Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

LAUTAN & SYUKUR

Kamis, 03 September 2009




Lama sudah saya tidak melihat laut, kira-kira 5 bulan saya tidak merasakan dingin anginan pantai, melihat birunya air yang berombak, juga saya suka melihat kadang-kadang para pelancong datang dengan membawa keluarga untuk berkelah, mandi-manda, menenangkan stress bagi mereka yang duduk di Bandar, bagi yang membawa keluarga diwaktu inilah mereka mahu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Rutin yang begini memang baik, dan satu pendekatan yang bagus diambil oleh manusia.

tetapi jarang kelihatan mereka mentadaburi ciptaan ALLAH ini, laut yang begitu luas, di dalamnya penuh khazanah yang masih tidak dapat diselongkar, masih banyak lagi misteri yang tersembunyi, begitu luasnya ciptaan ALLAH yang Maha Agung. Kalau saya tiba di pantai pekara yang saya paling nak lakukan ialah membasahkan tangan atau kaki dengan air tersebut, terasa begitu lembutnya makhluk ALLAH yang bernama air ini, juga saya suka melihat kapal-kapal nelayan yang pulang setelah penat lelah mencari rezeki di tengah laut yang luas dan mencabar.

Dalam ku menghayati keindahan penciptaan laut, ku terjumpa ayat yang telah lama termaktub dan sentiasa berada hampir dangan manusia yang bergelar muslim, mengapa selama 20 tahun saya hidup tidak pernah kujumpa ayat ini, ayat itu adalah surat cinta dari Tuhan yang Maha Pengasih, bermaksud:

"Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (an-Nahl: 14)

Ketahuilah sahabat-sahabat, selama ini ALLAH menundukkan lautan supaya kita yang bergelar hamba dapat, mencari rezeki, memanfaatkannya, dan mencari keuntungan, dan hendaklah kita bersyukur, tidak cukupkah ALLAH telah menunjukkan i’tibar yang besar dimana tenggelamnya kaum Nabi Nuh a.s, tak cukupkah kita tergamam setelah ALLAH memerintahkan laut menghancurkan sebahagian besar Negara-negara di asia dengan peristiwa Tsunami. Wahai sahabatku jadilah hamba yang bersyukur atas manfaat yang kita kecapi selama ini kerana ALLAH telah menundukkan lautan, kerana itu kita dapat berkhelah, menenangkan fikiran, mandi-manda, belayar, bersukan laut, memancing dan mencari rezeki.

Wallahu a’lam


0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP