SYA'BAN SUDAH TIBA
Kamis, 15 Juli 2010
Sedar tidak sedar kita sudah berada di dalam bulan Sya’ban, saya sebenarnya juga tidak menyedari kedatangan bulan Sya’ban, Saya ingin berkongsi satu hadis daripada Nabi (s.a.w) :
فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
Yang Bermaksud : Saidatina ‘Aisyah (r.a) berkata : Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban (HR al-Bukhari)
Petikan hadis diatas menyatakan bahawasanya Rasulullah (s.a.w) berpuasa lebih banyak pada bulan Sya’ban berbanding bulan-bulan yang lain, dan juga menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan.
Dikesempatan ini saya mengajak dan menasihati diri saya, dan juga sahabat-sahabat pembaca blog, supaya kita membuat persediaan menghadapi bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan puasa di bulan Sya’ban, dan juga mengingatkan bahawa pada awal bulan Sya’ban inilah kita perlu memulakan puasa kerana apabila tiba di pertengahan Sya’ban baru kita nak mula berpuasa maka ia sudah terlambat dan tidak digalakkan sebagaimana yang kita dapati daripada Sabda Nabi (s.a.w) :
إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا
Yang Bermaksud : “Apabila tinggal separuh bulan Sya'ban janganlah kamu semua berpuasa sunat.” (HR at-Tirmidzi, katanya hadis ini hasan shahih)
Adalah kita sebagai umatnya tidaklah digalakkan untuk berpuasa selepas separuh terakhir di bulan Sya’ban ini kecuali mendqada’kan puasa.
Wallahu A’lam
Oleh Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele
0 ulasan:
Posting Komentar