Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

Ayuh Sertai: SEMINAR MUAMALAT

Minggu, 05 Januari 2014



Read more...

UJIAN & ISTIKHARAH

Selasa, 02 April 2013


Dalam kehidupan ini UJIAN itu adalah suatu kepastian, kerana Allah mengkehendaki ujian di dalam kehidupan manusia, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (1), Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (2).
(Surah al-Mulk : 1-2)

dan firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(Surah al-'Ankabut : 2)

Jadi jelaslah di dalam kehidupan di dunia ini Allah yang Maha Pengasih telah menurunkan ujian untuk menguji keimanan hambanya, siapakah yang paling baik di antara mereka amalannya, yang paling ikhlas dan paling benar yakni mengikuti sunnah.

Dan di antara ujian-ujian yang ada di dunia ini adalah ujian PILIHAN, ianya dilihat bukanlah ujian yang besar tetapu ianya adalah ujian yang meresahkan, menjadikan jiwa kadang-kala tidak tenteram. Oleh kerana itulah agama Islam menyediakan jalan keluar, jalan terbaik untuk melakukan pilihan yang terbaik, tidak kira apa jua bentuk pilihan sama ada pilihan calon Isteri, pilihan pekerjaan, pilihan yang menentukan masa hadapan dan sebagainya.

Jalan yang dianjurkan oleh Agama Islam adalah dengan melakukan Solat Istikharah. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Yang bermaksud:
 Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa: 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut. 
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Namun hendaklah solat ini tidak semestinya dilakukan sekali, perbanyakkanlah doamu kepada Allah. Bukanlah juga petanda bagi pilihan yang diminta itu datang melalui mimpi, tetapi sering ianya berlaku secara tidak langsung, di mana Allah s.w.t mempermudahkan urusan dan jalan ke arah perkara atau urusan tersebut dan menjauhkan dan menyukarkan jalan kepada perkara dan urusan yang lain.

Mungkin mudahnya jalan kita atas urusan perkara tersebut menunjukkan Allah menghendaki perkara atau pilihan tersebut kepada kita, dan ia merupakan pilihan yang terbaik buat kita. Dan mungkin susahnya kita atas sesuatu urusan menunjukkan Allah tidak menghendaki perkara tersebut untuk kita dan ianya bukan merupakan yang terbaik buat kita, lantaran dari Istikharah yang telah kita lakukan.

Jadi lumrah bagi seorang hamba itu adalah sentiasa menetapi keSABARan dan sentiasa dalam keSYUKURan. 

Read more...

Subhanallah, Meteor Jatuh di Rusia

Jumat, 15 Februari 2013



Semalam (Jumaat, 15/02/13) berlakunya suatu kejadian yang menarik di negara Rusia, di mana sebuah meteor jatuh di selatan Rusia (space.com).

Ledakan hentaman meteor tersebut mengakibatkan lebih kurang 1000 orang mengalami kecederaan, dan bangunan-bangunan di sekitar mengalami kerosakan (metrotvnews.com).

Nasa awalnya telah mencatatkan bahawa saiz meteor tersebut adalah sebesar sebiji bus, dan beratnya adalah 7000 tan, dan ledakannya boleh mencecah seperti letupan 20 biji bom atom. Tetapi mujurlah atsmosfera telah menyerap sejumlah besar daripada tenaganya, menurut Amy Mainzer (usatoday.com).

Menarik juga untuk dinyatakan bahawa NASA telah mencatatkan sebuah Asteroid akan berhampiran dengan bumi pada hari yang sama, di mana saiznya adalah 3/4 lebih besar daripada meteor yang jatuh di Rusia. NASA juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Asteroid yang dinamai 2012 DA14 itu tidak ada kaitan dengan meteor yang menghentam Rusia.

Nasa juga menyatakan bahawa Asteroid 2012 DA14 tersebut telah selamat melepasi bumi kira-kira 17,500 batu di atas negara Indonesia. (nasa.gov)

Lihatlah salah suatu kebesaran ALLAH s.w.t, luasnya alam ciptaan ALLAH.

Read more...

Pelajaran Adab dari Abu Amr r.a

Rabu, 06 Februari 2013



Pelajaran Adab dari Abu Amr rahimahullah

Al-Ashma’i menuturkan bahwa Abu ‘Amr ibnul ‘Ala [1] rahimahullah pernah berkata kepadanya, “Berhati-hatilah engkau jika menghinakan orang yang mulia, atau memuliakan orang yang tercela, atau mempersulit urusan orang yang berakal, atau mencandai orang yang dungu, atau bergaul dengan orang yang jahat. Tidak termasuk adab apabila engkau menjawab orang yang tidak bertanya kepadamu, atau engkau bertanya kepada orang yang tidak mau menjawabmu, atau engkau mengajak bicara orang yang tidak bisa diam untuk mendengarmu.”

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP