Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

Ayuh 2 Program terdekat!!!

Selasa, 29 November 2011

1) Hari Khamis, 9 a.m, Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam



2)Hari Khamis, 8.30 p.m, Balai Ilmu APIUM



SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!

Read more...

TADABBUR SURAH AL-'ASHR

Senin, 14 November 2011




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3






وَالْعَصْرِ (1

Yang bermaksud : “Demi Masa (1)” (Surah al-‘Ashr : 1)

Wau dalam ayat pertama surah al-Ashr ini adalah huruf sumpah (حرف القسم) kerana itu apabila dilihat dalam kebanyakan terjemahan al-Quran dalam menterjemah ayat ini disebut “demi masa”, antara tanda untuk mengenali wa(و) ini adalah huruf sumpah, pertama ia datang sebelum ism iaitu kata nama, dan kata nama tersebut kemudiannya berbaris bawah pada huruf akhirnya. Ini kerana huruf sumpah membuatkan kata nama menjadi majrur dalam bahasa arab.

Apa yang dimaksudkan oleh Al-Ashr pula adalah zaman (tempoh waktu) yang berlalu padanya pergerakan (aktiviti) manusia, dan makna ini yang lebih masyhur [i]. Persoalannya, Mengapa bersumpah dengan masa?, menurut tafsir al-Baghawi, ada pendapat yang mengatakan ia sebagai I’tibar (pengajaran) bagi orang yang melihat (memerhati)[ii].

Begitu juga terdapat banyak ayat di dalam al-Quran berbentuk qasam seperti wad Dhuhaa, wal Lail, was Samaa’ wath Thariq dan sebagainya. Persoalan mengapa Allah bersumpah dengan semua itu adalah dibawah pengetahuan Allah, dan semua itu ada I’tibar bagi mereka yang menghayati. Wallahu A’lam

Allah ta’ala bersumpah dengan masa adalah untuk menunjukkan bahawa manusia itu berada dalam kerugian. Firman-Nya :

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2


Yang bermaksud : “Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2)” (Surah al-‘Ashr : 1-2)


Dalam ayat diatas jelas menunjukkan bahawa manusia benar-benar dalam kerugian. Sesungguhnya seluruh manusia berada di dalam kerugian dan kecelakaan, kemudian selepas ayat tersebut datang pengecualian, firman Allah s.w.t :

إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Yang bermaksud : “kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Kecuali orang-orang yang beriman.

Ini adalah satu pengecualian yang amat besar, maka termasuklah orang-orang yang berada dalam kerugian mereka-mereka yang tidak beriman iaitu orang-orang kafir, orang-orang yang mensyirikkan Allah, orang-orang munafik, orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya, juga mereka yang tidak mengimani kitab-kita Allah, hari kiamat dan pekara-pekara yang berlaku pada hari tersebut, orang yang menafikan pekara ghaib, malaikat, juga mereka yang menafikan qada’ dan qadar Allah s.w.t. kerana tuntutan ini jelas di dalam al-Quran mahupun al-Hadis.


Firman Allah s.w.t :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نزلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا (136


Yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa’ : 136)


Firman Allah s.w.t :


الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5

Yang bermaksud : “Alif Laam Miim. (1). Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (2). (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,(3). dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (5).” (Surah al-Baqarah : 1-5)



Dan banyak ayat al-Quran yang membincangkan tentang keimanan, yang mana setiap individu hendaklah beriman kepada semua itu tanpa meninggalkan satupun. Antara hadis yang masyhur menjelaskan apakah yang wajib diimani oleh seseorang adalah di dalam hadis jibril, yang mana malaikat Jibril a.s bertanyakan apakah itu iman, maka Nabi s.a.w menjawab dengan sabdanya :



أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Yang bermaksud : “adalah kamu beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Para Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan-Nya baik mahupun buruk” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan mereka yang beramal Soleh

Lalu datang satu pengecualian yang seterusnya, iaitu orang yang beramal shalih, maka termasuklah orang-orang yang berada di dalam kerugian dan kecelakaan, Ahli bid’ah, ahli ahwa, ahli maksiat, orang-orang fasik, orang yang zhalim dan sebagainya. Hendaklah mereka menjadi orang yang melakukan kewajipan, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di dalam bulan Ramadan, menunaikan haji bagi yang mampu, juga mereka yang menyintai melakukan amal kebaikan, melakukan amalan sunat, tidak menyakiti manusia, keluarga, jiran tetangga, binatang mahupun tumbuhan.

Mereka yang beramal soleh adalah orang yang layak mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. selagi mana mereka beriman dan tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :


فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110

Yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi : 110)

Yang dimaksudkan dengan “mengharap perjumpaan dengan Tuhannya” adalah pahala-Nya, dan balasan baik daripadaNya, hendaklah dia beramal soleh selagimana bertepatan dengan syara’, dan tidak mensyirikkan Allah. sebenarnya dua pekara inilah merupakan syarat diterimanya amal perbuatan seseorang itu, iaitu Ikhlas semata-mata kerana Allah (tidak mempersekutukan Allah dalam beribadah), dan bertepatan dengan syariat (petunjuk, pent) Rasulullah s.a.w.[iii]

Nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran

Setelah individu itu melepasi dua syarat berikut, maka hendaklah dia menjalankan tanggungjawabnya iaitu menyeru, berdakwah dan saling nasihat-menasihati. Tidaklah ada nasihat kecuali mengajak dan mengajarkan kebenaran. Inilah juga asas tanggungjawab sesama manusia.

Firman Allah s.w.t :


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (Surah Ali ‘Imran : 110)


Juga firman Allah s.w.t :


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104

Yang bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran : 104)


Sabda Nabi s.a.w :


الدِّينُ النَّصِيحَةُ

Yang bermaksud : “Agama itu adalah nasihat” (Hadis riwayat Muslim)

Nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.

Seterusnya hendaklah saling berpesan antara sesama manusia agar bersabar dan sentiasa menetapi kesabaran. Kerana dalam menjalani hidup sebagai seorang mu’min juga dalam ranjau menyampaikan kebenaran disitu ada halangan dan onak duri, maka ambillah sikap bersabar.

Firman Allah s.w.t :


يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ (17

Yang bermaksud : “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman : 17)

Berdasarkan firman Allah inilah dapat kita simpulkan bahawa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga bersabar atas kesakitan yang menimpa adalah termasuk perkara-perkara yang wajib[iv].

Orang yang bersabar juga mempunyai kelebihan, seperti firman Allah s.w.t :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (153

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.” (surah al-Baqarah: 153)

Didalam sebuah hadis, Nabi s.a.w menyebut bahawa sabar ini merupakan (ibarat) sinar cahaya :


وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ

Yang bermaksud : ”kesabaran itu merupakan sinar” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaklah seorang mu’min itu jika dia berhadapan dengan musibah dan ujian supaya bersabar, dan saling pesan berpesanlah agar bersabar, dan melazimi kesabaran.

Sabda Nabi s.a.w :


عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Yang bermaksud : “Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan),diapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran – yakni bencana – diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Maka tidaklah gugur satupun dari pengecualian yang disebutkan diatas untuk menjadi golongan yang terkeluar dari kerugian dan kecelakaan. Maka hendaklah kita berusaha untuk menyelamatkan diri kita daripada perkara tersebut.

Untaian Mutiara Kefahaman

Berkata Imam asy-Syafi’e berkenaan surah ini :


لو ما أنزل الله حجة على خلقه إلا هذه السورة لكفتهم

Yang bermaksud : ”Sekiranya Allah tidak menurunkan satu hujah pun keatas makhluknya kecuali surah ini (Surah al-Ashr) nescaya mencukupi bagi mereka”[v].

Syeikh Muhammad at-Tamimi menjelaskan kefahamannya terhadap surah ini, di dalam karangannya Ushul ath-Thalthah ataupun Thalathatil Ushul[vi], beliau menukilkan :

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada anda. Ketahuilah, bahwa wajib bagi kita untuk mendalami empat masalah, yaitu :

· Ilmu, ialah mengenal Allah, mengenal Nabi-Nya dan mengenal agama Islam berdasarkan dalil-dalil.

· Amal, ialah menerapkan ilmu ini.

· Da'wah, ialah mengajak orang lain kepada ilmu ini.

· Sabar, ialah tabah dan tangguh menghadapi segala rintangan dalam menuntut ilmu, mengamalkannya dan berda'wah kepadanya.

Dalilnya, firman Allah Ta'ala :

Yang bermaksud : “Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (3)” (Surah al-‘Ashr : 1-3)

Keterangan[vii] :


Ilmu : Berdasarkan firman Allah yang bermaksud : ”kecuali orang-orang yang beriman...”. termasuklah dalam konteks iman itu apa-apa yang berkaitan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti Aqidah yang benar dan Ilmu yang bermanfaat.


Amal : Mengerjakan amal soleh adalah setiap perkataan perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, yang mana individu yang mengerjakan itu hendaklah mengikhlaskan diri kerana Allah dan ittiba’ kepada Rasulullah.


Da’wah : Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ”...Nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran” iaitu saling berpesan supaya melakukan pekara kebaikan serta memberi galakan dan dorongan.


Sabar : Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ”... Nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” iaitu berpesan sebahagian mereka dengan yang lain supaya bersabar dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya juga dalam menanggung segala ketentuan Allah.




Tulisan : Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele





[i] Ibn. Kathir, Ismail bin Umar. (1999). Tafsir Al-Quran al-‘Azhim. Riyadh : Dar Ath-Thoyyibah. j. 8, h. 480.
[ii] Al-Baghawi, Abu Muhammad, Al-Husain bin Mas’ud. (2002). Ma’alim at-Tanziil. Beirut : Dar Ibn Hazm. h. 1431.
[iii] Ibn Kathir. Op. cit. j. 5, h. 205.
[iv] Al-Baghawi. Op. cit. h. 1013.
[v] At-Tamimi, Muhammad bin Abdul Wahab. (t.t.). Al-Usul al-thalathah wa adillatuha. Riyadh : Madar Al-Watan. h. 2.
[vi] Ibid.
[vii] Diolah oleh penulis dengan merujuk : Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. (2001). Syarah Usul Thalathah li Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahab. Al-Iskandariah : Dar Al-Iman. h. 26.

Read more...

RIBA DAN JUDI DALAM PERNIAGAAN

Selasa, 01 November 2011

InsyaALLAH pada kali ini saya berhasrat untuk berkongsi satu peringatan yang saya kira perkara ini sudah pun dimaklumi oleh umat islam. Oleh kerana manusia itu sering alpa dan acap kali lalai, perlulah sentiasa diperingati. Pekara yang saya ingin bincangkan disini adalah mengenai satu pekara yang berkaitan cara untuk mendapatkan harta, atau lebih khusus lagi ada untuk mencari duit.


Baru-baru ini saya mendengar satu promosi dari satu syarikat untuk menyertai mereka, ia kalau dilihat hampir sama dengan Multi Level Marketing (MLM). Saya tidak dapat untuk menjelaskan secara rinci mengenai syarikat tersebut. Dan saya lebih selesa untuk tidak meberitahu apa nama syarikat tersebut, cuma beberapa ciri penting yang perlu diteliti oleh umat islam sebelum terlibat dalam apa-apa jenis perniagaan atau syarikat. Pekara yang saya dapat lihat dari perniagaan tersebut adalah :


1- Ia mencari individu yang berminat menyertai perniagaan tersebut.


2- Perniagaan tersebut tidak ada aset untuk dijual, Cuma perlu menyimpan duit.


3- Apa yang saya lihat ia lebih dekat dengan bermain saham.


4- Duit yang disimpan akan berkembang dalam tempoh tertentu dengan nilai yang telah dijanjikan dan ditetapkan.


5- Individu yang menyimpan bebas menggunakan duit tersebut.


Untuk pengetahuan pembaca dalam bidang muamalat terdapat 3 isu utama yang sangat memberi impak terutama dari sudut fiqh mu’amalah , iaitu : Riba, Gharar (ketidak pastian) dan Maisir (perjudian). Jadi dalam apa-apa perbahasan dalam aspek muamalah perlulah berlandaskan syariat dan bebas dari 3 aspek tersebut.


Dengan melihat kepada perkara-perkara yang saya senaraikan tadi terdapat 2 isu besar yang nyata dalam perniagaan tersebut. Iaitu isu riba dan isu maisir. Riba berlaku apabila dalam transaksi tersebut telah menjanjikan apa-apa pulangan lebihan yang telah ditetapkan nilai dan masa permberian semasa akad dijalankan. Keharaman riba jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadis.


Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275 :


الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا


Yang bermaksud : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, sedangkan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.


Juga Firman-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 278 – 279 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ (279)


Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (278). Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan saki baki riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka hak kamu (ialah) pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (279).


Diriwayatkan oleh imam Muslim dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu bahwa ia menceritakan:


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ


Rasulullah melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba, dua orang saksinya, semuanya sama saja.


Diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dari Samurah bin Jundub radhiyallahu ‘anhu bahwa ia menceritakan: Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:


رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ رَجُلَيْنِ أَتَيَانِي فَأَخْرَجَانِي إِلَى أَرْضٍ مُقَدَّسَةٍ فَانْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا عَلَى نَهَرٍ مِنْ دَمٍ فِيهِ رَجُلٌ قَائِمٌ وَعَلَى وَسَطِ النَّهَرِ رَجُلٌ بَيْنَ يَدَيْهِ حِجَارَةٌ فَأَقْبَلَ الرَّجُلُ الَّذِي فِي النَّهَرِ فَإِذَا أَرَادَ الرَّجُلُ أَنْ يَخْرُجَ رَمَى الرَّجُلُ بِحَجَرٍ فِي فِيهِ فَرَدَّهُ حَيْثُ كَانَ فَجَعَلَ كُلَّمَا جَاءَ لِيَخْرُجَ رَمَى فِي فِيهِ بِحَجَرٍ فَيَرْجِعُ كَمَا كَانَ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ الَّذِي رَأَيْتَهُ فِي النَّهَرِ آكِلُ الرِّبَا


Tadi malam aku melihat dua orang lelaki, lalu keduanya mengajakku pergi ke sebuah tanah yang disucikan. Kamipun berangkat sehingga sampai ke satu sungai yang berair darah. Di situ terdapat seorang lelaki sedang berdiri. Di tengah sungai terdapat seorang lelaki lain yang menaruh batu di hadapannya. Ia menghadap ke arah lelaki yang ada di sungai. Kalau lelaki di sungai itu mau keluar, ia melemparnya dengan batu sehingga terpaksa lelaki itu kembali ke dalam sungai darah. Demikianlah seterusnya setiap kali lelaki itu hendak keluar, lelaki yang di pinggir sungai melempar batu ke mulutnya sehingga ia terpaksa kembali lagi seperti semula. Aku bertanya: “Apa ini?” Salah seorang lelaki yang bersamaku menjawab: “Yang engkau lihat dalam sungai darah itu adalah pemakan riba.


Isu kedua adalah isu maisir ataupun perjudian. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 219 :


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (219)


Yang bermaksud : “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,


Juga jelas pengharaman judi dalam surah al-Ma’idah ayat 90 – 91 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)


Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung. (90). Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (91)


Jadi apabila telah jelas bahawa pekara itu adalah judi ataupun berlakunya riba hendaklah menjauhkan diri dari perkara tersebut. Mahukah kita memberi makan diri kita, anak-anak dan isteri dari sumber yang haram. semoga diri kita dipelihara dari pekara tersebut.


Wallahu a’lam


OLEH : ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE

Read more...

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP