Diberdayakan oleh Blogger.

About This Blog

" عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه "

قال عبدُ الرَّحمانِ بنُ مهدي : مَنْ أَرادَ أنْ يصنِّفَ كتاباً ، فليبدأ بحديثِ (الأعمال بالنيات )

Lambaian Ikhlasku

MyEm0.Com

PERJUANGAN TIDAK PERNAH LELAH

Sabtu, 20 Februari 2010

Dalam mengharungi kehidupan seorang yang membawa obor islam, tidak dinafikan jutaan dugaan, mehnah dan tribulasi melintang, menagih keikhlasan para perjuang. Ketahuilah duhai sahabat sekalian perjuangan menegakkan kebenaran ini tidak pernah lelah, tidak pernah jemu, tidak pernah terputus, Cuma mereka yang digelar pejuang itu yang lelah, penat, jemu dan sebagainya. Kerana perjuangan ini juga tidak memberi ganjaran kerusi yang empuk, emas yang bertimbun, hidangan yang lazat, istana yang berdiri megah, dihiasi permata berkilau, zamrud yang besar, anggur yang segar kecuali dengan izin ALLAH s.w.t. tetapi perjuangan atas kebenaran ini menjanjikan keredhaan ALLAH s.w.t dengan mahar keikhlasan, cinta (mahabbah) , pengharapan (raja’) dan takut (kahuf).


Kita ungkap perjuangan terulung Rasulullah s.a.w yang membawa sinar kebenaran ditengah kejahilan, tidak pernah letih dan lelah, tidak pernah kabur dengan harta benda dan kemewahan dunia. Disambung oleh generasi para sahabat r.a ajma’in yang tinggi ketakwaan yang tidak pernah lari dari jalan Rasulullah s.a.w, setia dengan perintah ALLAH dan Rasul-Nya, berdiri megah atas dasar cinta, menangis siang dan malam atas dasar takut, tidak lari dari jalan lurus atas dasar mengharapkan redha ALLAH, jiwa mereka tenang dalam keikhlasan. Marah, benci, suka, senyum, cinta, tegas mereka kerana ALLAH, Rasul dan agama islam.


Setelah sekurun berlalu perjuangan ini disambung oleh generasi seterusnya yang digelar generasi Tabi’in, generasi yang tegar berdiri diatas jalan yang berdirinya para Sahabat r.a ajma’in, air mata takwa membasahi pipi, obor al-Quran dan Sunnah terang menyinari jalan, hangat membakar jiwa, menentang dasar kesyirikan, kebid’ahan dan maksiat, zaman inilah yang menyaksikan tegarnya berdiri ulama at-Tabi’in seperti Abdullah ibn Mubarak, Hassan al Basri, Ibn Sirin, serta mereka yang seangkatan (semoga ALLAH merahmati mereka).


Muncul pula selepas generasi tersebut generasi tabi’ at tabi’in, yang takut kepada Pencipta, mencintai sunnah-sunnah Nabi, tidak goyah membasmi akar-akar syirik, bid’ah dan maksiat, jiwa yang sentiasa ingin menegakkan kebenaran, agar kemurnian islam terpelihara dan suci, zaman inilah bangkitnya Imam As-syafi’e yang digelar ansorussunnah ( penolong sunnah) dan Imam Ahmad (semoga ALLAH merahmati mereka) serta barisan pejuang generasi selain mereka yang tegar membela aqidah, memelihara sunnah, menyucikan syariat. Dan generasi inilah yang hidup dizaman yang terbaik, dan diakui, sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w :


خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Maksudnya: sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (sahabat) kemudian yang menyusuri mereka ( tabi’in) kemudian yang menyusuri mereka (tabi’ at-Tabi’in)

(riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasai’e, Ibn Majah, Ahmad)


Begitulah perjuangan 3 kurun yang menakjubkan, dan pada hari ini perjuangan dalam kebenaran terus berjalan, tetapi tidak semuanya akan berada diatas jalan yang selamat, adakala perjuangannya dilihat baik tetapi matlamatnya slah, adapun yang sebaliknya, matlamat yang murni tetapi cara yang jauh dari pedoman Rasulullah dan para salafussoleh. Jadi apakah yang menjamin perjuangan ini, ketahuilah perjuangan tidak pernah lelah, akan sentiasa disambung dan diteruskan, bukanlah kita perintis dan penamat perjuangan ini, tetapi ingatlah teruslah berada diatas jalan yang lurus dalam merenteti perjuangan ini, teruslah berdiri diatas garisan yang mana para salafussoleh berdiri tatkala mereka tegas menghunus pedang kebenaran melibas akar-akar syirik, bid’ah dan maksiat, teruslah istiqomah diatas manhaj yang suci dimana atas manhaj itulah para salafussoleh menitiskan air mata melihat umat jauh dari sunnah, sebati dengan bid’ah, lebih teruk lagi bergelumang dengan kesyirikan.


Bangkitlah anak-anak muda kita berdiri atas manhaj yang benar dalam memperjuangkan kebenaran, tanamkan cinta dalam belukar perjuangan, tetapkan hati atas agama yang tinggi, semaikan benih ketakwaan dalam rimba gelita, asalkan kita berdiri atas jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah, atas pegangan para salafussoleh, yakinlah bahawa kita berada diatas kebenaran dan yakinlah perjuangan itu tidak pernah lelah, semoga matinya jasad ini tenang dibawah payungan redha ALLAH s.w.t.


wallahu a'lam


oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas bin Rosele



0 ulasan:

Posting Komentar

Al-Quran

Listen to Quran

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP