Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

NIKAH : USIA YANG TERBAIK

Rabu, 22 September 2010


Nikah : Usia yang terbaik.

Nikah merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w : sebagaimana terdapat didalam hadis :

Dimana telah datang tiga kumpulan atau puak kerumah Isteri-isteri Nabi s.a.w, lantas bertanyakan tentang Ibadat Nabi s.a.w., apabila selesai diberitahu kepada mereka, seakan-akan mereka menyikitkan pekara tersebut (meanggap sedikit atau seumpamanya) lalu mereka berkata : “dimanakah kita sekiranya hendak dibandingkan dengan Nabi s.a.w, yang telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. Maka berkata salah seorang daripada mereka : “sesungguhnya saya akan bersolat malam selamanya”, dan berkata salah seorang yang lain : “sesungguhnya saya akan berpuasa selamanya dan tidak akan berbuka”, dan berkata salah seorang yang lain : “ saya menjauhi wanita dan tidak akan mengahwini wanita selama-lamanya” maka datang kepada mereka Nabi s.a.w dan menanya :” kamukah yang menyatakan ini dan ini (apa yang mereka sebutkan tadi)?” kemudian melanjutkan lagi :”Akulah orang yang paling takut daripada kamu semua kepada ALLAH s.w.t dan orang yang paling bertakwa daripada kamu semua kepada ALLAH s.a.w akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka dan aku solat aku juga masuk tidur dan aku juga mengahwini wanita’’ lantas baginda melafazkan perkataan ini :

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي


Yang bermaksud: Barangsiapa yang membenci sunnahku bukanlah dari kalangan (umat)ku. (HR Bukhari, Muslim dan yang lain)

Juga didalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub, Rasulullah s.a.w bersabda :

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاحُ


Yang bermaksud : 4 pekara yang merupakan Sunnah para Rasul, iaitu rasa malu, memakai wangian, bersiwak dan Nikah. (HR At-Tirmizi)


Jadi jelaslah bahawa berkahwin itu juga merupakan salah satu sunnah Nabi s.a.w yang dituntut.


Nikah itu Ibadat.


Dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Orang yang diberi rezeki oleh Allah SWT seorang isteri solehah bererti telah dibantu oleh Allah SWT pada separuh agamanya. Maka dia tinggal menyempurnakan separuh sisanya. (HR. Thabarani dan Al-Hakim 2/161).


Terdapat sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa Nikah itu adalah wajib[i] berdasarkan Hadis :


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ


Yang bermaksud : Wahai sekalian pemuda, barangsiapa dikalangan kamu yang mampu berkahwin maka kahwinlah!, kerana ia (kahwin) itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, dan barangsiapa yang tidak mampu maka berpuasalah, kerana ia dapat menahan (HR Bukhari dan Muslim)


Terdapat persoalan yang timbul hari ini apakah nikah di usia yang muda itu mempunyai manfaat dan mendatangkan kebaikan.


Kita melihat realiti remaja hari ini, apabila disebut remaja atau anak muda dapat kita simpulkan bahawa pada usia inilah semangat, kehendak dan keinginan bersifat aktif. Oleh sebab itulah diusia ini bermulah perbuatan sesuatu pekara dalam rangka yang serius, tidak kira dalam apa jua aktiviti contohnya seperti, sukan, permainan, kerja, permbelajaran, percintaan dan sebagainya dengan melihat kecenderungan individu. Dan apa yang hendak dikhususkan disini adalah aktiviti percintaan atau lebih umumnya hubungan illegal antara lelaki dan perempuan bukan mahram.


Pada ketika inilah remaja bersifat serius dalam mencari teman, itu hanya sebagai permulaan dan lanjutan daripada itu kita dapat lihat pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku, seperti zina, membuang bayi, keruntuhan rumah tangga, dan sebagainya, bahkan sehingga mengakibatkan pembunuhan.


Dalam islam penyelesaian daripada pekara tersebut adalah perkahwinan, dan pasangan membina cinta adalah selepas mendirikan rumah tangga. Dan kebenaran yang kita dapat lihat adalah kenikmatan datang dari cinta selepas mendirikan rumah tangga, inilah sebenar petunjuk islam, dan apa yang kita dapati dalam institusi keluarga junjungan besar Rasulullah s.a.w, dan para sahabat dan seterusnya.


Seterusnya kita melihat apakah manfaat berkahwin diusia yang muda:


· Dapat menjaga kehormatan diri.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الْأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ


Yang bermaksud: Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya (HR at-Tirmizi dia berkata hadis ini Hasan, An-Nasai, Ibn Majah, Ahmad, dan al-Hakim)


Daripada hadis tersebut dapat kita fahami bahawa seseorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatan diri akan mendapat pertolongan ALLAH s.w.t, dan dapat kita lihat hikmah perkahwinan disini adalah dapat menjaga kehormatan diri.




· Menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.


Daripada sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Wahai sekalian pemuda, barangsiapa dikalangan kamu yang mampu berkahwin maka kahwinlah!, kerana ia (kahwin) itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, dan barangsiapa yang tidak mampu maka berpuasalah, kerana ia dapat menahan (HR Bukhari dan Muslim)


Hadis ini ditujukan kepada “syabab” iaitu pemuda untuk berkahwin, atas dasar untuk menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Kita dapat lihat dalam muamalah seharian kita, untuk menundukkan pandangan amatlah sukar lebih-lebih lagi seseorang yang berjiwa muda, sedangkan menundukkan pandangan ini terdapat dalam firman ALLAH s.w.t. :



قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31)


Yang bermaksud: Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (30). Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki-lelaki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31). (Surah an-Nuur. 30-31).


Bagi lelaki yang beriman hendaklah menjaga pandangan, begitu juga wanita yang beriman, kebanyakan para ulama’ berpendapat diharamkan bagi wanita tidak menundukkan pandangan kepada selain suami mereka. (tafsir ibnu katsir).



· Lebih mudah menghasilkan anak yang dapat menyejukkan jiwa[ii].


Allah Ta'ala berfirman,



وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ


Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (QS. Al Furqon: 74)


Isteri dan anak adalah penyejuk hati. Oleh kerana itu, Allah -subhanahu wa ta'ala- menjanjikan dan mengkhabarkan bahawa menikah dapat membuat jiwa semakin tenteram. Dengan menikah seorang pemuda akan merasakan ketenangan, oleh kerananya ia pun bersegera untuk menikah.



هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ


Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (QS. Al Furqon: 74)


Demikian pula dengan anak. Allah pun mengabarkan bahwa anak adalah separuh dari perhiasan dunia sebagaimana firman-Nya,



الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا


Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (QS. Al Kahfi: 46)


Anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Setiap manusia pasti menginginkan perhiasan yang menyejukkan pandangan. Sebagaimana manusia pun begitu suka mencari harta, ia pun senang jika mendapatkan anak. Karena anak sama halnya dengan harta dunia, yaitu sebagai perhiasan kehidupan dunia. Inilah faedah memiliki anak dalam kehidupan dunia.


Sedangkan untuk kehidupan akhirat, anak yang sholih akan terus memberikan manfaat kepada kedua orang tuanya, sebagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث علم ينتفع به ، أو صدقة جارية ، أو ولد صالح يدعو له


Jika manusia itu mati, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara: [1] ilmu yang bermanfaat, [2] sedekah jariyah, dan [3] anak sholih yang selalu mendoakannya.”1


Hal ini menunjukkan bahwa anak memberikan faedah yang besar dalam kehidupan dunia dan nanti setelah kematian.


· Faedah kedua: Bersegera nikah akan mudah memperbanyak umat ini[iii]


Faedah lainnya, bersegera menikah juga lebih mudah memperbanyak anak, sehingga umat Islam pun akan bertambah banyak. Oleh karena itu, setiap manusia dituntut untuk bekerjasama dalam nikah membentuk masyarakat Islami. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



تزوجوا فإني مكاثر بكم يوم القيامة


Menikahlah kalian. Kerana aku begitu bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat.2 Atau sebagaimana sabda beliau shallallahu 'alaihi wa sallam.

Intinya, bersegera menikah memiliki manfaat dan dampak yang luar biasa.



[i] H. Ahmad Sarwat, Lc. nd. Fiqh Nikah e-book. Retrieved from 4Shared.

[ii] Syeikh Shalih Bin Fauzan Bin Abdillah al- Fauzan (Hafizohullah), sahib.net dipetik dari, Muhammad Abduh Tuasikal, (2010), Faedah Menikah di Usia Muda, diambil pada 3i Mei 2010 dari http://rumaysho.com .

[iii] Ibid



OLEH : ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE

0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP