Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

IKHLASLAH DALAM MENUNTUT ILMU

Sabtu, 01 Januari 2011

Permulaan semester baru sudah tiba bagi warga Universiti Malaya, juga kepada warga IPT-IPT yang lain, permulaan tahun yang baru bagi pelajar-pelajar disekolah menengah mahupun rendah. Semuanya itu adalah antara medan dalam mencari mutiara yang bergelar ilmu. Saya menasihatkan diri ini dan sekalian pembaca walau diman jua kita berada, ditahap apa jua sekalipun, dalam kita melakukan urusan hendaklah ikhlas kerana ALLAH s.w.t.


Menuntut Ilmu syar’I itu Ibadah


Ketahuilah wahai saudaraku menuntut Ilmu itu adalah satu ibadah terutamanya ilmu syar’I, kerana orang yang menuntut ilmu ini akan diberi ganjaran oleh ALLAH s.w.t, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Yang Bermaksud : “barang siapa yang menempuh jalan untuk menimba ilmu ALLAH akan permudahkan jalannya ke syurga” (Shahih, HR Tirmizi dan yang lainnya)


Juga bagi penuntut ilmu ini dikecualikan daripada laknat ALLAH s.w.t berdasarkan sabda Nabi s.a.w :


أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ


Yang bermaksud : “Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat pula segala isinya, kecuali berzikir kepada ALLAH dan ketaatan kepada-Nya, orang yang berilmu, dan orang yang mempelajari ilmu” (Hasan, HR Tirmizi)


Sesungguhnya amal yang dikerjakan oleh orang yang berilmu itu lebih baik dari orang yang beribadah tanpa ilmu berdasarkan sabda Nabi s.a.w :


وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ


Yang bermaksud : “Sesunguhnya kelebihan orang yang berilmu daripada orang yang beribadah (tanpa ilmu) seperti lebihnya (istimewanya) bulan dari sekalian bintang-bintang” (Shahih, HR Tirmizi dan Ahmad)


Hendaklah Ikhlas dalam ibadah


Sebagaimana yang dapat kita ketahui bahawa menuntut ilmu syar’i itu merupakan ibadah, maka ketahuilah dalam setiap pekara ibadah dalam kehidupan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas.

Sebagaimana telah digariskan bahawa syarat diterimanya amal itu ada dua[i] :

1- Ikhlas

2- Ittiba’

Ini berdasarkan firman ALLAH s.w.t :


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ


Yang bermaksud : “padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadanya (ikhlas) dalam agama dengan lurus” (Surah al-Bayyinah : 5)


Sabda Nabi s.a.w :


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ


Yang bermaksud : “hanyasanyalah amalan itu bergantung pada niatnya”


Memetik perkataan Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis ini : “ketahuilah sesungguhnya ikhlas itu pekara yang membinasakannya adalah ‘Ujub, barangsiapa yang berasa ‘ujub dengan pekerjaannya (ibadahnya) maka binasalah amalan tersebut (tidak mendapat ganjaran), begitu juga mereka yang bongkak juga akan binasa amalanya”[ii]


Satu peringatan


Ikhlaslah kamu dalam menuntut ilmu syar’I semata-mata kerana ALLAH. Fahamilah dan renungilah sabda Nabi s.a.w ini agar menjadi pedoman bagi semua penuntut ilmu.


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ وَلَا لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ وَلَا تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ


Yang bermaksud : “janganlah kalian menuntut ilmu untuk menandingi para ulama’ atau untuk berdebat dengan orang-orang yang bodoh dan jangan pula nekad untuk maju berfatwa di majlis-majlis ilmu, barangsiapa yang melakukan hal tersebut, sungguh neraka,neraka (lebih layak untuknya)” (HR Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim)[iii]


Wallahu a’lam


Oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele



[i] Telah diterangkan di dalam artikel Amalan Yang Sia-sia, http://ikhlas89.blogspot.com/2009/11/amalan-yang-sia-sia.html

[ii] An-Nawawi & Ibn Daqiiq. (2007). Syarah al-arba’in an-nawawiah fil ahadits ash-shahiha an-nabawiyah. Beirut : Muasasah ar-Rayan. h. 33.

[iii] Hadis Hasan (memiliki syahid), lihat takhrij lengkap dalam : Al-Halabi, Ali Hasan. (2009). Beginilah keperibadian seorang muslim. (pent. Abu Khansa Suharlan Madi). Indonesia : Pustaka Darul Ilmi. (buku asal diterbitkan pada 2001). h. 45-46.

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP