Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

TAWARAN KEEMASAN...REBUTLAH!!!

Kamis, 10 September 2009



Sedar tak sedar kita sudah masuk malam sepuluh akhir bulan Ramadan, laju sungguh berlalunya bulan tarbiyah ini, adakah kita merasakan diri kita sudah mencapai darjat taqwa, atau paling kurang kita dapat menjadi lebih baik dari bulan-bulan atau hari-hari sebelum ini, tapi jikalau kita merasa masih kurang, AYUH!!!! Sahut seruan ini, kita rebut PELUANG KEEMASAN ini, iaitu malam LAILATUL QADAR, nak tahu mengapa???? Baca keterangan dibawah ini:

Firman ALLAH didalam Al-Furqan:

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)

Maksudnya:
sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatul qadar (1) apakah kamu tahu apakah itu malam lailatul qadar? (2) malam lailatul qadar adalah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (3) pada malam itu turun para malaikat dan ruh (jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan (4) sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar (5)

(surah Al-Qadr 1-5)

Sabda Rasulullah s.a.w:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya:

“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya

“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.”

(Riwayat al-Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun [1]

Juga kita rujuk hadith ini: Daripada Aisyah r.a katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan ikatan kainnya.”

(Riwayat Muslim)

Adapun berbeza pendapat ulama’ dalam erti kata (وَشَدَّ الْمِئْزَرَ) kerana ada pendapat mengatakan maksudnya ialah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat dengan menambah ibadat lebih dari biasa dan ada pendapat mengatakan ianya adalah kinayah yang menunjukkan Baginda beruzlah dari isteri-isterinya kerana sibuk beribadat. [2]

Maka kesimpulan yang dapat saya kongsi disini ialah:

Pertamanya kita tadabbur Surah Al-Qadr:

1- Allah memberitahukan bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh keberkatan. Allah Ta'ala berfirman :
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati."(Ad-Dukhaan: 3)

Dan malam itu berada di bulan Ramadan, sebagaimana firman Allah Ta 'ala :
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. "(Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata :
"Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sesuai dengan berbagai peristiwa selama 23 tahun."

2- Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta 'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, [3] sebagaimana firman Allah :
"Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. " (Ad-Dukhaan: 4).

3- Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim:
"Dan tahukah kama apakah Lailatul Qadar itu?" ( Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)

4- Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya:
"Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. "

Maksudnya, beribadah di malam itu dengan melakukan ketaatan, solat, membaca, zikir dan do'a sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar.
Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.

5- Lalu Allah memberitahukan keutamaan malam lailatul qadr yang lain, iaitu berkatnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah. Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya :
"Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kecacatan ataupun “kejelekan” di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.

6- Dalam hadith shahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda :
"Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Seterusnya kita lihat beberapa hadith yang menunjukkan waktu berlakunya malam lailatul qadr iaitu pada malam sepuluh akhir di bulan ramadhan, dan Rasulullah juga melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh daripada biasa apabila tibanya malam sepuluh akhir ini, ayuh kita rujuk juga bagaimana panduan Rasulullah beribadat ketika malam sepuluh yang terakhir ini antaranya Baginda s.a.w melakukan iktikaf di masjid, dan sebagainya. Dan mengamalkan doa-doa seperti dalam hadith :

Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya:
"Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Beliau menjawab, katakanlah :

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadits hasan shahih).

Marilah wahai sahabat-sahabat untuk tingkatkan usaha pada waktu keemasan ini yang mana kita tidak tahu apakah dapat untuk kita capainya pada masa akan datang, Ya ALLAH sampaikanlah kami kepada Ramadan yang akan datang.

Wallahu a’lam

----------------------------------------

1- Al-Majmu’, 6/450

2- Syarh AnNawawi ‘ala Muslim 4/208

3- Tafsir Fakhru Al-Radzi, 14/241

0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP