Puisi : Arca dan Manusia
Minggu, 02 Desember 2012
Ia bukan kaca tetapi sebuah arca
jadi tanda ingat atau barang hias
tidak ada daya tiada punya kuasa
hasil tangan juga akal yang kurus
asal tiada apa jadi bencana
asal dibuat jadi ditaat
jadi mulia patut dihina
jadi dihormat patut dilaknat
bukan salahnya bukan silapnya
tidak menyeru tidak meminta
hawa dan nafsu dari manusia
merosak minda meruntuh agama
dahulu biasa kini istimewa
kerna dipuji juga ditaqdis
runtuhlah pegangan kerana lewa
jauh tersingkir dari yang lurus
acap terleka itulah hamba
dari suruhan hinggalah raja
jaga aqidah jagalah agama
luruskan tauhid syirik binasa
Abu Zaid
0 ulasan:
Posting Komentar