Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

AMALAN YANG SIA-SIA???

Sabtu, 07 November 2009


MUQADIMAH


Memetik kata-kata Ibnu Qoyyim rahimahullah:

“Ilmu adalah berkata Allah, berkata Rasul-Nya, berkata para sahabat yang tidak menyelisihi akal sihat padanya.” [1]


Juga saya ingin memetik pujangga kata imam As-Syafi’I rahimahullah:

“Seluruh ilmu selain Al Qur’an adalah hal yang menyibukkan kecuali hadith dan fiqh dan memahami agama. Ilmu adalah yang terdapat padanya haddatsana (telah mengkabarkan kepada kami – yakni ilmu hadits) dan selain dari padanya adalah bisikan syaitan.” [2]


Sengaja saya memetik pujangga kata ulama’ yang tersohor dalam bidang keilmuan yang dinilai “salimul akidah” tidak lain untuk memberi ta’rif atau maksud ilmu. Wahai saudaraku inilah ilmu, sibukkanlah dirimu dengannya jangan kita bazirkan masa dan usia kita, sekiranya kita nilai masa yang kita habiskan dengan melakukan kerja-kerja mahupun apa yang kita gelar kerja demi menegakkan daulah islamiyah tetapi tidak didasari dengan ilmu maka sia-sia.


Bukanlah saya ingin membicangkan berkenaan ilmu, tetapi perkongsian kali ini lebih cenderong kearah “amalan” seperti sedia maklum amalan atau beramal mestilah dengan ilmu, tetapi persoalannya kita sudah berilmu tapi apakah amalan kita diterima? Satu persoalan yang sering bermain difikiran, ketahuilah ALLAH (s.w.t) maha mengetahui.


SYARAT PENERIMAAN AMAL


Sebagai permulaan mari kita hayati hadis Nabi (s.a.w):

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah baginda solat subuh tatkala memberi salam berdoa “Ya ALLAH Ya Tuhanku aku memohon kepadamu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”

(HR Ibn Majah & Ahmad)


Ulama’ Ahlusunnah wal jamaah telah mengariskan syarat penerimaan amal iaitu:

1. Ikhlas

2. Ittiba’

(Pengkelasan ini juga digariskan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah).


Suka untuk saya membawa kata-kata Fudhail bin ‘Iyaadh rahimahullah:

Mengenai Firman ALLAH (s.w.t) : “Agar Dia menguji kalian siapa di antara kalian yang lebih baik amalannya.” (Surah Al-Mulk; 2)

"Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” [3]


Dan Imam Ibn Rajab rahimahullah setelah itu berkata[4]:

“Dan sungguh apa yang diucapkan oleh Al-Fudhail berdasarkan firman ALLAH (s.w.t):

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110)

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." (surah Al-Kahfi; 110)

Berkenaan dengan ayat ini kita merujuk tafsir Ibn Katsir:

{ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا } ، ما كان موافقًا لشرع الله { وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا } وهو الذي يراد به وجه الله وحده لا شريك له، وهذان ركنا العمل المتقبل. لا بد أن يكون خالصًا لله، صوابُا على شريعة رسول الله [صلى الله عليه وسلم]

(mengerjakan amalan yang soleh) maksudnya: bertepatan dengan syariat ALLAH (s.w.t). (dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya) maksudnya: Hanya menghendaki redha ALLAH (s.w.t), tidak mensyirikkan-Nya. Dan dua hal ini adalah dua rukun amalan yang diterima, semestinya Ikhlas kerana ALLAH, dan benar sesuai dengan tuntutan Rasulullah (s.a.w). [5]


IKHLAS


Mendasari erti kata ikhlas, seperti mana kata-kata masyhur ini, “ikhlas ibarat semut kecil yang hitam, yang duduk di atas batu hitam ditengah malam yang gelap gelita” masakan dapat kita lihat sekiranya keikhlasan seperti itu?

Maksud ikhlas dalam ibadat ialah meniatkan segala ibadat semata-mata kerana Allah tanpa menyengutukan-Nya dengan sesuatu dan tanpa sebarang riya’ dan takabbur dalam mengerjakannya. [6]

Firman ALLAH (s.w.t) :

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (11)

Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (surah Az-Zumar: 11)


Sabda Rasulullah (s.a.w); “ sesungguhnya segala amalan-amalan adalah atas niatnya masing-masing dan sesungguhnya bagi tiap-tiap sesorang itu adalah apa yang telah dia niatkan” (HR Al-Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasaie, Ahmad dan lain-lain)


Suka saya membawa kata-kata Sahal bin Abdullah dalam membawa makna ikhlas:

قال سهل بن عبد الله: لا يصح الإخلاص إلا بترك سبعة: الزندقة والشرك والكفر والنفاق والبدعة، والرياء، والوعيد.

Maksudnya; tidak sah keikhlasan itu kecuali dengan meninggalkan tujuh perkara : Zindik, Syirik, Kufur, Nifak, Bid’ah, Riya’, Dosa besar. [7]


ITTIBA’


Dalam erti kata ittiba’ adalah mengikut sunnah rasulullah (s.a.w) yang shahih, bertepatan dengan kata-kata Abdullah Ibn Mas’ud (r.a):

وقال عبد الله بن مسعود رضي الله عنه : اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم

Maksudnya: ikutlah dan jangan melakukan bid’ah (mengada-adakan) maka sesungguhnya mencukupi bagi kamu. [8]


Maka apakah kita masih lagi menyibukkan diri dalam pekara yang diada-adakan? Ketahilah dalam perkara agama: sekiranya cacat satu syarat maka amalan akan terbatal. Tinggalkanlah perbuatan yang tidak mengikut sunnah, tinggalkan bid’ah, kerana barangsiapa yang melakukan bid’ah maka dia telah meninggalkan satu sunnah!.

Firman ALLAH (s.w.t)

وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (7)

Maksudnya: Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. (surah Al-Hasyr: 7)

Selanjutnya Firman ALLAH (s.w.t)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (31)

Maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah Ali ‘Imran: 31)

Menurut Ibn Katsir berkenaan ayat tersebut:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله،

Maksudnya: ini adalah ayat yang mulia pemutus kepada sesiapa yang mahu mencintai ALLAH (s.w.t) dan dicintai-Nya, dan bukanlah dia berada atas jalan Nabi Muhammad (s.a.w) maka sesungguhnya dia berdusta dalam kemahuannya itu mengikut perbuatannya sendiri, sehinggalah dia mengikut syariat Nabi Muhammad (s.a.w) dan Agama Islam dalam setiap percakapan dan keadaan.


Mari kita lihat sabda Nabi (s.a.w):

"مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Maksudnya: Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak sesuai dengan agama kami, maka amalnya itu ditolak”. (HR Muslim.Aqidah: 17)


Seterusnya Baginda (s.a.w) bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya:Dan siapa yang meng-ada-adakan dalam urusan agama kami, yang bukan dari agama itu, maka dianya ditolak. ( Abu Daud:4582).


Maka Sabda Nabi (s.a.w):

فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya: Setiap orang yang mengada-adakan dalam agama dan ibadah , adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.(Abu Daud:4583).


KHATIMAH


Disini saya membawa mutiara kata seorang ulama’ iaitu Sa’id bin Yazid:

أحمد بن محمد بن بكر القرشي، قال: سمعت أبا عبد الله الساجي يقول: خمس خصال ينبغي للمؤمن أن يعرفها إحداهن معرفة الله تعالى، والثانية معرفة الحق، والثالثة إخلاص العمل لله، والرابعة العمل بالسنة، والخامسة أكل الحلال فإن عرف الله ولم يعرف الحق لم ينتفع بالمعرفة، وإن عرف ولم يخلص العمل لله لم ينتفع بمعرفة الله، وإن عرف ولم يكن على السنة لم ينفعه، وإن عرف ولم يكن المأكل من حلال لم ينتفع بالخمس،

Yang bermaksud: Lima pekara yang mesti bagi orang mu’min mengetahuinya/ mengenalnya (1) Mengenal ALLAH (s.w.t), (2) Mengenal kebenaran, (3) Ikhlas beramal kerana ALLAH (s.w.t), (4) Beramal menurut sunnah, (5) memakan makanan yang halal. Maka sekiranya dia mengenal ALLAH (s.w.t) tetapi tidak mengenal kebenaran maka tidak bermanfaat baginya, dan sekiranya mengenal ALLAH (s.w.t) tetapi tidak ikhlas amal perbuatannya maka tidak bermanfaat baginya dengan mengenal ALLAH (s.w.t), dan sekiranya dia mengenal ALLAH (s.w.t) tetapi bukan atas dasar sunnah maka tidak bermanfaat baginya, dan sekiranya dia mengenal tetapi makanannya tidak halal maka tidak bermanfaat kelima-lima perkara itu tadi. [9]


SUDUT PANDANGAN KU:

(realiti kampus)


Saya memberi peringatan ini kepada diri ini dan saudara sidang pembaca, timbul persoalan sesetengah badan yang menggelarkan diri sebagai badan dakwah banyak melakukan aktiviti yang berbentuk Islamic tetapi melihat kepada matlamat adalah untuk mencari atau meramaikan lagi ahli, dan lebih teruk lagi ingin menarik pengundi (dalam realiti kampus), mereka menunjuk-nunjukkan setiap apa yang mereka lakukan. Persoalannya adakah itu dikatakan ikhlas kerana ALLAH (s.w.t)? dan kita dikaburi dengan moto, atau tema dan pembawaan mereka. Walaupun mereka digelar badan yang tegar memperjuangkan islam, mereka tidak mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah, ambil contoh Nabi dan rasul terdahulu berdakwah, menegur mad’u mahupun pemimpin, contohi ibadah yang di bawa Rasulullah (s.a.w) dan tidak mewar-war kan pekara-pekara bid’ah, sehingga seolah-olah dilihat satu badan penyebar bid’ah. Adakah ini digelar Ittiba’? dan persoalan besar yang timbul apakah amalan itu diterima?


Wallahu a’lam


Oleh: Abu Zaid Muhammad Ikhlas Rosele.


Nota kaki:

1. Al Haqidatusy-Syar’iyah: 119-120

2. Diwan Imam Syafi’i hal 388 no. 206, tartib dan syarah Muhammad ‘Abdur-rahim, cet. Daarul Fikri 1415

3. [Kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258. Dinukil daripada artikel "Ittiba' Sebagai Bukti Kecintaan Kepada Nabi" oleh Mohd Yaakud Bin Mohd Yunus] & Fariq Gasim Anuz. 2005. Fiqh Nasehat. Darus Sunnah Press. ms. 65-66.

4. dalam buku beliau “jami’ul ulum wal Hikam” hlmn. 72

5. Ibn Katsir [Abul Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir (700-774 H)]. Tafsir Ibn Katsir diedar Dar Toiyibah . Juzu’ 5, ms 205 cetakan kedua 1999

6. Ismail Omar. 2006, Manhaj Akidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. ACCES INFOTECH (M) SDN. BHD. hal. 119

7. Abu Nuaim: hilyatul auliya’ Juz. 4 Hal. 346

8. Lum’atul I’tikad, Ibn Qudamah al-Maqdisi. Juz 1. ms 6

9. Abu Nuaim: hilyatul auliya’ Juz. 4 Hal. 200



0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP