Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

AMALKANLAH ILMU-MU ITU

Rabu, 04 November 2009


MUQADIMAH

Perkataan ilmu dalam islam mesti terikat dengan mengamalkannya, saya mahu para pembaca merujuk tulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di dalam kitab Usul Al-thalashah:

بسم الله الرحمن الرحيم

اعلم رحمك الله ، أنه يجب علينا تعلم أربع مسائل الأولى العلم وهو معرفة الله ومعرفة نبيه ، ومعرفة دين الإسلام بالأدلة . الثانية العمل به. الثالثة الدعوة إليه . الرابعة الصبر على الأذى فيه .

والدليل قوله تعالى : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ { وَالْعَصْرِ } { إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ } { إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا } { وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ } { وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ } { وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ } .

قال الشافعي رحمه الله تعالى لو ما أنزل الله حجة على خلقه إلا هذه السورة لكفتهم .

وقال البخاري رحمه الله تعالى باب العلم قبل القول والعمل .

والدليل قوله تعالى : { فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ } فبدأ بالعلم قبل القول والعمل .

Bermaksud: ketahuilah (moga-moga kamu dirahmati ALLAH (s.w.t)), Wajib keatas kita untuk mempelajari 4 masalah, pertama adalah Ilmu iaitu ilmu mengenal ALLAH (s.w.t) dan mengenal Nabi-Nya, dan mengenal Agama Islam beserta dalil. Kedua Beramal dengan Ilmu tersebut. Ketiga menyampaikan dakwah. Dan yang keempat adalah bersabar atas kesakitan melalui ketiga-tiga perkara tersebut. [1]

Dalil Firman ALLAH (s.w.t) :

Demi masa.* Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,* kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran*.

Ulasan saya:

(Merujuk kepada Tafsir Ibn Katsir)

1-manusia keseluruhannya berada dalam kerugian.

2- dan pengecualian dari manusia kerugian itu adalah:

a. Orang yang beriman (beriman mestilah berilmu)

b. Beramal Soleh

c. berpesan-pesan kearah kebenaran (berdakwah)

d. berpesan-pesan supaya bersabar

Maka bagi saya ungkapan tersebut bertepatan dengan dalil ini.


ILMU & AMAL


Sebagai permulaan saya bawakan firman ALLAH (s.w.t):

{ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ } [الزمر: 9]

Maksudnya: Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar : 9)

Mari kita lihat peripentingnya Ilmu dalam beramal, merujuk kepada dua hadis ini:

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَسَعِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُرَيْجٍ هُوَ بَصْرِيٌّ وَهُوَ مَوْلَى أَبِي بَرْزَةَ وَأَبُو بَرْزَةَ اسْمُهُ نَضْلَةُ بْنُ عُبَيْدٍ

Maksud: daripada Barzah al-Aslamiyyi berkata; telah bersabda Rasulullah (s.a.w); “tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya berkenaan lima perkara: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya setakat mana dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia dapat dan ke mana dia belanjakan, dan tentang masa remajanya untuk apa dia pergunakan” (HR At-Tirmidzi dalam sunannya dan berkata hadis ini Hasan shahih) [2]hadis ini dinilai shahih oleh al-Albani, Shahih Sunan at-Tirmidzi, Maktab at-Tarbiah al-Arabi, 1408 H, jil 2, hal 290, no: 1970

Selanjutnya dalam hadis lain:

يُجَاءُ بِرَجُلٍ فَيُطْرَحُ فِي النَّارِ فَيَطْحَنُ فِيهَا كَطَحْنِ الْحِمَارِ بِرَحَاهُ فَيُطِيفُ بِهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ أَلَسْتَ كُنْتَ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ فَيَقُولُ إِنِّي كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا أَفْعَلُهُ وَأَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ وَأَفْعَلُهُ

Sabda Rasulullah (s.a.w) maksudnya: “ dibawa seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan kedalam api neraka, sehingga terburai usus-usus perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar yang sedang berpusing di batu kisarannya. Penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya: Hai sifulan! Apa dah jadi kepada kamu, bukankah dulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami dari melakukan kemungkaran? Beliau menjawab: sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya” (HR al-Bukhari)

Maka sudah terang lagi bersuluh pentingnya bagi kita yang menuntut ilmu dan mendapat ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut, dan akibatnya telah diterangkan didalam hadis Rasulullah (s.a.w) tersebut.

Sudah jelas bahawa setelah kita berilmu barulah kita boleh beramal, sebagaimana pepatah arab yang berbunyi “ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Disini saya ingin mebawa mutiara kata yang diungkap oleh ulama’ besar dalam islam.

قال عبد الله: تعلموا العلم فإذا علمتم فاعملوا.

Kata Abdullah ibn Mas'ud: Tuntutlah ilmu sekiranya kamu sudah berilmu maka amalkanlah. [3]

عن أبي الدرداء رضي الله عنه، أنه قال: لا يكون تقياً حتى يكون عالماً، ولن يكون بالعلم جميلاً حتى يكون به عاملاً.

Kata Abi Darda’ (r.a) tidak akan menjadi orang yang bertakwa sehingga dia menjadi orang yang berilmu, dan selama-lamanya dengan ilmu itu dia tidak akan menjadi “cantik” sehingga dia mengamalkannya. [4]

سمعت سفيان الثوري يقول: كان يقال أول العلم الصمت، والثاني الاستماع له وحفظه، والثالث العمل به، والرابع نشره وتعليمه.

Kata Sufyan Ath-Thauri: adalah dikatakan permualaan ilmu itu adalah diam, kedua mendengar akan ilmu dan menghafaznya, ketiga beramal dengannya, dan keempat menyebarkannya dan mengajarkannya. [5]

Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ".

Dalam sebuah syair yang bermaksud[6]:

Wahai orang yang mengajar orang lain suatu ilmu **

** ada baiknya kamu ajarkan diri kamu sendiri terlebih dahulu.

Kamu memberi preskripsi ubat kepada yang sakit**

** bagaimana mereka boleh sembuh dengannya sedangkan kamu sendiri

berpenyakit.

Mulakan dengan dirimu sendiri dan cegahilah ia daripada keserakahannya**

** bila kamu sudah berjaya mengawalnya maka jadilah kamu seorang yang

bijaksana,

jangan kamu cegah satu perbuatan yang kamu sendiri melakukannya**

** kerana yang demikian itu amat besar keaibannya.

Al-Mawardi, Adab ad-Dunya wa ad-Din, Dar Ihya’ at-Turath al-‘Arabi, hal;3, dinukil daripada wahid Abd as-salam Bali, Wiqayah al-Insan Min al-Jin Wa asy-Syaitan, Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut, Lubnan, t.th, hal: 220.

Apakah yang membuatkan alpa setelah ada keterangan, saya menyeru kepada diri ini yang masih lemah dan memerlukan bimbingan dan juga sahabat-sahabat, sidang pembaca sekalian supaya kita berusaha untuk mengamalkan ilmu yang ada, bukanlah digelar seorang yang alim apabila ia mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Jadilah kita sepohon pokok yang rendang, daun yang lebar, dan buah yang manis, menjadi teduhan musafir lalu, memberi buahan yang manis, bukan seperti pohon yang kering dan menjadi sarang ular, lipan dan binatang berbisa.

Wallahu A’lam…


Nota Kaki;

1. Muhammad bin Abdul Wahab & Hasyiah Abdurrahman bin Muhammad bin Qasim Al-Hanbali, an-Najdi. Hasyiah Usul Thalathah. Cetakan pertama. وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد - المملكة العربية السعودية .

2. hadis ini dinilai shahih oleh al-Albani, Shahih Sunan at-Tirmidzi, Maktab at-Tarbiah al-Arabi, 1408 H, jil 2, hal 290, no: 1970

3. http://www.alwarraq.com

حلية الأولياء: أبو نُعيم الأصبهاني

4. Ibid.

5. Ibid.

6. Al-Mawardi, Adab ad-Dunya wa ad-Din, Dar Ihya’ at-Turath al-‘Arabi, hal;3, dinukil daripada wahid Abd as-salam Bali, Wiqayah al-Insan Min al-Jin Wa asy-Syaitan, Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut, Lubnan, t.th, hal: 220.


Rujukan:

1. Dr. Azwira bin Abdul Aziz ; 15 Asas Pembinaan Jati Diri Muslim. Maziza Sdn. Bhd.

2. Fariq Gasim Anuz.2005. Fiqh Nasehat. Darus Sunnah Press.

0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP