Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

QATAR : SAND DUNES & SINGING DUNES

Senin, 31 Mei 2010


21 May 2010

Sands Dune :

Setelah hampir 2 minggu di Qatar saya tak sangka ada perancangan dari saudara senegara (Malaysia) untuk membawa kami ekspedisi ke Sand Dune. Sebenarnya saya tak tahu pun nak buat ekspedisi, sebab itu pakaian saya ala-ala lelaki melayu sejati.


SEBAHAGIAN KERETA 4x4 YANG TERLIBAT


10 buah kereta 4x4 (macam ada BMW, Mitsubishi, Land Cruiser, Jeep, dll) yang terlibat dalam ekspedisi tersebut, bersama pemandu yang berpengalaman meredah gurun pasir. Saya tidak menyangka pelajar daripada UIAM terlibat bersama kami. Anggaran orang yang pergi kalau tak silap 15 0rang (UM), 22 Orang (UIAM), 15 orang pemandu dan lain-lain… mencecah 42 orang kalau tak silap.



PELAJAR UM, ABAH & UMMI (ANGKAT)

Saya menaiki kereta mitshubishi yang dipandu oleh Abang Qamaruddin, meredah gurun pasir yang panas, jalan pasir yang lembut dan ceroi, mendaki bukit pasir, menuruni curam yang tinggi yang amat memerlukan kereta yang berkuasa tinggi, tayar yang lebar dan pemandu yang cekap dan berpengalaman.


ABANG QAMARUDDIN DAN KERETANYA

Memang tidak dinafikan sepanjang perjalanan terdapat kereta yang lekat, ada yang kena tolak kereta tengah-tengah panas, ada kereta yang kena tarik, ada kereta yang tidak dapat menaiki bukit, banyak kereta banyak ragam, yang amat memerlukan team work dan kesefahaman. Kereta yang saya naiki juga lekat sekali di lereng bukit yang pasirnya jerlus dan lembut. Nyaris nak terbalik kereta kami.

TURUN BUKIT CURAM


Setelah meredah gurun yang begitu mencabar sambil bergambar kira-kira hampir 2 jam, akhirnya kami tiba di destinasi, di tepi laut yang bersempadan dengan Tanah Arab Saudi. Apa lagi terjun laaa. Kerana kepanasan yang teramat sangat, kami anak-anak muda berkubang dalam laut sampai waktu nak balik.


BERKUBANG!!!


Kami berpiknik dipantai dalam cuaca yang suhunya kira-kira 52 darjah Celsius. Memang tak ada kerja. Kami bersolat jumaat ditepi pantai ditengah gurun yang diimami oleh Ustaz yang mengiringi pelajar UIAM. Selesai berpiknik, mkn tengahari dan mandi-manda kami pun berangkat pulang, kali ini kami ikut jalan padang pasir yang tidak ekstrem dan merbahaya, senang cerita kami ikut jalan mudah. Berlalulah satu ekspedisi di Sands Dune yang membina pengalaman, meluaskan pemandangan, mencipta memori, memahat peringatan dan Ibrah, serta memenatkan.


28 MAY 2010

Singing Dune


SINGING DUNES

Setelah selesai menunaikan solat jumaat kami berangkat ke rumah Abang Yusri, untuk makan tengahhari dan membuat persediaan untuk ke Singing Dune, satu lagi kawasan padang pasir yang menarik. Selepas solat Asar kami pun bertolak.

Kali ini perjalanan yang melibatkan 6 buah kereta 4x4. Apa yang istimewanya padang pasir ini adalah kerana ia boleh berbunyi apabila kita berjalan dan bergelungsur. Akhirnya kami tiba di destinasi yang mana perjalanannya tidak mencabar seperti Sand Dune. Kami memilih bukit pasir yang paling tinggi untuk bergelungsur.

Sampainya kami disitu terus kami mendaki bukit pasir tersebut yang pada mulanya disangka rendah dan mudah. Rupanya baru sampai 1/3 bukit kami sudah penat dan keletihan. sampai 1/2 bukit kami pun mengelungsur ingin mendengar bunyi yang terhasil, bunyi yang terhasil memang kuat dan menakjubkan.



AH! PENAT...

AKHIRNYA...

Kami menggelungsur sampai ke bawah bukit, dan untuk mendakinya kali kedua adalah satu cabaran yang begitu sukar kerana telah kepenatan, namun kami gagahkan mendaki hingga kepuncak, ada yang termuntah, pening dan sebagainya. Dah sampai kat atas mestilah bergambar. Setelah penat bergambar kami pun bergelungsur turun berama-ramai, macam bunyi kapal terbang yang dihasilkan oleh bukit tersebut memang menakjubkan.



BERGAMBAR SAKAN


Kami pun makan malam disitu dan solat maghrib. Lalu bertolak pulang. Apa yang istimewanya singing dune ini adalah kerana tidak semua padang pasir yang boleh menghasilkan bunyi seperti ini. Hanya terdapat beberapa tempat sahaja. Sungguh menarik dan menyeronokkan.


OLEH; ABU ZAID MUHAMMAD IKHLAS BIN ROSELE


0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP