Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

PERJUANGAN TIDAK PERNAH LELAH

Sabtu, 20 Februari 2010

Dalam mengharungi kehidupan seorang yang membawa obor islam, tidak dinafikan jutaan dugaan, mehnah dan tribulasi melintang, menagih keikhlasan para perjuang. Ketahuilah duhai sahabat sekalian perjuangan menegakkan kebenaran ini tidak pernah lelah, tidak pernah jemu, tidak pernah terputus, Cuma mereka yang digelar pejuang itu yang lelah, penat, jemu dan sebagainya. Kerana perjuangan ini juga tidak memberi ganjaran kerusi yang empuk, emas yang bertimbun, hidangan yang lazat, istana yang berdiri megah, dihiasi permata berkilau, zamrud yang besar, anggur yang segar kecuali dengan izin ALLAH s.w.t. tetapi perjuangan atas kebenaran ini menjanjikan keredhaan ALLAH s.w.t dengan mahar keikhlasan, cinta (mahabbah) , pengharapan (raja’) dan takut (kahuf).


Kita ungkap perjuangan terulung Rasulullah s.a.w yang membawa sinar kebenaran ditengah kejahilan, tidak pernah letih dan lelah, tidak pernah kabur dengan harta benda dan kemewahan dunia. Disambung oleh generasi para sahabat r.a ajma’in yang tinggi ketakwaan yang tidak pernah lari dari jalan Rasulullah s.a.w, setia dengan perintah ALLAH dan Rasul-Nya, berdiri megah atas dasar cinta, menangis siang dan malam atas dasar takut, tidak lari dari jalan lurus atas dasar mengharapkan redha ALLAH, jiwa mereka tenang dalam keikhlasan. Marah, benci, suka, senyum, cinta, tegas mereka kerana ALLAH, Rasul dan agama islam.


Setelah sekurun berlalu perjuangan ini disambung oleh generasi seterusnya yang digelar generasi Tabi’in, generasi yang tegar berdiri diatas jalan yang berdirinya para Sahabat r.a ajma’in, air mata takwa membasahi pipi, obor al-Quran dan Sunnah terang menyinari jalan, hangat membakar jiwa, menentang dasar kesyirikan, kebid’ahan dan maksiat, zaman inilah yang menyaksikan tegarnya berdiri ulama at-Tabi’in seperti Abdullah ibn Mubarak, Hassan al Basri, Ibn Sirin, serta mereka yang seangkatan (semoga ALLAH merahmati mereka).


Muncul pula selepas generasi tersebut generasi tabi’ at tabi’in, yang takut kepada Pencipta, mencintai sunnah-sunnah Nabi, tidak goyah membasmi akar-akar syirik, bid’ah dan maksiat, jiwa yang sentiasa ingin menegakkan kebenaran, agar kemurnian islam terpelihara dan suci, zaman inilah bangkitnya Imam As-syafi’e yang digelar ansorussunnah ( penolong sunnah) dan Imam Ahmad (semoga ALLAH merahmati mereka) serta barisan pejuang generasi selain mereka yang tegar membela aqidah, memelihara sunnah, menyucikan syariat. Dan generasi inilah yang hidup dizaman yang terbaik, dan diakui, sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w :


خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Maksudnya: sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (sahabat) kemudian yang menyusuri mereka ( tabi’in) kemudian yang menyusuri mereka (tabi’ at-Tabi’in)

(riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasai’e, Ibn Majah, Ahmad)


Begitulah perjuangan 3 kurun yang menakjubkan, dan pada hari ini perjuangan dalam kebenaran terus berjalan, tetapi tidak semuanya akan berada diatas jalan yang selamat, adakala perjuangannya dilihat baik tetapi matlamatnya slah, adapun yang sebaliknya, matlamat yang murni tetapi cara yang jauh dari pedoman Rasulullah dan para salafussoleh. Jadi apakah yang menjamin perjuangan ini, ketahuilah perjuangan tidak pernah lelah, akan sentiasa disambung dan diteruskan, bukanlah kita perintis dan penamat perjuangan ini, tetapi ingatlah teruslah berada diatas jalan yang lurus dalam merenteti perjuangan ini, teruslah berdiri diatas garisan yang mana para salafussoleh berdiri tatkala mereka tegas menghunus pedang kebenaran melibas akar-akar syirik, bid’ah dan maksiat, teruslah istiqomah diatas manhaj yang suci dimana atas manhaj itulah para salafussoleh menitiskan air mata melihat umat jauh dari sunnah, sebati dengan bid’ah, lebih teruk lagi bergelumang dengan kesyirikan.


Bangkitlah anak-anak muda kita berdiri atas manhaj yang benar dalam memperjuangkan kebenaran, tanamkan cinta dalam belukar perjuangan, tetapkan hati atas agama yang tinggi, semaikan benih ketakwaan dalam rimba gelita, asalkan kita berdiri atas jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah, atas pegangan para salafussoleh, yakinlah bahawa kita berada diatas kebenaran dan yakinlah perjuangan itu tidak pernah lelah, semoga matinya jasad ini tenang dibawah payungan redha ALLAH s.w.t.


wallahu a'lam


oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele



Read more...

KENALI RASULULLAH S.A.W

Jumat, 12 Februari 2010


Mari beramai-ramai melihat pameran kami tentang Nabi Muhammad s.a.w di booth kami, pada 22-24 februari ini dan mendengar ceramah dari Abu Islam Ustaz Fathul Bari tentang ketokohan Nabi Muhammad s.a.w di dataran kolej kediaman ke-5 selepas maghrib.

Read more...

BACALAH... TAMBAHKAN ILMU MU SAHABAT

Minggu, 07 Februari 2010

Risalah ini menyatakan prinsip dan hujah yang di bawa oleh Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid salah seorang anak murid muhaddithin Syaikh al-Albani dalam menyatakan kefahaman baiah yang kini berleluasa dengan fahaman yang silap,, haruslah kita memerhatikan hujah ini, dan membuat pertimbangan dengan rasa cinta kepada sunnah,, bukan dengan pertimbangan nafsu. Wallahu a’lam
***
Kitab Riyadus Shalihin yang masyhur ini adalah susunan/karangan Imam anNawawi, lengkap mengandungi hadis-hadis yang mencakupi hidup seorang muslim, mesti baca dan digalakkan untuk bertalaqqi.
***
Kitab Syarah Hadis Arbaien adalah kitab yang disyarahkan oleh Ibn Daqiiq al-‘eid, seorang muhadithin yang hidup sezaman dengan Imam anNawawi.
***
Kitab Bulugh al-Maram yang disusun oleh Ibn Hajar ini masyhur kerana beliau menyusun Hadis mengikuti bab Fiqh, yang dimulai dengan bab Taharah (bersuci).
OLEH ABU ZAID

Read more...

IKHLAS

Rabu, 03 Februari 2010

(teks yang dirujuk oleh abu zaid ketika menyampaikan kuliah di surau kolej kediaman ke-5 pada 2 februari 2010.)

Amirul mukminin, Umar bin khathab radhiyallahu anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


“Segala amal itu bergantung dengan apa yang diniatkannya, dan setiap orang hanya akan dapat sesuatu sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang (niatnya) hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka (hukum) hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu Kerana kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang ingin dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.
Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. (sanad dan matan hadis diatas diambil dari kitab Shahih al-Bukhari)

Penjelasan :
Hadits ini adalah Hadis shahih yang telah disepakati keshahihannya, ketinggian darjatnya dan didalamnya banyak mengandungi manfaat. Imam Bukhari telah meriwayatkannya pada beberapa bab pada kitab shahihnya, juga Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ini pada akhir bab Jihad.
Hadis ini salah satu pokok penting ajaran islam. Imam Ahmad dan Imam Syafi’I berkata : “Hadis tentang niat ini melingkupi sepertiga ilmu.” Begitu pula kata imam Baihaqi dll. Hal itu karena perbuatan manusia terdiri dari niat didalam hati, ucapan (lisan) dan tindakan (perbuatan). Sedangkan niat merupakan salah satu dari tiga bahagian itu. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i, “Hadits ini melingkupi tujuh puluh bab fekah”, sejumlah Ulama’ mengatakan hadits ini melingkupi sepertiga ajaran islam.
Para ulama gemar memulai karangan-karangannya dengan hadis ini. Di antara mereka yang memulai dengan hadis ini pada kitabnya adalah Imam Bukhari. Abdurrahman bin Mahdi berkata : “bagi setiap penulis buku hendaklah memulakan penulisannya dengan hadis ini, untuk mengingatkan para pembacanya agar membetulkan niatnya”.
Hadis ini dibanding hadis-hadis yang lain adalah hadis yang sangat masyhur, tetapi dilihat dari sumber sanadnya, hadis ini adalah hadis ahad, karena hanya diriwayatkan oleh Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dari Umar hanya diriwayatkan oleh ‘Alqamah bin Abi Waqash, kemudian hanya diriwayatkan oleh Muhammad bin Ibrahim At Taimi, dan selanjutnya hanya diriwayatkan oleh Yahya bin Sa’id Al Anshari, kemudian barulah menjadi terkenal pada perawi selanjutnya. Lebih dari 200 orang rawi yang meriwayatkan dari Yahya bin Sa’id dan kebanyakan mereka adalah para Imam.

Pertama : Kata “Innamaa” bermakna “hanyasanyalah/pengecualian” , yaitu menetapkan sesuatu yang disebut dan menafikan selain yang disebut itu. Kata “hanyasanyalah” tersebut adakalanya dimaksudkan sebagai pengecualian secara mutlak dan adakalanya dimaksudkan sebagai pengecualian yang terbatas. Untuk membezakan antara dua pengertian ini dapat diketahui dari susunan kalimatnya atau terdapat qarinah (petunjuk).
Contohnya, firman Allah : “Innamaa anta mundzirun” ��“Engkau (Muhammad) hanyalah seorang penyampai ancaman”. (QS. Ar-Ra’d : 7)

Kalimat ini secara sepintas lalu menyatakan bahawa tugas Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam hanyalah menyampaikan ancaman dari Allah, tidak mempunyai tugas-tugas lain. Padahal sebenarnya Baginda mempunyai banyak sekali tugas, seperti menyampaikan khabar gembira dan sebagainya. Begitu juga kalimat pada firman Allah : “Innamal hayatud dunyaa la’ibun walahwun” ��“Kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan dan permainan”. (QS. Muhammad : 36)
Kalimat ini (wallahu a’lam) menunjukkan pembatasan berkenaan dengan akibat atau kesannya, apabila dikaitkan dengan hakikat kehidupan dunia, maka kehidupan dapat menjadi wahana berbuat kebaikan. Dengan demikian apabila disebutkan kata “hanya” dalam suatu kalimat, hendaklah diperhatikan secara tajam pengertian yang dimaksudkan.
Pada Hadis ini, kalimat “Segala amal hanya menurut niatnya” yang dimaksud dengan amal disini adalah semua amal yang dibenarkan syari’at, sehingga setiap amal yang dibenarkan syari’at tanpa niat maka ianya tidak bererti apa-apa menurut agama islam. Tentang sabda Rasulullah, “semua amal itu tergantung niatnya” ada perbezaan pendapat para ulama tentang maksud kalimat tersebut. Sebahagian memahami niat sebagai syarat sehingga amal tidak sah tanpa niat, sebahagian yang lain memahami niat sebagai penyempurna sehingga amal itu akan sempurna apabila ada niat.

Kedua : Kalimat “Dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya” oleh Khathabi dijelaskan bahawa kalimat ini menunjukkan pengertian yang berbeza dari sebelumnya. iaitu menegaskan sah tidaknya amal bergantung pada niatnya. Juga Syaikh Muhyidin An-Nawawi menerangkan bahawa niat menjadi syarat sahnya amal. Sehingga seseorang yang mengqadha solat tanpa niat maka tidak sah Solatnya, walahu a’lam

Ketiga : Kalimat “Dan Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya” menurut penetapan ahli bahasa Arab, bahwa kalimat syarat dan jawabnya, begitu pula mubtada’ (subjek) dan khabar (predikat) seharusnya mempunyai perbezaan , sedangkan di kalimat ini sama. Kerana itu kalimat syarat bermakna niat atau maksud baik secara bahasa atau syari’at, maksudnya barangsiapa berhijrah dengan niat karena Allah dan Rasul-Nya maka akan mendapat pahala dari hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Hadits ini memang muncul (sebab wurudil hadis) kerana adanya seorang lelaki yang ikut hijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengahwini perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah kerana itu ia dijuluki Muhajir Ummu Qais. – wallahu a’lam –

Pengajaran (dipetik dari al-Jami’ fi Ahadisil Ahkam-ta’lif Profesor Madya Dr. Muhidden Abd Rahman)

1- Niat jadi sebab sempurnanya amal dan rosaknya amal.
2- Ikhlas dan memperbaiki niat kerana ALLAH sangat dituntut pada keseluruhan amal dan ibadah
3- setiap amal terlaksana dengan niat dan menggapai redha ALLAH
4- Niat pembeza antara adat dengan ibadat
5- Seseorang diberi ganjaran mengikut niatnya

Abu Zaid- syarah dan matan ini dipetik dari kitab syarah Hadis Arba’in yang disyarahkan oleh Ibn Daqiiq al-Eid, yang ana download dalam bentuk pdf, adapun apabila melihat buku yang ana miliki syarah Hadis Arba’in cetakan Pustaka at-Tibyan yang disyarahkan oleh orang yang sama terdapat sedikit perbezaan, tetapi tidak menjejaskan apa-apa.
-Wallahu a’lam –

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP