Nama diberi Muhammad Ikhlas,, cantikkan nama tu,, menetap sejak dilahirkan di Pahang Bumi Kemakmuran,, beralamat kg Budu, Benta, Kuala Lipis, Pahang,, dulu sekolah kt Sek. Keb. Budu, SMA Dong, KULLIAH Sultan Abu Bakar, Pekan, dan meneruskan pelajaran di UM, ambil bidang Syariah, pengkhususan Fiqh Usul,,, kalau nak tau lbh lanjut email jer... http://ikhlas.rosele@yahoo.com
ikhlas2um
Cute
Jadual Exam
Mutiara hikmah Imam Malik
"العلم يؤتى ولا يأتي" "ilmu itu didatangi bukan ia mendatangi"
"عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه"
Semoga pembaca sekalian menghayati dan mendalami maksud yang tersurat mahupun tersirat dalam lirik ini...
Yang Benar Tetap Benar : Algebra
Berkata Benarlah Walau Pun Sukar Kerana Pada Yang Benar Adanya Sinar Yang Benar Tidak Boleh Diganti Tukar Sekalipun Cuba Disangkal Oleh Yang Nakal Sekali Pun Ada Yang Bersikap Hambar Kerana Yang Benar, Itu Benar... Hantarlah Bicara Yang Benar Agar Mengalir Ke Setiap Alur Dan Datar Ke Hutan Belukar Dan Paya Terbiar Ke Desa Yang Pudar Dan Bandar Yang Besar Kerana Yang Benar Itu Benar.. Nyatakan Yang Benar Di Daerah Yang Hambar Di Kota Mekar Di Akhbar Tersiar Juga Di Tv Dan Radio Terpancar... Untuk Si Miskin Yang Terlantar Dan Si Kaya Yang Tersandar Cakaplah Yang Benar Walaupun Tidak Dibenar Sekalipun Disanggah Tegah Di Sambar Kasar Kerana Tuhanmu Adalah Tuhan Yang Maha Benar Rasulmu Ialah Obor Sabar Cahaya Sinar Buat Yang Benar Maka Yang Benar Itu Tetap Benar...
Hantarlah Bicara Yang Benar Agar Mengalir Ke Setiap Alur Dan Datar Ke Hutan Belukar Dan Paya Terbiar Ke Desa Yang Pudar Dan Bandar Yang Besar Kerana Yang Benar Itu Benar.. Berkata Benarlah Walau Pun Sukar Kerana Pada Yang Benar Adanya Sinar..
Untuk mengetahui siapa penulis lirik, composer dan yang berkaitan, belilah album Algebra yang kini berada dipasaran…
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang bersabar. (surah al-Baqarah: 153)
Maksudnya: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(surah al-Baqarah: 155)
Maksudnya: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (surah Ali-Imran: 142)
Maksudnya: Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.(surah Ali Imran: 146)
Maksudnya: Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.(surah asy-Syuura: 43)
Maksudnya: Dari Abu Said yaitu Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiallahu 'anhuma bahwasanya ada beberapa orang dari kaum Anshar meminta - sedekah - kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau memberikan sesuatu pada mereka itu, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberinya pula sehingga habislah harta yang ada di sisinya, kemudian setelah habis membelanjakan segala sesuatu dengan tangannya itu beliau bersabda: "Apa saja kebaikan - yakni harta - yang ada di sisiku, maka tidak sekali-kali akan kusimpan sehingga tidak kuberikan kepadamu semua, tetapi oleh sebab sudah habis, maka tidak ada yang dapat diberikan. Barangsiapa yang menjaga diri - dari meminta-minta pada orang lain, maka akan diberikan rezeki kepuasan oleh Allah dan barangsiapa yang merasa dirinya cukup maka akan diberikan kekayaan oleh Allah - kaya hati dan jiwa - dan barangsiapa yang berlaku sabar maka akan dikurniakan kesabaran oleh Allah. Tiada seorangpun yang dikurniai suatu pemberian yang lebih baik serta lebih luas – kegunaannya – daripada kurnia kesabaran itu."(Muttafaq 'alaih)
Maksudnya: Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua
keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan), iapun bersyukur-lah, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran - yakni bencana – diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya."(Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Mas’ud berkata: seakan-akan aku melihat akan Rasulullah sedang menceritakan tentang kisah seorang Nabi dari kalangan para Nabi. Beliau dipukul oleh kaumnya sehingga berdarah, lalu nabi tersebut menyapu darahnya ke mukanya sambil mengucapkan : ”Ya ALLAH ampinilah kaumku, sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui”. (riwayat Al-Bukhari)
Sudut pandanganku,
Timbul satu persoalan dalam benak fikiran ku, mengapa jiwa anak muda ini sangat terburu-buru, tergesa-gesa dan tidak menanamkan sifat sabar. Mereka terlalu mudah mengambil jalan mudah untuk mencapai matlamat walaupun jalan tersebut tidak ada pedoman dari ALLAH dan Rasulnya, jalan yang bertentangan dengan jalan islam, mereka menggunakan jalan yang batil, usaha yang batil untuk mencapai matlamat mereka walau apa pun cara, tergesa-gesa, sedangkan bersabar itu adalah jalan yang terbaik sekiranya tidak perlu kita gunakan usaha dan jalan yang batil.
OLEH : ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE
rujukan : kitab Riyadus Shalihin oleh Imam An-Nawawi
Dalam merenteti perubahan zaman, hari dan masa, maka pengukuhan kembali ilmu agama hendaklah sentiasa dilakukan, usaha untuk masyarakat merujuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah diteruskan, dan perjuangan menegakkan kebenaran hendaklah dimantapkan.
Saya ingin membawa hadis yang sama-sama boleh untuk kita jadikan pedoman hari demi hari. InsyaALLAH
Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim: (sanad dan matan ini dipetik dari shahih Bukhari: 2407)
Bermaksud: Daripada Abu Humaid as-Sa’idi (r.a) telah berkata: Rasulullah (s.a.w) telah menugaskan seorang lelaki untuk memungut zakat (daripada Bani Salim), lelaki tersebut digelar Ibnul Lutbiyyah.
Sebaik sahaja sekembalinya dari tugas memungut zakat, dia mengatakan (kepada Rasulullah): ” ini harta kamu dan ini hadiah untukku.
Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mengapa engkau tidak duduk sahaja di rumah ayah dan ibumu kemudian kamu lihat adakah kamu mendapat hadia atau tidak.
[(kemudian Rasulullah berkhutbah yang didahului pujian dan sanjungan kepada ALLAH (s.w.t)]:
Demi Tuhan yang jiwaku dalam genggaman-Nya, tidaklah sekali-kali seorang lelaki mengambil harta (bukan dengan jalan yang hak) kecuali dia datang pada hari kiamat membawa apa yang telah mereka ambil itu di lehernya. Sekiranya yang diambilnya itu unta, maka ia akan mengeluarkan suara lenguhannya, atau sekiranya lembu maka ia akan mengeluarkan suara lenguhannya, atau sekiranya yang diambilnya itu kambing, maka ia akan mengeluarkan suara embekannya.
Kemudian Rasulullah mengangkat tangannya
dan bersabda: Ya ALLAH bukankah aku telah menyampaikan?, ya ALLAH bukankah aku telah menyampaikan? Tiga kali.
Saya merujuk karangan Dr ’Aidh (Siyatul Qulub) telah menyimpulkan beberapa masalah penting yang dapat di petik daripada Hadis ini, dan saya hanya mengeluarkan beberapa masalah dari masalah tersebut, insyaALLAH. Masalah seperti berikut:
Menggelapkan sesuatu dengan cara yang bathil
Lihat bukankah sudah jelas akibatnya sekiranya kita mengelapkan harta secara bathil, sehingga pada hari kiamat nanti perbuatan akan ditonjolkan dalam keadaan yang begitu hina.
Apakah orang yang menggelapkan sesuatu itu tidak merasa malu kepada Abu Bakar as-Siddiq yang mana wafatnya tidak meninggalkan sesuatupun, kecuali hanya sepasang pakaiannya, seekor bighal dan sedikit harta?
Maksudnya: 34. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.35. pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu." (surah at-Taubah : 34-35)
Rasuah atau suap
Hadiah yang diberikan kepada amil, atau pejabat, atau orang yang berkompeten, dari orang lain adalah rasua atau suap.
Kalau dilihat di negara Malaysia gejala rasuah makin menjadi-jadi tidak kira dikalangan menteri, orang-orang besar, orang berkepentingan gejala rasuah pasti berlaku, kerana konsep rasuah adalah bertujuan untuk mendapatkan kelebihan atau kepentingan tertentu dengan cara mudah, dan ia sering berlaku dikalangan orang yang berkepentingan.
Telah terbukti pada tahun 2006: Malaysia tangga ke-40 drpd 163 dalam indeks transparency International (TI) 45 peratus kes rasuah dalam sektor swasta. (KU SEMAN KU HUSSAIN, ANALOGI AKAR,POKOK DAN RASUAH, MINGGUAN MALAYSIA 19 OGOS 2007.)
Cukuplah bukti yang ringkas ini membuktikan bahawa masyarakat telah jauh dari pedoman al-Quran dan as-Sunnah, masing-masing mengejar kepentingan dunia, dan sebagai seorang pemimpin atau bakal pemimpin jauhilah sejauh-jauhnya gejala rasuah ini.
Menegur tanpa menyebarkan kesalahan
Kita diperintahkan untuk bersikap mudah lagi lembut terhadap kaum muslimin dan tidak menyebarkan kesalahannya di hadapan orang ramai. Sebagaimana Rasulullah (s.a.w) yang mengetahui amilnya adalah ibnul Lutbiyyah tetapi Baginda tidak berdiri berkhutbah dihadapan orang ramai menyebarkan hal ehwalnya. Baginda tidak mengatakan ” hai manusia! Kamu telah mengutuskan Ibnul Lutbiyyah kebelakangan ini, lalu dia melakukan anu dan anu”
Sama sekali tidak melakukan demikian dan Baginda mengajarkan kita cara yang begitu hikmah dan menjaga kemaslahatan, kemungkinan orang yang keliru akan bertaubat dan sedar apabila dirahsiakan kekeliruannya dihadapan orang ramai.
Oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas Rosele
Rujukan
Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni. 2004 .Cambuk Hati buku 1 (siyatul qulub). Irsyad Baitus Salam.
(bentuk huraian telah diubah suai oleh Abu Zaid, untuk lebih mendalami rujuk buku asal)
“aku ambik syariah jabatan fiqh usul, kalau boleh terus sambung PHD” kata ku menyambung perbualan dengan seorang sahabatku yang kini sedang belajar Islamic Banking di UiTM.
“Bolehla kau jadi Mufti” dia menjawab,
Aku senyum lalu membalas, ”kalau banyak bermain jer macammana nak jadi mufti”, maksudku untuk bergurau,
”jadi Mufti dunia” dia menjawab, walaupun dangan nada bergurau bagiku ia mempunyai maksud yang mendalam.
Sengaja saya mengungkap kembali dialog ini, dan saya terfikir adakah wujud ulama’ dunia dan apakah ciri-cirinya???
Fikir-fikir
Kalau difikirkan, ada dikalangan orang yang digelar ustaz, ulama’ atau sebagainya menjadikan title itu sebagai memenuh periuk nasi, nak jadi popular, nak disanjung-sanjung, mahu dianggap yang terbaik dan sebagainya, tidak lansung merasakan mereka itu hanya meneruskan perjuangan dakwah agama yang sempurna, tidak lansung merasakan mereka juga adalah pengikut syariat yang diturunkan ALLAH keatas Rasulullah s.a.w, bukannya ”title” ”ustaz” atau ”ulama’” atau sebagainya menjadikan mereka menyampaikan apa yang mereka suka, asal nampak baik terus jadi agama, reka amalan-amalan tertentu untuk dijadikan amalan oleh pengikut dan sebagainya.
Ada pula yang tak boleh ditegur, seolah-olah mereka jer yang betul, inilah Ulama’ dunia, bila ada orang tunjuk bukti kesalahan, pun tak nak mengaku salah, bahkan orang yang menegur pula dikatakan salah, sebab kalau nak mengaku salah nanti, takut pengikut lari, takut hilang periuk nasi, lalu bawalah hujah batil tak pun buat fitnah, biasalah ”mereka” ini kalau dah tak ada hujah nak lawan, dah rasa hujah mereka lemah mulalah buat fitnah, tak ada senjata hujah guna senjata fitnah, cap orang sesat, terpesong, keluar ahli sunnah wal jamaah dan sebagainya,
Dunia, dunia,,, janji dapat duit sanggup jadi tekong buat amalan syirik, ataupun bid’ah, tak kan tak tahu syirik penghapus amalan, penghapus iman, bid’ah tetap bid’ah walau manusia nampak dia baik. Ada yang suka bila ada banyak pengikut, diagung-agungkan pengikut, sehinggakan ada mereka yang pengikutnya terlampau mengagungkan dan ia meredhai sehingga boleh jatuh tahap syirik, orang pula bila nampak ”ulama’” ni banyak pengikut terus cop ulama ini benar, tak kan tak tahu yang benar itu Al-Quran dan As-Sunnah, siapa yang bertepatan dengan kedua tersebut baru boleh cop benar,,, bukan tengok ramai pengikut.
Lagi satu perbuatan suka menunjuk-nunjuk, banyak sangat orang yang cintakan dunia ini akan menunjuk-nunjuk amalan, tidak ikhlas, nak sangat orang tahu. Dunia...dunia,,,
"Satu Pencerahan" ~ Sirah untuk diketahui... ... Sunnah untuk diikuti ~ chaiyok.. :)
Sajak
Teruskan Langkahmu... Walau apa jua Jalan Yang Kau Tempuhi... Kerana Ingin Hatimu Tiba di Destinasi Sebelum Malam Kunjung Tiba... Sekiranya Langkahmu itu Terhenti Malam itu Kian Menghampiri... Kau tidak Akan Sempat Tiba di Destinasi itu...
Berusahalah Duhai Diri Tabahlah Duhai Jiwa Sabarlah Duhai Hati
Kerana Destinasi itu Kau Idami (by Abu Zaid)
Syamail
Aisyah r.a. meriwayatkan,
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berbicara seperti cara kalian berbicara yang sangat cepat ini. Beliau selalu berbicara dengan yang jelas dan rinci sehingga orang-orang yang duduk bersama Beliau dapat menghafalnya.” (riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Dawud, dan Abu Syaikh)
An-Nushul Amiin
" Dan saya menasihatkan kepada ikhwanku di jalan Allah ahlussunnah untuk menhadapkan perhatian kepada ilmu yang bermanfaat, jujur terhadap Allah, dan ikhlas. Sedang kalau mereka menghadapi masalah, hendaklah dimesyuarahkan oleh Ahl al-hilli wa al-'aqdi (para ulama' dan pemerintah)"