Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

RIBA DAN JUDI DALAM PERNIAGAAN

Selasa, 01 November 2011

InsyaALLAH pada kali ini saya berhasrat untuk berkongsi satu peringatan yang saya kira perkara ini sudah pun dimaklumi oleh umat islam. Oleh kerana manusia itu sering alpa dan acap kali lalai, perlulah sentiasa diperingati. Pekara yang saya ingin bincangkan disini adalah mengenai satu pekara yang berkaitan cara untuk mendapatkan harta, atau lebih khusus lagi ada untuk mencari duit.


Baru-baru ini saya mendengar satu promosi dari satu syarikat untuk menyertai mereka, ia kalau dilihat hampir sama dengan Multi Level Marketing (MLM). Saya tidak dapat untuk menjelaskan secara rinci mengenai syarikat tersebut. Dan saya lebih selesa untuk tidak meberitahu apa nama syarikat tersebut, cuma beberapa ciri penting yang perlu diteliti oleh umat islam sebelum terlibat dalam apa-apa jenis perniagaan atau syarikat. Pekara yang saya dapat lihat dari perniagaan tersebut adalah :


1- Ia mencari individu yang berminat menyertai perniagaan tersebut.


2- Perniagaan tersebut tidak ada aset untuk dijual, Cuma perlu menyimpan duit.


3- Apa yang saya lihat ia lebih dekat dengan bermain saham.


4- Duit yang disimpan akan berkembang dalam tempoh tertentu dengan nilai yang telah dijanjikan dan ditetapkan.


5- Individu yang menyimpan bebas menggunakan duit tersebut.


Untuk pengetahuan pembaca dalam bidang muamalat terdapat 3 isu utama yang sangat memberi impak terutama dari sudut fiqh mu’amalah , iaitu : Riba, Gharar (ketidak pastian) dan Maisir (perjudian). Jadi dalam apa-apa perbahasan dalam aspek muamalah perlulah berlandaskan syariat dan bebas dari 3 aspek tersebut.


Dengan melihat kepada perkara-perkara yang saya senaraikan tadi terdapat 2 isu besar yang nyata dalam perniagaan tersebut. Iaitu isu riba dan isu maisir. Riba berlaku apabila dalam transaksi tersebut telah menjanjikan apa-apa pulangan lebihan yang telah ditetapkan nilai dan masa permberian semasa akad dijalankan. Keharaman riba jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadis.


Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275 :


الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا


Yang bermaksud : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, sedangkan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.


Juga Firman-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 278 – 279 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ (279)


Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (278). Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan saki baki riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka hak kamu (ialah) pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (279).


Diriwayatkan oleh imam Muslim dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu bahwa ia menceritakan:


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ


Rasulullah melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba, dua orang saksinya, semuanya sama saja.


Diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dari Samurah bin Jundub radhiyallahu ‘anhu bahwa ia menceritakan: Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:


رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ رَجُلَيْنِ أَتَيَانِي فَأَخْرَجَانِي إِلَى أَرْضٍ مُقَدَّسَةٍ فَانْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا عَلَى نَهَرٍ مِنْ دَمٍ فِيهِ رَجُلٌ قَائِمٌ وَعَلَى وَسَطِ النَّهَرِ رَجُلٌ بَيْنَ يَدَيْهِ حِجَارَةٌ فَأَقْبَلَ الرَّجُلُ الَّذِي فِي النَّهَرِ فَإِذَا أَرَادَ الرَّجُلُ أَنْ يَخْرُجَ رَمَى الرَّجُلُ بِحَجَرٍ فِي فِيهِ فَرَدَّهُ حَيْثُ كَانَ فَجَعَلَ كُلَّمَا جَاءَ لِيَخْرُجَ رَمَى فِي فِيهِ بِحَجَرٍ فَيَرْجِعُ كَمَا كَانَ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ الَّذِي رَأَيْتَهُ فِي النَّهَرِ آكِلُ الرِّبَا


Tadi malam aku melihat dua orang lelaki, lalu keduanya mengajakku pergi ke sebuah tanah yang disucikan. Kamipun berangkat sehingga sampai ke satu sungai yang berair darah. Di situ terdapat seorang lelaki sedang berdiri. Di tengah sungai terdapat seorang lelaki lain yang menaruh batu di hadapannya. Ia menghadap ke arah lelaki yang ada di sungai. Kalau lelaki di sungai itu mau keluar, ia melemparnya dengan batu sehingga terpaksa lelaki itu kembali ke dalam sungai darah. Demikianlah seterusnya setiap kali lelaki itu hendak keluar, lelaki yang di pinggir sungai melempar batu ke mulutnya sehingga ia terpaksa kembali lagi seperti semula. Aku bertanya: “Apa ini?” Salah seorang lelaki yang bersamaku menjawab: “Yang engkau lihat dalam sungai darah itu adalah pemakan riba.


Isu kedua adalah isu maisir ataupun perjudian. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 219 :


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (219)


Yang bermaksud : “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,


Juga jelas pengharaman judi dalam surah al-Ma’idah ayat 90 – 91 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)


Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung. (90). Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (91)


Jadi apabila telah jelas bahawa pekara itu adalah judi ataupun berlakunya riba hendaklah menjauhkan diri dari perkara tersebut. Mahukah kita memberi makan diri kita, anak-anak dan isteri dari sumber yang haram. semoga diri kita dipelihara dari pekara tersebut.


Wallahu a’lam


OLEH : ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE

1 ulasan:

My-CA 26 Desember 2016 pukul 10.15  

Jual beli bukanlah riba selagi mana mana2 pembeli bersetuju dgn barangan yg dijual oieh peniaga (meskipun MLM). Ini antara intisari utama sebagai peringatanNya agar kita ingat, apa jua sistem jual beli bukanlah riba.

Sebenar2 riba itu, menjual sesuatu dgn sesuatu yg sama SELAIN dari haiwan. Atau kita kenali dgn nama sistem barter benda yg sama yg bukan haiwan.

Katakanlah epal gred A ditukar dgn epal gred C, jika 10 epal gred A yg ditukar dgn 20 epal gred C pada saiz yg sama, maka itulah riba. Mereka2 yg menjual beli matawang TERMASUK dalam kategori JELAS RIBA.

Adapun sesuatu jual beli yg melibatkan matawang dan BENDA JUALAN, itu bukanlah riba. Cumanya, kita perlu sedar, matawang yg kita gunakan itu antara makna debu2 riba.

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP