dan tidak memerintahkan dari harta yang jelek, dan, (Ketiga), ia mensucikan dirinya. Maka seseorang bertanya, "Apakah tazkiyatun nufus itu?" Beliau menjawab, "la mengetahui(meyakini), bahawa Allah selalu bersamanya dimanapun ia berada."
(HR. Thabrani dalam Ash Shagir dan Baihaqi dalam Sunan. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Ash Shahihah,1046.)
Kemudian ALLAH Ta’ala berfirman : “tetapi kamu memilih kehidupan duniawi” Artinya kalian lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat. “sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”. Maksudnya, pahala ALLAH di alam Akhirat itu lebih baik daripada dunia dan lebih kekal, kerana dunia itu sangat hina dan fana sedangkan akhirat itu mulia lagi kekal abadi. Bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengutamakan sesuatu hal yang fana atas yang abadi serta hanya memerhatikan hal-hal yang akan hilang dengan cepat dan tidak memperhatikan hal-hal yang ada di alam kekal abadi.”
Untuk mempermudahkan pengertian tentang Tasawuf, ada baiknya bila disini dikemukakan perihidup Rasulullah dan para sahabat-sahabat baginda yang pada umumnya perihidup zaman itu disifati dan dipandangi dengan hidup Tasawuf. Tujuan hidup mereka tidak didasarkan kepada nilai-nilai kebendaan dan kemegahan tetapi nilai-nilai ibadah. Ini dikeranakan mereka memandang akhirat itu lebih baik daripada kehidupan dunia. Kehidupan mereka dapat diperincikan antara lain sebagai berikut :
1-Hidup Zuhud
2-Hidup Qanaah
3-Hidup Taat (pada melakukan suruhan dan meninggalkan larangan)
4-Hidup Istiqamah
5-Hidup Ikhlas
6-HidupUbudiyah
Antara perbincangan tasawuf juga adalah seperti berikut :
1-Taubat
7-Sabar
2-Muhasabah
8-Wara’
3-Khauf (Perasaan takut)
9-Zuhud
4-Raja’ (Pengharapan)
10-Redha
5-Siddiq (Jujur)
11-Tawakal
6-Ikhlas
12-Syukur
Ini kerana, Pada prinsipnya ajaran tasawuf adalah perbaikan hati, penyembuhannya dari segala macam penyakit, dan penghiasannya dengan sifat-sifat sempurna.[viii]
Tidak dinafikan pekara ini dan sesungguhnya senarai itu tepat sekali, tetapi hendaklah menjauhkan sifat Ghuluw dalam mengamalkannya, sehingga yang tidak diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat pun dicipta, pekara seperti inilah yang dianggap bida’ah, terlalu banyak pekara yang kita ambil konsepnya daripada Rasulullah (s.a.w) tetapi cara perlaksanaannya jauh menyimpang dari tuntutan.
Adapun Ghuluw yang dimaksudkan Adalah : Ghuluw bermaksud melampaui batas [ix]sedangkan ghuluw dalam beragama bermaksud : melampaui apa yang dikehendaki syariat baik dalam keyakinan, mahupun amalan. (mu’jamu Maqayis 4/388).[x]
Kesimpulannya sikap Ghuluw ini adalah haram dan dilarang dalam islam berdasarkan dalil yang kukuh dan tsabit.
Antaranya :
Fiman ALLAH (s.w.t) maksudnya : "Wahai Ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dan (kerana) mereka telah menyesatkan banyak orang, dan mereka pun tersesat dari jalan yang lurus." (Al Maidah: 77) Ayat serupa ada dalam surat An Nisa: 171. (sila lihat tafsir at-Tabari dan tafsir Ibn Katsir)
Yang bermaksud : Wahai sekalian manusia, jauhilah oleh kamu akan Ghuluw (melampau-lampau) dalam agama, sesungguhnya telah binasa mereka-merka sebelum kamu kerana bersikap Ghuluw dalam agama. (Diriwayatkan Ibn Majah an-Nasa’i dan Imam Ahmad).
Dan banyak lagi yang saya tidak nyatakan disini.
Apakah ada metod (manhaj) yang khusus dalam bidang tasawuf?
Ya semestinya ada, ketahuilah jikalau tasawuf itu sebahagian dari agama, sudah tentu penghulunya adalah Rasulullah (s.a.w), dan mana-mana manhaj dalam agama semestinya bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, begitu juga ilmu tasawuf, jikalau manhaj ilmu tasawuf ini datang dari manusia selain Rasul, mereka mencipta jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH pekara tersebut bukanlah agama, bahkan apa yang mereka sampaikan itu tidak lain nafsu dan akal fikiran dan tidak lain hanyalah kesesatan.
Sudah jelas ayat yang saya bawakan diatas menunjukkan bahawa Rasulullahlah yang menyucikan hati dan dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah lah panduan untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Persoalan yang sering timbul adalah cara-cara yang diajarkan oleh mana-mana ’syeikh’ yang tidak ada asasnya dari dua sumber yang agung itu. Saya yang lemah ini menolaknya, kerana syariat dan intisari ajaran agama keseluruhannya telah terhenti, maka perlulah setiap perkara berkaitan ibadah perlu merujuk kembali dua sumber yang agung berdasarkan fahaman Salafussoleh.
Saya nak bawakan dua analogi mudah, contohnya sebuah kereta, seseorang akan membaikinya kerana semestinya kereta itu rosak, seseorang akan menambahkan baik, atau menambah bahagian tertentu pada kereta itu sudah semestinya pada pandangannya kereta itu kekurangan atau tidak lengkap, atau seseorang itu ’overhall’ atau ’renovate’ atau sebagainya semestinya kerana kereta itu tidak cantik.
Dan apabila seseorang itu membaiki, menambah baik, menambah-nambah, overhall, renovate, upgrade dan sebagainya dalam agama islam, adakah islam itu rosak, tidak lengkap, tidak sempurna, tidak cantik atau masih kurang? Jauhilah kamu dari perkara ini yakinlah dengan Fiman ALLAH s.w.t:
Maksudnya: ...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksakarena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(surah Al-Maidah; 3)
Tafsir Ibn Katsir: Telah berkata Ali bin Abi Talhah(sighar at-tabi’in): ”telah Kusempurnakan agama kamu” adalah islam, ALLAH telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya s.a.w dan orang mu’min bahawa telah sempurna iman mereka, tidak memerlukan sebarang penambahan selama-lamanya, sungguhnya ALLAH telah melengkapkan tanpa dikurangi selama-lamanya, sesungguhnya telah diredhai ALLAH (agama itu).
Apakah ini masih tidak jelas bagi mereka, ayat ini menjadi syahid bahawasnya tiada kurangnya agama ini tidak perlu ditambah mahupun dikurang, janganlah kamu menjadikan hawa nafsu sebagai ikutan, rujuk kembali hadis-hadis Nabi berkaitan Akhlak, berkaitan Ihsan, berkaitan Zikir dan Ibadah Tatawu’ (sunat), tidak perlu direka perkara lain, lihat mereka yang telah dijamin masuk syurga, hanyasalah mereka taat kepada ALLAH dan Rasul, mereka mengikut apa yang telah dipedomankan. Arahkan hawa nafsu mengikut apa yang Rasulullah bawa,
عن عبد الله بن عمرو ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
Maksudnya: tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang Aku bawa dengannya. (diriwayatkan dalam kitab Al-Ibanah Al-kubra, dipetik dari Matan Arbaien hadis ke 41, Imam An-Nawawi (kami riwayatkan dari kitab al-Hujjah dengan sanad yang Shahih))
Ketahuilah kita tidak boleh mengikut jalan lain untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, kerana itu akan membuatkan kita jauh dan tersesat, jalan yang sepatutnya kita lalui adalah satu jalan yang lurus yang telah digariskan oleh Rasulullah (s.a.w), sebagaimana yang dapat kita fahami dari hadis Baginda (s.a.w) :
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata : Rasulullah telah membuat satu garis lurus kepada kami, kemudian Baginda (s.a.w) bersabda : Ini adalah jalan ALLAH, kemudian Baginda (s.a.w) menulis banyak garis sebagai cabang di sebelah kanan dan kiri garis lurus tersebut, kemudian bersabda : ini adalah jalan-jalan (simpang) pada setiap jalan tersebut ada syaitan yang menyeru kearahnya kemudian membaca :
Firman ALLAH s.w.t maksudnya: dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) [maksudnya : janganlah kamu mengikuti agama-agama dan kepercayaan yang lain dari islam, Mujahid mengertikan ”assubul” dengan segala macam bid’ah dan jalan-jalan yang tidak benar] kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan. (Ibn majah, ahmad dan al-Hakim)
Saya juga ingin memetik kata Imam Ibn Qayyim :
”Dan Tazkiyatun Nufus itu : lebih payah daripada mengubati badan dan lebih sulit, maka barangsiapa berusaha mensucikan diri dengan jalan riyadhah, mujahadah dan khalwat yang tidak diterangkan oleh Rasul : maka ia seperti seorang yang sakit mengubati dirinya sendiri dengan pendapatnya sendiri (bahkan seperti orang yang mengubati diri sendiri dengan kebodohan diri), dan dimanakah letak pendapatnya itu dibandingkan Ilmu seorang doktor?, maka Para Rasul adalah Doktor (pengubat) hati dan jiwa. Dan tidak ada jalan untuk menyucikan hati dan memperbaiknya kecuali dengan mengikuti jalan-jalan mereka (para Rasul). Di atas bimbingan mereka dengan penuh kepatuhan dan kepasrahan kepada mereka (kerana mereka menyampaikan apa-apa yang dari ALLAH, dan ALLAH bersama mereka Memerhati dan Menolong).”[xi]
Abu al-Qasim al-Junayd (m. 297H.) menjelaskan : ”Semua jalan (jalan ke arah menghayati ilmu tasawuf) tertutup kepada semua orang, melainkan bagi orang yang sentiasa mengikuti jejak Rasulullah s.a.w, berpegang teguh pada suri teladan Baginda serta sentiasa melazimi gaya hidup Baginda; bagi orang yang sedimikian (sifatnya) jalan (menghayati ilmu tasawuf) terbuka luas kepadanya”[xii]
Abu al Qasim juga menjelaskan : ”sesiapa yang tidak menghafaz al-Quran dan tidak menulis hadis adalah tidak diikuti dalam urusan ini (ilmu tasawuf), kerana ilmu kami terikat kemas dengan al-Kitab dan al-Sunnah”[xiii]
Wallahu a’lam
Oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas Bin Rosele
Rujukan:
Al-Quran
Al-Hadis
Tafsir Ibn Katsir
Ibn Daqiiq al-‘Ied,terjemah Abu Umar Abdillah Asy-Syarif. Syarah Hadith Arba’in, Indonesia, Pustaka at-Tibyan.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah. (1973). Madarij as-Salikin, Juz. 2, m/s 315. Beirut, Lubnan : Dar Al-Kitab Al-’Arabi.
Al-Fauzan, Syeikh Shalih bin Fauzan. (1426H). Hakikat Taswuf : Pandangan Tasawuf Tentang Pokok-Pokok Ibadah dan Agama. (Abdullah Haidir trans.). [pdf version]. http://www.islamhouse.com
Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah.2001. Islam Akidah dan Kerohanian, edisi ketiga. Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Shaikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi. 1399H. Al-Shari’ah wa al-Tariqah. Mesir. Dar al-Rashid
Abdul Qadir Isa. (2005). Hakekat Tasawuf. (Khairul Amru Harapap Lc., MHI dan Frizal Lubis Lc trans). Judul asli Haqaiq at-Tasawuf. Jakarta : Qisthi Press. (Original Work Published nd.)
Abu Umar Basyir. (2004). Apa dan Bagaimana Ghuluw (sikap berlebihan), (m/s 2) [pdf version]. http://www.vbaitullah.or.id.
Yusuf Hj. Wanjor. (2003). Tasuf-Tarekat : Suatu Huraian Ringkas, (m/s 4-5). Selangor, Malaysia : Thinker’s Library Sdn Bhd.
Nota Kaki :
[i] Ibnu Qudamah. (1997). Minhajul Qashidin (jalan orang-orang yang mendapat petunjuk). (Kathur Suhardi terj.). Jakarta : Pustaka Al-Kautsar. (judul asli diterbitkan pada 1989).
[ii] Ibnul Jauzi, Jamaluddin Abi al-Faraj. (nd.). Tablis Iblis. Kaherah : Maktabah Al-Mutanabbi. Atau Ibnul Jauzi.(1998). Perangkap Syetan. (Kathur Suhardi terj.). Jakarta : Pustaka al-Kautsar. (judul asli diterbitkan pada 1983).
[iii]Zakaria al-Anshari (wafat 929 H). Ta’liqat ’ala ar-Risalah al-Qusyiriyyah. Lihat, Abdul Qadir Isa. (2005). Hakekat Tasawuf, (m/s 4). (Khairul Amru Harapap Lc., MHI dan Frizal Lubis Lc trans). Judul asli Haqaiq at-Tasawuf. Jakarta : Qisthi Press. (Original Work Published nd.)
[iv]Ibn Jarir at-Tabari, (200).Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an. Maktabah asy-Syamilah.
[v]Zakaria Stapa. (2001). Mengenal Unsur Taswuf yang Menyeleweng dalam Buku Agama (pp. 191-193). In Zakaria Stapa, Mohamed Asin Dollah (Eds). Islam Akidah dan Kerohanian. Bangi : UKM.
[vi]Ibn Katsir. (2008). Tafsir Ibnu Katsir, jil 8, m/s 453-454. (M. Abdul Ghoffar E.M, Abu Ihsan al-Atsari terj.). Indonesia : Pustaka Imam As-Syafi’i. (judul asli dirterbitkan pada 1994).
[vii]Yusuf Hj. Wanjor. (2003). Tasuf-Tarekat : Suatu Huraian Ringkas, (m/s 4-5). Selangor, Malaysia : Thinker’s Library Sdn Bhd.
[viii]Abdul Qadir Isa. (2005). Hakekat Tasawuf, (m/s 190). (Khairul Amru Harapap Lc., MHI dan Frizal Lubis Lc trans). Judul asli Haqaiq at-Tasawuf. Jakarta : Qisthi Press. (Original Work Published nd.)
[ix]Abu Umar Basyir. (2004). Apa dan Bagaimana Ghuluw (sikap berlebihan), (m/s 2) [pdf version]. http://www.vbaitullah.or.id.
[xi]Ibn al-Qayyim al-Jauziyah. (1973). Madarij as-Salikin, Juz. 2, m/s 315. Beirut, Lubnan : Dar Al-Kitab Al-’Arabi.
[xii]As-Sullami, Abu ’Abd al-Rahman. (1969). Tabaqat al Sufiyyah, m/s 159. Ed. Nur al-Din Sharibah. Kaherah : Maktabat al-Khanaji. Lihat, Zakaria Stapa. (2001). Mengenal Unsur Taswuf yang Menyeleweng dalam Buku Agama. In Zakaria Stapa, Mohamed Asin Dollah (Eds.). Islam Akidah dan Kerohanian, (m/s. 204). Bangi : UKM.
[xiii]al-Qushayri, Abd. Al-Karim bin Hawazin. (1991). Al-Risalah al-Qushayriyyah fi ’Ilm al-Tasawuf, m/s 431. Ed. Ma’ruf Zariq, ’Ali Abd al-Hamid Baltaji. Beirut : Dar al-Khayr. Lihat op cit, Zakaria stapa, (pp. 204).
"Satu Pencerahan" ~ Sirah untuk diketahui... ... Sunnah untuk diikuti ~ chaiyok.. :)
Sajak
Teruskan Langkahmu... Walau apa jua Jalan Yang Kau Tempuhi... Kerana Ingin Hatimu Tiba di Destinasi Sebelum Malam Kunjung Tiba... Sekiranya Langkahmu itu Terhenti Malam itu Kian Menghampiri... Kau tidak Akan Sempat Tiba di Destinasi itu...
Berusahalah Duhai Diri Tabahlah Duhai Jiwa Sabarlah Duhai Hati
Kerana Destinasi itu Kau Idami (by Abu Zaid)
Syamail
Aisyah r.a. meriwayatkan,
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berbicara seperti cara kalian berbicara yang sangat cepat ini. Beliau selalu berbicara dengan yang jelas dan rinci sehingga orang-orang yang duduk bersama Beliau dapat menghafalnya.” (riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Dawud, dan Abu Syaikh)
An-Nushul Amiin
" Dan saya menasihatkan kepada ikhwanku di jalan Allah ahlussunnah untuk menhadapkan perhatian kepada ilmu yang bermanfaat, jujur terhadap Allah, dan ikhlas. Sedang kalau mereka menghadapi masalah, hendaklah dimesyuarahkan oleh Ahl al-hilli wa al-'aqdi (para ulama' dan pemerintah)"