Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

QATAR : SAND DUNES & SINGING DUNES

Senin, 31 Mei 2010


21 May 2010

Sands Dune :

Setelah hampir 2 minggu di Qatar saya tak sangka ada perancangan dari saudara senegara (Malaysia) untuk membawa kami ekspedisi ke Sand Dune. Sebenarnya saya tak tahu pun nak buat ekspedisi, sebab itu pakaian saya ala-ala lelaki melayu sejati.


SEBAHAGIAN KERETA 4x4 YANG TERLIBAT


10 buah kereta 4x4 (macam ada BMW, Mitsubishi, Land Cruiser, Jeep, dll) yang terlibat dalam ekspedisi tersebut, bersama pemandu yang berpengalaman meredah gurun pasir. Saya tidak menyangka pelajar daripada UIAM terlibat bersama kami. Anggaran orang yang pergi kalau tak silap 15 0rang (UM), 22 Orang (UIAM), 15 orang pemandu dan lain-lain… mencecah 42 orang kalau tak silap.



PELAJAR UM, ABAH & UMMI (ANGKAT)

Saya menaiki kereta mitshubishi yang dipandu oleh Abang Qamaruddin, meredah gurun pasir yang panas, jalan pasir yang lembut dan ceroi, mendaki bukit pasir, menuruni curam yang tinggi yang amat memerlukan kereta yang berkuasa tinggi, tayar yang lebar dan pemandu yang cekap dan berpengalaman.


ABANG QAMARUDDIN DAN KERETANYA

Memang tidak dinafikan sepanjang perjalanan terdapat kereta yang lekat, ada yang kena tolak kereta tengah-tengah panas, ada kereta yang kena tarik, ada kereta yang tidak dapat menaiki bukit, banyak kereta banyak ragam, yang amat memerlukan team work dan kesefahaman. Kereta yang saya naiki juga lekat sekali di lereng bukit yang pasirnya jerlus dan lembut. Nyaris nak terbalik kereta kami.

TURUN BUKIT CURAM


Setelah meredah gurun yang begitu mencabar sambil bergambar kira-kira hampir 2 jam, akhirnya kami tiba di destinasi, di tepi laut yang bersempadan dengan Tanah Arab Saudi. Apa lagi terjun laaa. Kerana kepanasan yang teramat sangat, kami anak-anak muda berkubang dalam laut sampai waktu nak balik.


BERKUBANG!!!


Kami berpiknik dipantai dalam cuaca yang suhunya kira-kira 52 darjah Celsius. Memang tak ada kerja. Kami bersolat jumaat ditepi pantai ditengah gurun yang diimami oleh Ustaz yang mengiringi pelajar UIAM. Selesai berpiknik, mkn tengahari dan mandi-manda kami pun berangkat pulang, kali ini kami ikut jalan padang pasir yang tidak ekstrem dan merbahaya, senang cerita kami ikut jalan mudah. Berlalulah satu ekspedisi di Sands Dune yang membina pengalaman, meluaskan pemandangan, mencipta memori, memahat peringatan dan Ibrah, serta memenatkan.


28 MAY 2010

Singing Dune


SINGING DUNES

Setelah selesai menunaikan solat jumaat kami berangkat ke rumah Abang Yusri, untuk makan tengahhari dan membuat persediaan untuk ke Singing Dune, satu lagi kawasan padang pasir yang menarik. Selepas solat Asar kami pun bertolak.

Kali ini perjalanan yang melibatkan 6 buah kereta 4x4. Apa yang istimewanya padang pasir ini adalah kerana ia boleh berbunyi apabila kita berjalan dan bergelungsur. Akhirnya kami tiba di destinasi yang mana perjalanannya tidak mencabar seperti Sand Dune. Kami memilih bukit pasir yang paling tinggi untuk bergelungsur.

Sampainya kami disitu terus kami mendaki bukit pasir tersebut yang pada mulanya disangka rendah dan mudah. Rupanya baru sampai 1/3 bukit kami sudah penat dan keletihan. sampai 1/2 bukit kami pun mengelungsur ingin mendengar bunyi yang terhasil, bunyi yang terhasil memang kuat dan menakjubkan.



AH! PENAT...

AKHIRNYA...

Kami menggelungsur sampai ke bawah bukit, dan untuk mendakinya kali kedua adalah satu cabaran yang begitu sukar kerana telah kepenatan, namun kami gagahkan mendaki hingga kepuncak, ada yang termuntah, pening dan sebagainya. Dah sampai kat atas mestilah bergambar. Setelah penat bergambar kami pun bergelungsur turun berama-ramai, macam bunyi kapal terbang yang dihasilkan oleh bukit tersebut memang menakjubkan.



BERGAMBAR SAKAN


Kami pun makan malam disitu dan solat maghrib. Lalu bertolak pulang. Apa yang istimewanya singing dune ini adalah kerana tidak semua padang pasir yang boleh menghasilkan bunyi seperti ini. Hanya terdapat beberapa tempat sahaja. Sungguh menarik dan menyeronokkan.


OLEH; ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE


Read more...

ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT

Rabu, 26 Mei 2010

الأذكار بعد الصلاة المفروضة


أستغفر الله, أستغفر الله, أستغفر الله ...


اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ (رواه مسلم)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (رواه مسلم)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ (رواه البخاري ومسلم)


سبحان الله (33 مرة), الحمد لله (33 مرة), الله أكبر (33 مرة)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


(مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ) (رواه مسلم)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (يقرأ 10 مرات بعد صلاة الفجر والمغرب) (رواه الترميذي وأحمد)


اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) (سورة البقرة : 255) (رواه النسائي وابن سني – صحيح)


سورة الإخلاص


بسم الله الرحمن الرحيم


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)


سورة الفلق


بسم الله الرحمن الرحيم


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)


سورة الناس


بسم الله الرحمن الرحيم


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)


(يقرأ سورة الإخلاص, وسورة الفلق, وسورة الناس 3 مرات بعد صلاة الفجر والمغرب) (رواه أبو داود و النسائي)



untuk makluman saudara-saudari pembaca sekalian, zikir-zikir ini ditampal dikebanyakan surau atau masjid di Qatar, untuk menggalakkan dan melatih masyarakat untuk mengamalkan zikir selepas solat yang warid daripada Nabi, dan pekara ini pula tidak berlaku di kebanyakan masjid atau surau di Malaysia. bahkan kebanyakan zikir yang dilakukan bukanlah warid dan tsabit daripada Nabi (s.a.w). mengapa pekara ini berlaku, dan ketahuilah Nabi (s.a.w) mengajar zikir ini adalah untuk kita ikuti... Wallahu a'lam


Oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas Bin Rosele

Read more...

~ZAID BIN TSABIT~

Kamis, 20 Mei 2010

Zaid bin Tsabit (wafat 45 H)


Nama lengkapnya adalah Zaid bin Tsabit bin Adh-Dhahak bin Zaid Ludzan bin Amru, dia masuk islam ketika umur 11 tahun ketika perang Badar terjadi.


Perjalanan hidupnya.


Nabi menyerahkan bendera Bani Malik bin an-Najjar kepada ‘Imarah sebagai komandan perang Tabuk, lalu Nabi mengambilnya dan diserahkan kepada Zaid bin Tsabit. Ketika beliau memintanya, maka Imarah bertanya,” Ya Rasulullah, apakah engkau akan menyerahkan sesuatu yang engkau berikan kepadaku?. Beliau menjawab,” Tidak, tetapi al-Quran harus didahulukan, dan Zaid bin Tsabit lebih banyak menguasai bacaan Al-Quran daripadamu”.


Zaid juga sebagai penulis wahyu bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam.

Saat Umar menjadi Khalifah dia diangkat sebagai amir (gubernur) Madinah sebanyak 3 kali di ibukota atau di wilayah pusat kekuasaan, dan dia juga ditugaskan untuk mengumpulkan al-Quran atas perintah Abu Bakar dan Umar sebagai mana dijelaskan dalam riwayat yang diriwayatkan oleh Bukhari : “Zaid bin Tsabit berkata” Aku disuruh menghadap Abu Bakar berkenaan dengan pembunuhan yang dilakukan penduduk Yamamah, dan ketika itu dihadapan nya ada Umar bin al-Khaththab. Lalu Abu Bakar berkata, “Jika perang terus berkecamuk banyak memakan korban jiwa kaum muslimin, banyak para penghapal al-Quran di negeri ini terbunuh, dimana akhirnya banyak bagian al-Quran yang hilang maka agar al-Quran dibukukan, aku berpandangan sama dengan Umar, engkau laki laki yang cerdas dan masih muda, maka cari dan kumpulkanlah (Mushaf) al-Quran”.


Zaid bin Tsabit adalah seorang ulama yang kedudukannya sama dengan para ulama dari kalangan sahabat lainnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,” Umatku yang paling menguasai ilmu Faraidh adalah Zaid bin Tsabit”. Riwayat lain yang senada terdapat dalam riwayat Imam an-Nasa’I dan Ibnu Majah, dimana nabi bersabda,” Umatku yang paling penyayang adalah Abu Bakar, yang paling kuat kesaksiannya dihadapan Allah adalah Umar, yang paling diakui perasaan malunya adalah Utsman dan yang paling menguasai faraidh adalah Zaid bin Tsabit.”.


Ketika Zaid bin Tsabit wafat maka Abu Hurairah berkata,” Telah wafat orang terbaik dari umat ini semoga Allah menjadikan Ibnu abbas sebagai penggantinya”.


Wafatnya


Ia wafat di Madinah pada tahun 45 H dalam usia 56 tahun (dalam riwayat lain ia wafat tahun 51 H atau 52 H)


Disalin Zaid bin Tsabit dalam dari biografi Shafwah ash shafwah ibnu Jauzi, Al-Istia’aab Ibn Al-Barr


Published at (1 oktober 2007 3.50 a.m). retrieved 20 mei 2010 from http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/01/zaid-bin-tsabit-wafat-45-h/

OLEH ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE

Read more...

ASSALAMUALAIKUM... JOM SEBARKAN!!!

Kamis, 13 Mei 2010




وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا (86)


Maksudnya : “Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan (salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan atas tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisa’: 86)


Kebanyakan umat islam hari lupa atau buat-buat lupa anjuran islam, iaitu memberi salam, dan hakikatnya dapat kita lihat di dalam hadis Rasulullah anjuran untuk kita menyebarkan salam.


Sepertimana dalam Hadis :


أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ


Maksudnya : “seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah (s.a.w), Apakah (amalan) islam yang baik? Rasulullah (s.a.w) bersabda : berilah makan dan sebarkanlah salam kepada orang yang telah kamu kenali dan kepada orang yang tidak kamu kenali.” ( HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad daripada Ibn Umar (r.a).)


Dalam hadis ini juga dapat kita pastikan bahawa memberi salam bukanlah terhad kepada mereka yang kita kenali tetapi juga kepada mereka yang kita kenali. Seperti mana didalam Syarah Hadis Imam Muslim oleh Imam an-Nawawi : “ maksudnya adalah member salam kepada sesiapa yang kita jumpai, sama ada kita kenali ataupun tidak, bukanlah ianya dikhususkan kepada orang tertentu yang kita kenali seperti yang berlaku dalam kebanyakan manusia. Dan Umum hadis ini dikususkan kepada member salam kepada orang islam, dan tidak memulakan salam kepada orang kafir.” (Maktabah Syamilah : Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim (juz 1, m/s 118))


Dan Sabda Rasulullah (s.a.w) :


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ


Maksudnya : Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)


Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu menjelaskan, dalam hadits ini terdapat anjuran kuat untuk menyebarkan salam dan menyampaikannya kepada seluruh kaum muslimin, baik yang kamu kenali maupun yang tidak kamu kenali. (Maktabah Syamilah : Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim (juz 1, m/s 143))


Beliau juga menjelaskan bahwa ucapan salam merupakan pintu pertama keakraban dan kunci yang membawa rasa cinta. Dengan menyebarkan salam, semakin kukuh keakraban antara kaum muslimin, serta menampakkan syi’ar mereka yang berbeza dengan penganut agama lain. Di samping itu, di dalamnya juga terdapat latihan bagi jiwa seseorang untuk sentiasa merendahkan diri dan mengagungkan kehormatan kaum muslimin yang lain. (Maktabah Syamilah : Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, (juz 1, m/s 143))



Seterusnya Sabda Rasulullah (s.a.w) :


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اعْبُدُوا الرَّحْمَنَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَأَفْشُوا السَّلَامَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ


Maksudnya : “Ibadahilah Ar-Rahman, berikan makanan dan sebarkan salam, nescaya kalian akan masuk ke dalam syurga dengan selamat.” (HR. at-Tirmidzi : katanya hadis ini hasan shahih. Diriwayatkan daripada Ibn Umar (r.a))


Juga sabda Baginda (s.a.w) :


أَفْشُوا السَّلَامَ تَسْلَمُوا


Maksudnya : “Sebarkanlah salam, nescaya kalian akan selamat” (HR Ahmad)


Dalam nukilan ulama’ salaf antaranya Abdullah ibn Mas’ud katanya : “Sesungguhnya As-Salam adalah salah satu nama Allah yang Allah letakkan di bumi, maka sebarkanlah salam di antara kalian. Sesungguhnya bila seseorang mengucapkan salam kepada suatu kaum, lalu mereka menjawab salamnya, maka dia memiliki keutamaan darjat di atas mereka kerana dia telah mengingatkan mereka dengan salam. Dan bila tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh makhluk yang lebih baik darinya.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Adabil Mufrad no. 793: shahih secara mauquf, shahih juga secara marfu’)


Begitu juga yang dikatakan oleh Abu Hurairah :


أبخل الناس الذي يبخل بالسلام


Maksudnya : “manusia yang paling kedekut adalah mereka yang kedekut untuk mengucapkan salam”. (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Adabil Mufrad no. 795: shahih secara mauquf, shahih juga secara marfu’)


Kita lihat begitu banyak anjuran untuk menyampaikan salam, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah perkataan “hello”, selamat pagi, hai, bye, dan sebagainya yang menjadi sebutan masyarakat muslim hari ini.


Ayuh kita sebarkanlah salam, kita tegakkan syiar islam.


Nukilan Qatariy


Oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas Bin Rosele


Rujukan :

Al-Quran

Al-Hadis

Maktabah Syamilah


Ilham dari blog : http://asysyariah.com/ oleh : Al-Ustazah Ummu ‘Abdirrahman Bintu ‘Imran Judul: Menyebarkan Salam



Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP