Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

MENELUSURI BULAN TARBIYAH

Senin, 31 Agustus 2009



Tatkala kita mengharungi bulan Ramadan yang penuh keberkatan,,, sedar ataupun tak sedar sebenarnya kita sedang ditarbiyah oleh ALLAH, dalam kita menahan lapar dan dahaga, menghindarkan diri dari maksiat, menghalang kehendak nafsu yang mengajak membuat kemungkaran, dan kita sedang dinilai oleh Pencipta kita, ketahuilah sebaik-baik tarbiyah tarbiyah adalah tarbiyah dari ALLAH dengan ujian dan musibah, terdapat dalam firman ALLAH yang menyatakan bahawa setiap orang beriman akan diuji :

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)( سورة العنكبوت:1-3)
Maksudnya: Alif lamm miim, adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan kami beriman, sedang mereka tidak diuji? , dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut 1-3)

Ramadan madrasah tarbiyah adalah slogan yang biasa didengari, dan begitu sinonim bagi kita untuk meningkatkan amal ibadah , dan ketahuilah setiap kebaikan biasanya akan dibalas dengan pahala dan setiap pahala akan diganda sepuluh semisalnya, tetapi puasa ini ganjarannya bukan sekadar sepuluh tetapi ganjaran puasa adalah lebih besar dan tidak kita ketahui, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, dalam satu hadis Qudsi:

الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Maksudnya: berpuasa untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjaran atas puasa tersebut.(riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)

Tetapi persoalannya masih ramai orang yang mengaku diri mereka berpuasa tetapi tidak hakikatnya mereka hanya menahan lapar dan dahaga, seperti sabda Rasulullah s.a.w:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ
Maksudnya: betapa ramai orang yang berpuasa, tidak dapat begi mereka dengan puasa itu selain lapar.(hadis riwayat Ibn Majah, Ahmad)

Malangnya masih ada sesetengah pihak yang tida dapat meninggalkan sikap mereka yang tidak habis-habis mengutuk, mencaci, membuka aib, dan merendah-rendahkan orang tertentu, mereka tidak menjadikan bulan ini untuk mentarbiyah diri mereka dari sikap seperti itu, walaupun mereka merasakan perbuatan pekara itu kecil tetapi hakikatnya perbuatan itu besar akibatnya, wahai saudara/I mari kita merujuk kembali nas-nas tersebut:

Firman ALLAH Ta’ala;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11)
11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[2] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (surah Al-Hujurat : 11)


Sebagaimana sabda Rasulullah:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ
Maksudnya: puasa itu perisai, maka jangan bercakap lucah, dan jangan bertindak bodoh (riwayat al-Bukhari)

Dan Sabda Baginda:

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
Maksudnya: mancaci orang muslim adalah fasiq[3], dan membunuhnya adalah kufur. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi, an-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad)

Bukankah sepatutnya melepasi bulan ini kita sepatutnya menjadi lebih baik dari bilan-bulan yang sebelumnya?, bukankah setelah mengharungi bulan tarbiyah ini dengan keikhlasan dan kesungguhan akan menempatkan kita dalam golongan orang bertakwa?.

Bukanlah sekadar contoh diatas yang banyak lagi contoh bahkan ada yang masih melakukan pekara khurafat, ataupun masih lagi mengamalkan pekara-pekara bid’ah, ingin saya ingatkan kepada sahabat seperjuangan sekalian,, dalam kita melakukan satu bid’ah kita tidak sedar bahawa kita telah meninggalkan satu sunnah Nabi, bukankah Nabi Muhammad itu contoh bagi kita?, mengapa kita sanggup meninggalkan sunnah Nabi s.a.w hanya mengambil pendapat yang tidak ma’sum, sengaja saya bawa contoh diatas kerana saya mengalami dan mendengar pekara tersebut, dimanakah akhlak islam kita, islam tidak menghalalkan pekara yang haram dan terkutuk hanya kerana mahu mencapai matlamat tertentu, walaupun matlamat itu baik.

Kembali kepada perkongsian kita, Ramadan adalah bulan mentarbiyah diri kita untuk melawan nafsu, dan maksiat, dan bulan ini mentarbiyah fizikal kita supaya lebih hebat dan mampu untuk melakukan kerja walaupun tidak makan atau minum dan sebagainya.

Wahai saudaraku manfaatkanlah bulan mulia ini,
Kerana ia datang setelah melewati 11 bulan yang menduga,
Kerana dalam bulan barakah ini terdapat satu malam,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Pada bulan ini terbuka pintu-pintu syurga,
Maka gapailah semampumu,
Bergembiralah kerana bulan ini mentarbiyah dirimu,
Untuk mencapai gelaran MUTTAQIN,
Beribadahlah semampumu,
Kerana engkau tidak tahu apakah Ramadan akan datang dapat kau gapai,
Temktub dalam taqdir sekiranya engkau pergi dahulu sebelum tibanya,
Kerana Al-Quran mengkhabarkan:
Diri ini tidak tahu dibumi mana akan ia akan mati.



---------------------------------
1- Jangan mencela dirimu sendiri maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin karana orang-orang mukmin seperti satu tubuh.
2- Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan panggilan seperti: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.
3- بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ) (maksudnya: seburuk-buruk dosa adalah fasiq selepas beriman) (riwayat Abu Daud

0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP