Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

"STUDY WEEK" TELAH TIBA

Jumat, 29 Oktober 2010

Sekarang sudah masuk Study Week di UM :

Time ni la ramai yang sedih Click Me~ sebab x dapt siapkan assignment.

Click Me~ Time ni juga ada yang tenang je… mcm x de pape

Click Me~ Ada sampai bleh bersuka ria plak… pelik2

Tp yang lebih menakutkan sampai ada yang menyepi diri… lansung x pernah Nampak muka… cam nie Click Me~

Jangan cube nak berani2 tegur kang :::: Click Me~

Ada jugak ble time study week yang tensen… mcm x pernah masuk pekse Click Me~

Click Me~ Oppppsss : Tp jangan la ambik jln mudah dlm pekse nnti sampi nak bwk kertas dlm dewan pekse or tiru kawan sebelah

N jngn jd smpi macam nie… Click Me

Cuba jadi macam nie :

Click Me~ berubah kepada yang lebih baik…

Click Me~ sanggup menghadapi apa jua cabaran… hu3

Click Me~ banyakkan berfikir…

Click Me~ haaa kan dah dapat idea…

Banyakkan berdoa : Click Me~

Teruskan study,, study, study, study smpi tertidur kat meja study, Click Me~

Study hard n smart tau… Click Me~

Makan makanan yang berkhasiat… hu3 Click Me

Tidur yang cukup… Click Me

Hinggalah Berjaya… Click Me~


CHAIYOK!!!!

Oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele

Read more...

SAYA TIDAK TAHU

Kamis, 21 Oktober 2010



Saya Tidak Tahu,

“Apabila seseorang menanyakan soalan kepada seorang Ilmuwan, beberapa soalan, maka Ilmuwan tersebut tidak mengetahui jawapannya, lalu Ilmuwan itu menjawab dengan jawapan, : maaf, saya tidak tahu.”

Apakah yang terlintas di pemikiran kita, apakah layak orang tersebut digelar ilmuan, ataukah perlu ia menjawab dengan menggunakan akal fikiran dan kehendaknya untuk menyelamatkan dirinya dari malu atau untuk mengelakkan pandangan buruk orang ramai terhadapnya, walaupun sedangkan dia tidak tahu.

Apakah yang anda akan lakukan dalam situasi tersebut?

Petamanya marilah kita tadabburi Firman Allah s.w.t :

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا (36)

Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya” (Surah al-Isra’17 : 36)

Dalam tafsir Ibnu Katsir, telah berkata Ibnu ‘Abbas bahawa maksud (لا تقف) adalah (لا تقل) maksudnya janganlah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu ketahui. Begitu juga Qatadah telah menafsirkan ayat ini sebagai, jangan kamu berkata aku melihat sedang kamu tidak melihat, aku mendengar sedang kamu tidak mendengar, aku mengetahui sedang hakikatnya kamu tidak mengetahui, kerana Allah s.w.t akan menanyakan pekara tersebut kelak (hari Kiamat) semuanya.

Kita lihat peristiwa yang berlaku dikalangan para ulama’ dan apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan.

Apa yang disebutkan oleh Sufyan bin Uyainah :

والورع على وجهين، ورع منصت وهو الذي يعرفه العامة، إذا سئل عما لا يعلم قال لا أعلم، فلا يقول إلا فيما يعلم، وورع منطق يلزمه الورع القولي، لأنه يعلم فلا يجد بداً من أن ينكر المنكر ويأمر بالخير، ويحسن الحسن ويقبح القبيح،

Yang bermaksud : adalah wara’ itu dua keadaan (bentuk), wara’ orang yang diam, iaitu orang yang masyhur dikalangan Umum, sekiranya ia ditanya soalan yang dia tidak tahu (akan jawapannya), maka ia akan berkata “aku tidak tahu”, dia tidak menjawab (berkata-kata) kecuali apa yang diketahuinya, (dan yang kedua adalah) wara’ orang yang bercakap, lazimnya wara’ berbentuk pertuturan, seperti mencegah atau memungkari pekara yang mungkar dan mengajak kepada kebaikan, mengatakan elok kepada yang baik, dan mengatakan buruk kepada yang buruk[1].

Kita melihat apa yang dikatakan oleh Al-Qasim bin Muhammad (wafat 108 H) rahimahullah : “aku pernah belajar kepada al-Bahr Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah, dan Ibnu ‘Umar dan aku mendapat banyak Ilmu. Disana (pada Ibnu ‘Umar) terdapat sikap wara’ (takwa), ilmu yang banyak, dan sikap diam atas segala hal yang tidak diketahui.”[2]

Seterusnya kita merujuk kepada kata-kata Imam asy-Sya’bi (wafat 105 H) yang mengatakan :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ مُغِيرَةَ عَنِ الشَّعْبِىِّ قَالَ : لاَ أَدْرِى نِصْفُ الْعِلْمِ.

Yang bermaksud ; daripada Mughirah, daripada as-Sya’bi berkata : “(perkataan seseorang) ‘aku tidak tahu’ adalah separuh (setengah) dari ilmu[3]

Maka apakah salah seseorang ilmuwan itu mengatakan tidak tahu sebagai jawapan kepada soalan yang dia tidak tahu jawapannya, bukankah dia telah memeliharan kemuliaan ilmu itu, bukankah dia telah bersikap wara’ terhadap ilmu itu, dan itu juga merupakan separuh daripada ilmu.

Tetapi malangnya ada sebilangan mereka hari ini tidak kira yang mempunyai aliran agama atau tidak, bahkan mereka yang memegang jawatan yang tinggi atau mereka yang bergelar ustaz, demi menjaga kedudukan, keegoan, maruah, kepentingan diri, jawatan dan sebagainya, akhirnya mereka telah berfatwa sedang mereka tidak tahu, menjwab persoalan yang diajukan berdasarkan fikiran mereka sedang mereka tidak pasti jawapan yang sebenar. Mereka telah bersikap khianat terhadap ilmu, mereka menyuruh orang beramal dengan apa yang mereka tidak pasti, sedang mereka itu sentiasa dalam kebodohan dan tidak rendah diri dengan ilmu.

Tidakkah kita dapat mengambil ‘ibrah dari kisah dimana rombongan dari Maghrib telah menanyakan kepada Imam Dar al-Hijrah iaitu imam Malik rahimahullah seorang imam yang besar, ma;ruf ketinggian ilmunnya, tinggi hafalannya, tetapi sikap wara’nya juga tinggi, maka Imam Malik menjawab : laa Adri (aku tidak tahu), maka orang itu berkata : wahai Abu ‘Abdillah (kunyah imam Malik) engkau berkata tidak tahu? Imam Malik pun menjawab : ‘Iya sampaikan orang-orang dibelakangmu (di negerimu) bahawa aku tidak tahu[4]. Betapa rendah dirinya Imam Malik, tanpa ada risau bahwa dia akan diperkatakan oleh orang ramai dibelakangnya bahawa dia tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan.

Mudah-mudahan semua ini bermanfaat bagi penuntut ilmu, bahkan kepada penyampai ilmu, bersikap amanahlah terhadap ilmu, dan bersikap wara’ terhadapnya. Mudah-mudahan Allah meredhai kita.


OLEH ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE


[1] Abu Nuaim al-Asbahani. Hilyatul Awliya’, j.3 h. 294. Maktabah Syamilah, Edisi kedua.

[2] Az-Zahabi. (1996). Siyar A’laamin Nubala’ j. 5 h. 55. Beirut : Muasasah ar-Risalah. Lihat Yazid bin Abdul Qadir Jawas. (2009). Menuntut ilmu jalan menuju ke surga h. 202. Indonesia : Pustaka At-Taqwa.

[3] Atsar Shahih, Diriwayatkan oleh ad-Darimi.

[4] Atsar Shahih; diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wal Mutafaqqih.

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP