" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "
قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )
"SHARING IS CARING"
Minggu, 25 Oktober 2009
“Sharing Is Caring”
Sinonim dengan kata hikmah di atas, tujuan saya meletakkan tips ini adalah untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca blog, kerana saya juga masih lagi “student” dan saya pun akan menghadapi peperiksaan dan mungkin saya juga akan menghadapi situasi yang biasa dialami orang di saat “exam”, dan saya rasa tidak menjadi satu kesalahan saya memberi tips-tips yang di mana saya dan pembaca boleh mengambil manfaat, dan sekiranya ia tidak memberi manfaat maka tinggalkan.
Stress???

Stress adalah satu masalah yang sering berkunjung di saat-saat genting, dan ia akan mengakibatkan masalah yang kita hadapi lebih besar, begitu juga ketika hamper exam, apabila kita stress maka waktu yang sepatutnya kita manfaatkan untuk “study” akan di bazirkan, saya ingin berkongsi 3 tips mudah untuk menangani stress:
1- Ambil wudu’ dan solat: memang tidak dapat dinafikan sekiranya kita menghadapi masalah jalan penyelesaian yang terbaik adalah berdoa kepada ALLAH, dan wudu’ juga dapat menghilangkan rasa marah mahupun tekanan.
2- Menenangkan diri: apabila kita stress ambillah sedikit rehat, minum air, ataupun tidur, carilah pekara yang dapat membuatkan pemikiran tenang seperti menonton televisyen dan sebagainya.
3- Membuat sedikit renggangan badan dan otot: sesorang yang mengalami stress akan mengalami ketegangan otot dan urat maka senaman ringan ataupun renggangan amatlah digalakkan.
Persediaan 1 Minggu Sebelum Peperiksaan:
1- Memperbanyakkan doa.
2- Buat nota, mengikut kekreatifan anda, kalau dah buat lagi bagus.
3- Baca nota dan peta minda dengan merujuk buku teks.
4- Amalkan cara hidup yang sihat, elakkan dari membuat aktiviti yang merbahaya mahupun tidak sihat.
5- Pastikan tidur dan makan yang mencukupi.
6- Buat “study group” adalah jalan yang terbaik.
7- Rujuk kertas soalan peperiksaan lepas.
8- Rujuk jadual peperiksaan.
9- Utamakan yang lebih utama.
10- Kawal emosi anda.
MASALAH!!!
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci
Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:
Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut.
Fikiran Positif vs Fikiran Negatif
Contoh pemikiran yang negative:
Merasakan diri belum bersedia.
Cepat menyerah kalah sebelum berjuang, bila kita menganggap satu subjek itu susah, kita akan tinggalkan.
Harapan Ibubapa terlalu tinggi, dan anda tidak mampu mencapainya, lalu anda tertekan.
Jadilah seseorang yang berfikiran positif:
"من جد وجد"
"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".
"Something is better than nothing"
"If you can't see it, you can't have it".
Persediaan sebelum hari peperiksaan;
1- Study semula subjek yang akan dihadapi esok.
2- Buat sedikit perbincangan dengan kawan-kawan.
3- Sediakan kelengkapan peperiksaan dan pastikan ianya mencukupi.
4- Tidur awal.
5- Berdoa dan bertawakal.
Hari Peperiksaan:
1- Bangun awal.
2- Study diwaktu pagi adalah lebih elok.
3- Makan sarapan yang berkhasiat dan manis.
4- Banyakkan minum air mineral atau susu.
5- Berpakaian kemas dan memakai wangi-wangian.
6- Datang awal ke dewan peperiksaan.
7- Pastikan membawa barang yang penting untuk dibawa masuk, seperti slip, kad pengenalan dsb.
8- Berdoa dan bertawakal.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya, dan selamat menduduki peperiksaan, dan doakan saya supaya berjaya!!!
Public Speaking, satu ‘methodology’ dakwah edisi 2
Selasa, 13 Oktober 2009
Contohilah Rasulullah.
Dalam Edisi ke-2 ini saya nak membawa sidang pembaca sekalian melihat bagaimana junjungan besar Rasulullah s.a.w berucap, tidak lain adalah bertujuan untuk kita menjadikan Rasulullah sebagai ikutan sebagaimana difirmankan ALLAH s.w.t di dalam al-Quran:
{ لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (21)}
Maksudnya: 21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(surah al-Ahzab:21)
Disinai saya memetik dua buah hadis yang terdapat di dalam kitab Syamail Muhammadiyyah oleh Imam At-Tirmidzi, iaitu:
عن عائشة ، قالت : ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يسرد سردكم هذا ، ولكنه كان يتكلم بكلام بين فصل ، يحفظه من جلس إليه
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan: Maksudnya: Rasulullah saw, tidak pernah berbicara seperti cara kalian berbicara yang sangat cepat ini. Beliau selalu berbicara dengan yang jelas dan terperinci sehingga orang-orang yang duduk bersama beliau dapat menghafalnya. (riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, Abu Syaikh)
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعِيدُ الْكَلِمَةَ ثَلَاثًا لِتُعْقَلَ عَنْهُ
Anas ibn Malik r.a meriwayatkan: Maksudnya: Rasulullah saw, mengulangi perkataan beliau tiga kali agar bias difahami (oleh pendengarnya) (riwayat At-Tirmidzi dan Hakim)
Dapatlah disimpulkan dari dua hadis tersebut bahawa seseorang yang mahu bergelar “public speaker” atau daie hendaklah:
1- berkata-kata/menyampaikan ucapan dengan kadar yang sederhana tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, kerana apabila kita berucap terlalu cepat kemungkinan besar siding pendengar akan kehilangan atau keciciran fakta dan tidak dapat memahami ucapan yang kita sampaikan dan telah membuktikan bahawa pengucapan kita bukanlah di tahap yang cemerlang atau baik. Begitu juga sekiranya kita berucap terlalu perlahan, ini akan mengakibatkan sidang pendengar menjadi bosan atau hilang tumpuan.
2- Setiap isi-isi ucapan, fakta ataupun hujah hendaklah diperincikan atau dijelaskan secara terpeinci dan ditil supaya sidang pendengar dapat memahami apa yang kita sampaikan dan objektif pengucapan kita tercapai.
3- Seharusnya kita berucap, hendaklah kita menggunakan bahasa yang mudah difahami atau lebih tepat dengan bahasa baku, hadis diatas menunjukkan bahawa Rasulullah berbicara sehingga sahabat dapat menghafalnya, menunjukkan penggunaan bahasa Rasulullah dapat di fahami oleh para sahabat dengan mudah sehingga cepat mereka dapat menghafalnya.
4- Mengulangi perkataan, ketika berucap hendaklah kita menyebut isi-isi penting dengan jelas dan diulang ditengah-tengah huraian atau di akhir huraian supaya sidang pendengar tidak alpa dan tidak lupa akan isi yang kita sampaikan.
Apa Perlu
1- Ilmu: Seseorang akan bercakap mengenai ekonomi sekiranya dia pakar dalam bidang ekonomi, juga seseorang akan bercakap mengenai agama sekiranya dia pakar dalam bidang tersebut, sekiranya mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka tidak tahu atau pakar nescaya mereka sesat dan akan menyesatkan. Kita hayati firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
36. Dan janganlah kamu mengikuti* apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya (surah Al-Isra’: 36).(*menurut tafsir Ibn Katsir m/s 285: kata Ali bin Abi Talhah, daripada Ibn Abbas r.a: maksudnya adalah jangan bercakap atau berkata-kata. Dan menurut Qatadah: jangan kamu bebicara: aku telah melihat sedangkan kamu tidak melihatnya, aku telah mendengar sedangkan kamu tidak mendengarnya, dan mengatakan aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.)
Maka kesimpulan dari ayat ini janganlah berkata-kata atau menyampaikan hujah sedangkan kita tidak berilmu tentangnya.
2- Yakin: Perlu yakin, contohnya yakin dengan kemampuan yang ALLAH s.w.t kurniakan, yakin dengan usaha dan persediaan yang telah lakukan, dan yakin hasilnya adalah setimpal dengan apa yang kita usahakan, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui.
3- Berani: Janganlah kita berasa gentar tatkala kita berbicara tentang kebenaran, tatkala kita memberitahu umat manusia jalan yang lurus, kerana takut dan gelisah terhadap manusia atau berhadapan dengan manusia ini biasanya tatkala kita telah berbuat kesalahan.

4- “Positive Thinking”: sebagaimana yang telah saya sebutkan, kita perlu mencampakkan sifat “Husnu Dzan” yakni prasangka baik kedalam diri kita, contohnya kita memikirkan sidang pendengar sedia dan menanti-nanti saat kita menyampaikan dan mereka sedia menerima ilmu, sekiranya kita memikirkan atau merasakan pendengar bukanlah sedia menerima ilmu tetapi mereka sedia memberi kritikan dan tentangan nescaya semangat, keyakinan & keberanian akan luntur.
5- Akhlak & Penampilan yang Baik: Dah tentunya mata sidang pendengar akan menfokuskan penampilan penyampaian dan sudah tentulah akhlak penyampai juga menjadi kayu ukur untuk menilai kekuatan isi dan hujah. Dan kita digalakkan untuk menunjukkan akhlak islamiah dimana sahaja, dalam apapun keadaan, dan Rsulullah menganjurkan kita supaya bergaul dan bersosial dengan manusia dengan akhlak yang baik, sebagaiman sabda Baginda yang bermaksud: “dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik” (riwayat At-Tirmidzi), kerana akhlak dan penampilan yang baik akan mempengaruhi keberkesanan penyampaian, dakwah atau sebagainya.
6- Ikhlas: Ikhlaskan dirimu segala usaha, matlamat dan sebagainya adalah kerana ALLAH.

Pengucapan & Penyampaian yang Berkesan.
Seterusnya kita melihat apakah yang perlu ada pada penyampai untuk pengucapan yang berkesan, tips-tips ini saya rujuk dari beberapa rujukan yang membincangkan perihal “public speaking” dan saya olahkan juga mengislamisasikan penghuraian terhadap tips-tips tersebut, insyaALLAH.
“Anyone can give a speech. Not everyone can give an effective speech.” (Lenny Laskowski {Speaker profesional antarabangsa dan penulis buku “10 Days to More Confident Public Speaking”})
Untuk mencapai pengucapan/penyampaian yang berkesan perlulah kita melihat kepada 6 perkara:
- Persediaan yang cukup: persediaan dari sudut fakta yang kukuh, isi dan teknik penghuraian yang terbaik dan sebaiknya sebelum melakukan pengucapan awam dikhalayak ramai pastikan buat latihan di hadapan cermin atau merakam ucapan tersebut.
- Sampaikan ucapan dengan cara tersendiri: selitkan contoh dan cerita, sebaiknya selitkan cerita-cerita yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis termasuk kisah-kisah hidup para sahabat,untuk memudahkan anda dicadangkan merujuk buku Ustz Zahazan yang bertajuk “101 kisah dan pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis dan Hayatus Sahabah” dan kitab-kitab lain.
- Tenang: jadilah seorang yang sabar jangan cepat gelisah dan terlalu banyak berfikir pekara yang negative, islam menggalakkan kita supaya bersifat “Husnu Dzan” iaitu berfikiran positif supaya kita sentiasa tenang, supaya perkara yang negative tidak terbawa ketika pengucapan.
- Selitkan sedikit jenaka (sebaik-baiknya spontan). Tetapi ingat jangan selitkan lawak “bodoh” atau kosong dan tidak bermanfaat, sebaik-baiknya membuat jenaka berasaskan fakta atau kebenaran sebagaimana dalam sebuah hadis yang bermaksud: “para sahabat berkata, ‘wahai Rasulullah, engkau mencandai kami.’ Rasulullah saw. Menjawab, ‘aku tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang tidak benar.’ “ (riwayat Bukhari, At-Tirmidzi, dan Ahmad)
- Rancang pergerakan badan dan tangan: pergerakan badan juga adalah salah satu faktor yang dapat menunjukkan kita bersedia, yakin dan bersistematik ketika berucap, tetapi dicadangkan kita tidak terlalu memperbanyakkan pergerakan, contoh yang sesuai adalah, kita menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan selain dari menghadap ke hadapan, dan jangan membelakangi pendengar.
- Perhatikan pekara berikut: pastikan lokasi yang akan anda sampaikan ucapan, pastikan tempat dan kedudukan untuk penyampaian, pastikan jumlah pendengar yang hadir, dan bawa semua kelengkapan yang di perlukan, dan tepati masa dan sampai ke lokasi awal untuk persediaan.
Namun perkara yang tersenarai di atas tidaklah terlalu dikhususkan kepada pengucapan yang formal dan eksklusif, ianya amat berkesan sekiranya diaplikasikan dalam
Wallahu a’lam
http://www.ljlseminars.com/catalog.htm
Tafsir Ibn Katsir
Maktabah Syamilah: kitab-kitab matan hadith.
Muhammad Haniff Hassan. 2003. Fiqh dakwah dalam al-Quran.
Mohd Rafiq. Tentangan dan peluang komunikasi islam pada era globalisasi reformasi. Pdf
Al-Quran digital.2004. Versi 2.1. laman web; http://www.alquran-digital.com/
http://klikpsq.blogspot.com/2008/03/konsep-berkomunikasi-dalam-islam.html
http://kalambudiman.com/category/pengucapan-awam-public-speaking/
Read more...





