Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

MUTIARA PERINGATAN KEHIDUPAN DUNIA

Senin, 22 November 2010

Tidak Bergantung Dengan Kemewahan Dunia[i]


عن سهل بن سعد ، قال : جاء جبريل عليه السلام إلى النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال : « يا محمد ، عش ما شئت فإنك ميت ، وأحبب من أحببت فإنك مفارقه ، واعمل ما شئت فإنك مجزي به » ثم قال : « يا محمد شرف المؤمن قيام الليل وعزه استغناؤه عن الناس »


Maksudnya : Dari Sahl bin Sa’ad r.a dia berkata : telah datang (malaikat) Jibril a.s kepada Nabi s.a.w, lalu berkata : Wahai Muhammad (s.a.w), Hiduplah sesukamu (semahumu) kerana kamu pasti akan mati, Cintailah orang yang kamu ingin cintai kerana kamu pasti akan berpisah dengannya. Beramallah sesukamu kerana kamu akan diberi balasan atas setiap amalan tersebut. Kemudian (jibril) berkata : Wahai Muhammad (s.a.w), kemuliaan seorang mukmin akan datang ketika ia solat malam (qiamullail) dan kehormatannya akan datang ketika ia merasakan tidak memerlukan (mengharap-harapkan) manusia.


(takhrij oleh : Syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid al-Halabi[ii])


Diriwayatkan oleh imam Al-Hakim (4/324) atau (18/296) {dalam cetakan lain - pen.blog}, Abu Nu’aim (3/253), dan As-Sahmi dalam kitab Tarikh Jurjaan (62) dari jalur Zafir bin Sulaiman, dari Muhammad bin ‘Uyainah, dari Abu Hazim, dari Sahl bin Sa’ad r.a. Sanadnya dha’if kerana Zafir dhaif


Hadits diatas memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Imam Ath-Thayalisi (1755) dari jalur Al-Hasan bin Abu Ja’far. Dari Abu Az-Zubair, dari Sahl bin Sa’ad r.a.


Sanadnya juga dha’if kerana ‘an’anah Abu az-Zubair dan Al-Hasan adalah dha’if.


Al-Bushairi dalam kitab Az-Zawaa’id (3/100) berkata : Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ath-Thayalisi dengan sanad yang dha’if kerana kedha’ifan Al-Hasan bin Abu Ja’far. Akan tetapi hadits itu memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim.[iii]


Penjelasan (oleh Syeikh Ali Hasan Al-Halabi)


Seseorang yang bergantung dengan kemewahan dunia adalah orang yang lemah agamanya dan dangkal akalnya. Dia tidak mengetahui bahawa sesungguhnya kemewahan dunia bagi orang tidak memiliki agama adalah jalan menuju kehinaan, jalan menuju kerendahan, dan pintu kemungkaran.


Sedangkan seorang muslim yang jujur di dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t, diri sendiri dan saudara-saudaranya akan memberi nasihat yang baik bagi orang yang haus akan dunia kerana mencari dinar atau dirham. Dia meberitahukan kepadanya bahawa perbuatan itu bukanlah hal yang baik, akan tetapi kebaikan adalah dengan cara menjadikan dunia sebagai perantara untuk mengangkat agamanya dan mengikhlaskan hatinya.


Semua yang telah kita bicarakan tadi, tidak akan terjadi kecuali dengan cara : “sikap zuhud”.


Penjelasan 2 (oleh Abu Zaid) [atas kelemahan diri merujuk beberapa kitab dan penulisan ulama lain]


Beginilah satu hadits yang cukup indah ungkapannya, cukup dalam maknanya maka setiap muslim perlulah mengambil intipatinya dan menanamkan kesedaran yang tinggi dan jadikanlah ianya satu dorongan dalam memenuhi bekalan untuk hari akhirat kelak dan sebaik-baik bekalan itu adalah takwa.


Tidak dinafikan bahawa peri pentingnya hadits ini dimasukkan di dalam karangan Syeikh Ali Hasan Al-Halabi iaitu Al-Arba’un Haditsan fi asy-Syakhsiati al-Islamiyyah yang mana antara objektif karangan ini adalah untuk menanamkan keperibadian seorang muslim yang jati, jalan yang benar, sikap yang tulus dan sebagainya sesuai dengan tuntutan islam itu sendiri, kerana ramai orang yang menisbatkan diri mereka dengan islam tetapi sayangnya mereka jauh dari keperibadian seorang muslim[iv].


Hiduplah sesukamu (semahumu) kerana kamu pasti akan mati”, ketahuilah bahawa setiap jiwa itu pasti akan mati, yang hidup menjalar itu pasti akan musnah, yang bernafas itu pasti akan putus. Ini kerana benarnya firman Allah s.w.t :


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati(Surah Ali ‘Imran : 185)


Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan(Surah Ar-Rahman : 26-27)


Sesungguhnya ahli bumi ini semuanya akan merasai mati, akan musnah begitu juga ahli penghuni langit kecuali Allah yang kekal, Maha Hidup tidak mati[v].Tidaklah ada apa yang diharapkan dalam kehidupan dunia ini kerana ia sementara melainkan mencari bekalan untuk jaminan kebahagian hidup selepas mati akhirat kelak. Imam Nawawi r.h meletakkan sebuah hadits yang begitu bermanfaat di dalam kitabnya Riyadus Shalihiin didalam bab kelebihan zuhud di dunia dan galakan berpada-pada padanya[vi]. Yang mana sabda Baginda s.a.w :


اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَةِ


Maksudnya : Ya Allah ya Tuhan kami tidak ada kehidupan kecuali kehidupan Akhirat. ( Muttafaq ‘alaih)


Apa yang dimaksudkan hadis ini adalah tidak ada kehidupan yang kekal ataupun tidak ada kehidupan yang dikehendaki kecuali kehidupan (yang bahagia- pen blog.) di Akhirat kelak, Wallahu a’lam[vii].


Cintailah orang yang kamu ingin cintai kerana kamu pasti akan berpisah dengannya” apakah akan kekal sesuatu hubungan sedangkan sesuatu itu akan binasa kelak, sudah tentu tidak. Maka intipati maksud hadis ini dapat difahami, teringat akan satu ungkapan “cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan harta, harta akan habis”. Sesungguhnya kecintaan terhadap Yang Maha Esa itu amatlah dituntut.


Beramallah sesukamu kerana kamu akan diberi balasan atas setiap amalan tersebut”, ‘Amal ini secara umumnya banyak bahagian antaranya amalan jawarih yakni anggota badan, amalan lisan, dan amalan hati. Dan setiap amalan itu pasti akan dicatit dan dibalas.


Firman Allah s.w.t :


وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى (39) وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى (40) ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الأوْفَى (41)


Maksudnya : Dan bahawasanya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakan # Dan bahawasanya usahannya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) # kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (Surah an-Najm : 39-41)


Setiap manusia itu mendapat apa yang telah dia usahakan, dan ayat “Dan bahawasanya usahannya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)” pula membawa maksud pada hari kiamat kelak Allah s.w.t akan memberitahukan (amal) kepada manusia sekaligus memberikan balasan atas amalan itu sepenuhnya. Jika amalan itu baik maka akan dibalas dengan kebaikan dan sekiranya buruk maka akan dibalas dengan keburukan. Demikianlah mafhumnya dari firman Allah s.w.t pada ayat berikutnya “kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna”[viii]


Juga merujuk kepada firman Allah s.w.t :


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)


Maksudnya : Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya # dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (surah al-Zalzalah : 7-8)


Tidak ada apa yang terlepas dari pandangan Allah s.w.t. Kerana itulah kita perlu mengerjakan amalan kebaikan sebanyak mungkin ikhlas kerana Allah, mengerjakan perintah Allah menjauhi larangannya, mengerjakan Sunnah Rasulullah s.a.w, berittiba’ dengan Baginda, mengikuti pemahaman para sahabat terhadap wahyu mudah-mudahan ganjaran tersedia di sisi Allah.


“kemuliaan seorang mukmin akan datang ketika ia solat malam (qiamullail)”. Sangat ramai orang yang mahu mencari kemulian dalam pandangan masyarakat, mereka tidak tidur malam mengumpul harta, melangsaikan tugas demi mencapai cita-cita sedang usaha mereka ini amat menyedihkan, mereka sanggup tidak tidur demi melakukan kerja lain berbanding solat malam, mereka mahu dipandang mulia disisi masyarakat tetapi dipandang hina di sisi Allah na’uzubillah. Ketahuilah, carilah kemulian itu dengan bersungguhnya kamu untuk bangun bersolat malam, tika orang lain nyenyak dibuai mimpi, leka di pentas dunia.


Sabda Nabi s.a.w : Solat yang paling afdhal selepas (selain) solat lima waktu adalah qiyamullail (HR Bukhari dan Muslim)


Begitu juga dengan sabda Baginda s.a.w : “Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia merupakan qurbah (mendekatkan diri) kepada Tuhan kamu, ia merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah dari dosa,” (HR at-Tirmidzi)


Ada Seorang bertanya kepada Al-Hasan Al-Bashri : “mengapa wajah orang-orang yang rajin menunaikan solat tahajjud paling bagus (kelihatannya)?”


Lalu dia menjawab : “ kerana mereka suka menyendiri dengan Ar-Rahman, lalu Dia memberikan sebahagian dari cahaya-Nya kepada mereka”


Ingin saya berkongsi faktor-faktor yang boleh membantu kita untuk bangun solat malam, yang baru saya temu di dalam kitab Mukhtasar Minhajul Qashidiin[ix] oleh Ibnu Qudamah al-Maqdisi. Faktor tersebut boleh dibahagikan kepada 2 iaitu faktor zahir dan batin. Saya juga meringkaskan sedikit untuk memudahkan.


Faktor Zahir :


1. Jangan terlalu banyak makan


2. Jangan membebani diri dengan pekerjaan-pekerjaan yang berat lagi banyak


3. Jangan meninggalkan kebiasaan tidur siang, kerana tidur siang bisa membantu bangun malam (qailulah)


4. Jangan berselimut


Faktor Batin :


1. Membersihkan hati, tidak menggangu sesama orang muslim, bersuh dari bid’ah, dan berpaling dari urusan dunia yang bersifat pelengkap


2. Menanamkan ketakutan dalam hati merasakan harapannya akan putus


3. Mengetahui keutamaan shalat malam


4. Kecintaan pada Allah, kekuatan iman, keyakinan bahawa apabila dia menunaikan solat malam, bererti ia bermunajat kepada Allah, merasakan kehadiran-Nya.


“kehormatannya akan datang ketika ia merasakan tidak memerlukan (mengharap-harapkan) manusia.” Sesungguhnya kehidupan ini tidak membutuhkan atau mermerlukan manusia lain, melainkan pengharapan terhadap Allah s.w.t. apakah dianggap terhormat seseorang itu sedang ia menadah-nadah memohon pertolongan kepada orang lain, atau memaksa-maksa orang lain atau mengharap-harap bantuan. Terhormatnya sesorang itu apabila ia sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah sehingga tidak perlukan dan tidak berharap kepada sesuatu selain Allah, dan juga ia mnejaga hubungan baik dalam masyarakat dan sesama muslim, menjaga ikatan silatur rahim dan ukhuwah islamiyyah.


Wallahu a’lam


Disediakan oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele
(mudah-mudahan sebagai peringatan diri ini juga, manfaatkanlah)



[i] Al-Halabi, Ali Hasan. (2009). Beginilah keperibadian seorang muslim, h. 97-99. (pent. Abu Khansa Suharlan Madi). Indonesia : Pustaka Darul Ilmi. (buku asal diterbitkan pada 2001).

[ii] Namanya adalah Syaikh Abul Harits Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid As Salafy Al Atsary. Beliau lahir di kota Zarqa Jordan, 29 Jamadil Akhir 1380 H. (1960 M), Murid Senior Syaikh Nasiruddin al-Albani, antara komentar ulama terhadap beliau syaikh Al ‘Allamah ahli hadits Muqbil bin Hadi al-Wadi’I (semoga rahmat Allah tercurah padanya) memuji beliau. Syaikh Muqbil menuturkan: “Sesudah ini, aku melihat sebuah karya bagus yang berjudul Fikhul Waqi Baina An Nadhariyyah wat Tathbiq karya saudara kami Ali bin Hasan bin Abdul Hamid, saya menasihatkan agar membaca kitab itu, semoga Allah membalas kebaikan kepadanya. Syaikh Muqbil juga menukil karya syaikh Ali Hasan ini dalam kitabnya yang berjudul Gharah al-Asrithah ala ahlil Jahli was Safsatah beliau menyebutkannya “Saya tidak pernah mengetahui semisal ini.”, Antara karya beliau : Ilmu Ushulul Bida’, Dirasah Ilmiyyah fi Shahih Muslim. Ru’yatun Waqiah fil Manahij ad-Dakwiyyah, An Nukatu ala Nuzhatin Nadhar, Ahkamus Sita (http://ahlulhadits.wordpress.com/)

[iii] Sanad dari jalur Zafir

[iv] Al-Halabi, Ali Hasan. (2009). Op. cit, h. 1-5.

[v] Dr. Abdullah bin Muhammad alu Syaikh -ed. (2004).Tafsir Ibn Katsir, j. 7, h. 626. (M. Abdul Ghoffar E.M., Abu Ihsan al-Atsari – pentj). Indonesia : Pustaka Imam asy-Syafi’i. (judul asli diterbitkan pada 1994).

[vi] Al-Imam, An-Nawawi. (1992). Riyadus Shalihiin, h. 223. Beirut : Al-Maktab Al-Islami.

[vii] Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim juz 6/ 265 (Maktabah Syamilah)

[viii] Dr. Abdullah bin Muhammad alu Syaikh – ed. Op. cit, j. 7, h. 592.

[ix] Al-Maqdisi, Al-Imam Asy-Syaikh Ahmad bin Abdurrahman bin Qudamah. (1997). Minhajul qashidin jalan orang yang mendapat petunjuk (judul asli Mukhtasar Minhajul Qashidin), h. 77-78. (Kathur Suhardi – terj). Jakarta : Pustaka Al-Kautsar.

Read more...

PERBANYAKKAN AMALAN DI 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Rabu, 03 November 2010

Assalamualaikum...

disebabkan saya tidak ada masa untuk membuat artikel jadi saya letakkan video ini untuk dikongsi.




Video ini di ambil di al-ahkam.net

penceramah : Abu Anas Madani Dr. Abdul Basit Hj Abdul Rahman
BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah


blog : http://www.abuanasmadani.com/

selamat mendengar

oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP