Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

BUMI DAN ALAM SUDAH TUA?, KITA DIAKHIR ZAMAN

Sabtu, 19 Maret 2011



Bumi sudah tua, alam menunjukkan reaksi, kita diakhir zaman

Kejadian letusan gunung berapi dan gempa bumi kian menjadi-jadi, pada tahun 2010 statistik yang dibuat oleh National Earthquake Information Centre[i] menunjukkan kejadian gempa bumi yang berlaku sekitar tahun itu dalam magnitude 6 – 9.9 skala richter adalah sebanyak 73 kejadian di seluruh dunia mengakibatkan dalam lingkungan 226729 kematian dan begitu juga pada tahun 2011 (sehingga 15 mac 2011) telah menunjukkan sebanyak 81 kejadian[ii].

Saya juga membaca sebuah rencana dari utusan[iii] yang membuka minda kita bahawa terlalu banyak kes bencana alam yang berlaku. Begitu juga kes-kes letusan gunung berapi diseluruh dunia yang mana kita maklumi bahawa gempa bumi itu kebanyakanya berlaku adalah akibat letusan gunung berapi, sebagai contoh, letusan gunung berapi Merapi, gunung berapi Eyjafjallajökull, di Iceland, gunung berapi toba, gunung berapi tambora dan sebagainya. Juga bencana Tsunami (killer waves) menjadi fenomena yang mengakibatkan kematian dan kerosakan dalam jumlah (hingga 19 Mac 2011 angka korban adalah 6539 orang[iv]) yang sangat besar seperti yang berlaku di jepun yang telah membinasakan sebahagian timur tengah Tokyo, juga memori hitam penduduk asia tenggara pada 2004 yang dilanda tsunami yang diibaratkan kerosakan akibat tsunami yang melanda pada tahun tersebut adalah ibarat tenaga 23000 bom atom jenis Hiroshima (Hiroshima-type atomic bomb)[v]. Bencana tsunami di Tokyo juga telah menyebabkan loji nuclear di jepun meletup[vi] yang akan mengakibatkan bencana baru seperti berlaku pencemaran radiasi dalam udara, hujan asid[vii] dan percemaran laut dengan sisa nuklear.

Kita juga tidak memandang remeh bencana-bencana lain yang menimpa dunia hari ini, antaranya kebakaran hutan, contohnya, baru-baru (awal februari) ini kebakaran hutan (Forest burning) yang berlaku di pinggir ibu kota Australia barat, perth[viii], dan kebanyakan negara seluruh dunia mengalami bencana yang sama, seperti Indonesia, Amerika, Thailand, Itali, termasuk juga negara kita Malaysia yang juga berlakunya bencana kebakaran hutan. Kalau kita selidiki dapat kita lihat bahawa antara punca kebakaran hutan juga adalah kerana tangan-tangan manusia sendiri. Selain itu kebakaran hutan atau secara umumnya Biomass burning adalah penyumbang kepada fenomena pemanasan global (Global warming)[ix], yang akhirnya akan mengakibatkan pencairan ais di kawasan kutub, paras air laut meningkat dan menenggelamkan negara yang berkedudukan rendah dari paras laut, pupusnya binatang tertentu, tersebarnya penyakit berjangkit, juga kerosakan karang yang akan mengakibatkan populasi ikan terjejas dan sebagainya.

Seterusnya bencana banjir yang kerapkali berlaku diseluruh dunia, contohnya Malaysia yang saban tahun mengalami bencana ini, juga banjir kilat di Singapore pada jun 2010, seperti yang berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Afrika Selatan, Australia, Indonesia, dan selainnya. Begitu juga bencana taufan yang telah meragut begitu banyak nyawa dan merosakkan aset dan harta benda, sebagai contoh, seperti Taufan Mindulle pada tahun 2004 di Lautan pacific juga Taufan Tinting yang berlaku pada tarikh yang sama juga di kawasan yang berhampiran[x] taufan stan berlaku pada tahun 2005 di Amerika Tengah[xi], Taufan Nargis di Yangoon, Myanmar, Taufan Katrina di Amerika Syarikat, Taufan Fengshen di Manila, Filipina, Taufan Fujian di China dan banyak lagi.

Untuk meringkaskan saya meringkaskan antara lain bencana yang berlaku di Dunia hari ini dan apa yang telah berlaku dalam sejarah bencana alam. Antaranya adalah puting beliung (Cyclone) yang banyak merosakkan binaan, tanaman, binatang ternak dan meragut nyawa manusia, bencana heatwaves yang melanda negara-negara Eropah, Australia dan sebahagian negara asia[xii], seterusnya tanah runtuh (Landslide) juga merupakan bencana alam dan membuktikan struktur tanah kian ampuh, banjir kilat (Flash flood), runtuhan salji, runtuhan batu (rockfall), penipisan lapisan ozon dan sinar lembayung atau Ultra violet (jangka masa panjang) yang akan menyebabkan kanser kulit dan sebagainya. Tersebarnya (virus) penyakit berjangkit seperti H1N1, SARS, HIV dan selainya.

Namun apakah kita tidak pernah terfikir apakah disebalik bencana yang menimpa manusia hari ini. Sebelum itu sebaiknya kita melihat firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan Kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Ruum :41)

Seperti yang telah disebutkan bahawa ada bencana yang berlaku kadang-kala adalah berpunca dari tangan dan perbuatan manusia. Contohnya penggondolan bukit demi mendapatkan kayu dan hasil hutan, yang biasanya kan menjadi punca kepada tanah runtuh dan banjir lumpur. Pembangunan yang begitu pesat hingga melupakan pencemaran yang dilakukan samada pencemaran air, udara dan daratan. Yang menyebabkan populasi ikan umumnya sumber makanan berkurangan, air yang bersih kian tercemar, masalah kulit, medium penyebar penyakit berjangkit, dan sebagainya. Juga pembakaran secara terbuka, pembakaran hutan yang akan mengakibatkan hutan terbakar juga fenomena pemanasan global, dan kecairan ais di kutub.

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud :

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)”. (Surah Asy-Syuura : 30)

Seharusnya kita mengambil iktibar daripada umat terdahulu, wahai orang-orang yang berfikir, firman Allah s.w.t menceritakan umat terdahulu :

Maka masing-masing (mereka itu) kami seksa disebabkan dosanya, Maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ankabut : 40)

Seterusnya mari kita lihat peringatan Allah s.w.t mengenai tanda-tanda kiamat[xiii]. Sabda Rasulullah s.a.w :

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ
Yang bermaksud : Tidak akan tiba hari kiamat hingga dicabutnya ilmu, banyak terjadi gempa bumi, dan masa dirasakan berdekatan. (HR. Al-Bukhari, dari sahabat Abu Hurairah)

Nabi s.a.w telah menyebut kejadian gempa bumi adalah salah satu tanda kiamat, dan kebanyakan gempa bumi berlaku adalah kerana letusan gunung berapi.

Juga sabda Rasulullah s.a.w :

بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ مَسْخٌ وَخَسْفٌ وَقَذْفٌ
Yang bermaksud : Menjelang tibanya hari kiamat aka nada yang dirubah bentuknya, ditenggelamkan ke dalam bumi, dan dilempari batu. (HR. Ibn Majah)

Apakah tandanya, adakah Tuhan semesta alam murka akan makhluknya yang berleluasa meningkari perintah-Nya, atau sebagai tanda Qiyamat sudah hampir, ataupun Bumi sudah tua, ataupun ia berlaku atas akibat perbuatan manusia itu sendiri. Ianya hanya sebarang kemungkinan tetapi ini semua hanya dalam Ilmu Allah s.w.t yang Maha Mengetahui. Jadi sebagai hamba Allah yang lemah, jahil, jahil akan tiba waktunya kiamat walaupun ada yang telah meramalkan sesungguhnya perbuatan itu sesat dan menyesatkan, hendaklah kita berdoa agar tergolong dalam golongan yang selamat, dijauhi dari fitnah akhir zaman.

Wallahu a'lam


Disediakan Oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele



[i] USGS National Eathquake Information Centre. (Mac, 2011). Earthquake Facts and Statistics Graphs. Diambil pada 16 mac 2011, daripada http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eqarchives/year/graphs.php
[ii] Ibid,
[iii] Hafizzahril Hamid. (14 Mac 2010). Dunia semakin tidak selamat. Utusan online. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm
[iv] Agensi. (19 Mac 2011). Radioaktif akan tersebar ke Britain. Kosmo! Online. Diambil pada 19 Mac 2011, daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
[v] ___. (7 Januari 2005). The deadlist tsunami in history?. National Geographic News. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://news.nationalgeographic.com/news/2004/12/1227_041226_tsunami.html
[vi] ___. (11 Mac 2011).Japan earthquake: Tsunami hits north-east. BBC Mobile. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12709598
[vii] ___. (16 Mac 2011). Awan radioaktif bergerak ke Tokyo. Kosmo! Online. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
[viii] Yanuar jatnika. (7 Februari 2011). Hutan terbakar kembali di Australia. Jurnas.com. Diambil pada 16 mac 2011, daripada http://www.jurnas.com/news/19774/Hutan_Terbakar_kembali_di_Australia/1/Internasional/Australia
[ix] Stanford University (24 Ogos 2004). Forest Burning Is A Net Contributor To Global Warming, Scientist Says. ScienceDaily. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://www.sciencedaily.com/releases/2004/08/040824013946.htm
[x] Jeff schmaltz. (t.t.). Typhoon Tingting. Earthobservatory.Nasa.gov. Diambil pada 16 Mac 2011, daripada http://earthobservatory.nasa.gov/NaturalHazards/view.php?id=13407
[xi] ___. (8 Oktober 2005). Taufan Stan tewaskan 250 orang. DW-World.DE. Diambil pada 16 Mac 2005, daripada http://www.dw-world.de/dw/article/0,,2948196,00.html
[xii] ___. (t.t.). Heat wave – data and statistic. Prevention web. Diambil pada 20 Mac 2010, daripada http://www.preventionweb.net/english/hazards/statistics/?hid=63
[xiii] Al-Wabil, Yusuf bin ‘Abdillah bin Yusuf. (2008). Hari kiamat sudah dekat. (terj. Beni Sarbeni). Bogor : Pustaka Ibnu Katsir. Judul asli diterbitkan pada tahun 1995. H, 180-186.

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP